Countdown Akhir Zaman
Penulis: Dato' Muhammad Zakaria
ISBN: 978-629-7929-04-0
Jenis: Hard Cover
Kod: GB0933
Ketebalan: 346 / 4 warna
Saiz Buku: 16.5cm x 24.0cm (Portrait)
Berat:
Harga: RM65.00/RM67.00
SINOPSIS
Dunia hari ini semakin aneh.
Nilai kemanusiaan berubah, fitnah berleluasa, peperangan tidak pernah reda, dan manusia semakin jauh daripada kebenaran. Ajaibnya, semua keadaan ini telah lama disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis Baginda lebih 1400 tahun yang lalu.
Buku ini membawa pembaca menelusuri tanda-tanda akhir zaman yang disebut dalam Al-Quran dan hadis, kemudian melihat bagaimana sebahagian daripadanya semakin jelas muncul dalam realiti dunia hari ini. Daripada perubahan akhlak manusia, pergolakan umat, hingga konflik global yang menggoncang dunia — semuanya memberi gambaran bahawa sejarah manusia sedang bergerak menuju penghujungnya.
Dengan bahasa yang mudah difahami dan berpandukan sumber-sumber yang diyakini kebenarannya, buku ini membantu pembaca memahami peta besar peristiwa akhir zaman serta hikmah di sebalik peringatan Rasulullah SAW kepada umatnya.
Apakah tanda-tanda yang telah berlaku?
Apakah yang sedang kita saksikan pada
zaman ini?
Dan apakah yang bakal berlaku
seterusnya?
Mungkin tanpa kita sedari, kita sedang
hidup pada zaman yang pernah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.
Dato’ Haji Muhammad Zakaria dilahirkan
pada 1 November 1955 di Rembau, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan di
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melanjutkan pengajian di Rosny
College, Tasmania, serta Universiti Tasmania dan Universiti Newcastle,
Australia. Memiliki pengalaman lebih empat dekad dalam bidang penulisan dan
penerbitan, beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah, CEO kolej swasta,
editor, penerbit, motivator dan penceramah. Sepanjang kerjayanya, beliau telah
menghasilkan 39 buah buku dan terlibat menerbitkan lebih 1,000 judul buku melalui
pelbagai penerbit. Beliau juga antara pengasas majalah Solusi serta pernah
memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Buku Negara, Anugerah Buku
Popular, Anugerah Berita Harian dan Anugerah DBP. Kini beliau aktif dalam
pelbagai organisasi dakwah dan kebajikan di dalam dan luar negara, di samping
terlibat dalam misi kemanusiaan membangunkan sekolah dan masjid di beberapa
negara. Kini beliau ialah Profesor Pendidikan & Penulisan di Asean
University International Malaysia (AUIM). Countdown Akhir Zaman merupakan karya
sulungnya bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
















No comments:
Post a Comment