Cash Flow Untuk Wanita Edisi Kemas Kini
ISBN: 9786297556246
Kod: GB 0746
Penulis: Shamsuddin Kadir & Ain Muhammad
Tebal: 280 ms
Saiz: 14 cm X 22 cm
Berat: 0.6 kg
Harga: RM35.00/RM37.00
(Pertama kali terbit: April 2017)
SINOPSIS
Ramai wanita atau isteri, sanggup berbelanja semata-mata
untuk mempamerkan nilai diri yang mewah, tetapi tidak setaraf dengan nilai
kewangan yang mereka ada. Jika tidak diubah gaya berbelanja dan gaya berfikir,
sistem kewangan hidup juga mustahil berubah ke arah yang lebih baik.
Justeru, wanita harus
kenal cara betul berbelanja bagi memastikan tiada gangguan dalam sistem
kewangan mereka. Mempelajari psikologi tentang cash flow (aliran tunai) wanita, mempunyai banyak faedahnya.
Pertama, ia membolehkan seseorang wanita
itu memahami faktor-faktor yang menunjukan gaya berbelanja individu itu
bertambah baik atau sebaliknya. Dengan pengetahuan itu, mereka dapat mengambil
langkah-langkah membetulkan keadaan.
Kedua, sekiranya sistem pengurusan wang gaji terganggu, maka proses bedah
siasat wang gaji itu dapat dijalankan dengan mengenal pasti punca-punca kesan
negatif itu.
Kandungan Menarik:
Bedah Siasat Cash
Flow Wanita, Ejen dan Perunding Kewangan Yang Gila Komisen, Cash
Flow Pelaburan Untuk
Wanita, Melindungi Duit dan Harta Daripada Musibah, Jangan Kahwin Ikut
Cinderella, Mengejar Simbol Kekayaan Palsu, Perangkap Pasar Raya, Kos @ Risiko
Diceraikan, Sediakan Payung Sebelum Suami Mati, Sistem Tabungan Untuk Suri
Rumah, Penama/Hibah Sudah Buat?, Bahagian Faraid Untuk Wanita, Memberi Pinjaman
Kepada Waris dan Kawan, Harta Faraid Apabila Suami Meninggal Dunia, Apabila
Suami Kahwin Lagi, dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment