DIARI MUSAFIR : JANGAN BERHENTI BERLARI
DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
ISBN : 978-983-097-344-9
Harga : RM35.00/37.00*
Tebal : 448ms/ GB0167
DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
ISBN : 978-983-097-344-9
Harga : RM35.00/37.00*
Tebal : 448ms/ GB0167
Kategori: Motivasi
Saya hanya tersenyum pahit sambil mengangkat
kening apabila mendengar kata-kata itu. Di dalam hati, saya faham bahawa diri
sedang cuba diperkecilkan. Toriq pula tersenyum lebar, puas barangkali dapat
meninggikan diri dan memperlekeh saudara se-Islamnya. Wallahu’alam. Memang biasa pelajar-pelajar Arab ini
meninggi diri dan memperlekeh orang bukan Arab. Apatah lagi orang Asia seperti
saya.
... . Saya memang minat mengaji ilmu Usul
Fiqh Tinggi ini kerana menyedari keperluannya amat tinggi jika saya ingin
mendapat pahala besar dan berterusan sehingga selepas kematian. Ini kerana ilmu
ini membantu saya memahami bagaimana cara dan kaedah mengeluarkan hukum Fiqh
daripada dalil yang pelbagai. Selain mengajar, saya menghargai dan meraikan
kepelbagaian fatwa.
“Zaharuddin! Apa yang engkau lakukan?” teriak
Toriq selepas sama-sama melihat markah kami yang terpampang di dinding Fakulti
Syariah. Tangannya menepuk-nepuk bahu dan belakang saya.
Dengan izin Allah, saya muncul sebagai
pelajar yang memperoleh markah tertinggi menewaskan seluruh pelajar Arab dari
Jordan, Bahrain, Saudi, Iraq dan Mesir. Kelas peringkat Sarjana (MA)
untuk subjek ini tersebut mempunyai sekitar 40 orang pelajar. Terdapat beberapa pelajar yang gagal termasuk
pelajar Malaysia. Pelajar-pelajar Malaysia ini akhirnya tidak berjaya
menamatkan pengajian, tinggallah saya pelajar Malaysia dan Asia yang tunggal di
Fakulti Syariah universiti Al-Yarmouk di peringkat Sarjana.
“Wah, nama kamu sudah dicatat dalam akhbar
universiti ini! Tidak pernah ada pelajar bukan Arab meraih markah tertinggi
dalam apa jua subjek Sarjana Fiqh sebelum ini,” kata seorang lagi pelajar
Jordan yang bertubuh kerdil ... .
No comments:
Post a Comment