Baik wanita mahupun lelaki, apabila sudah
sampai ‘seru’ maka diri akan mula menghitung dan mencari pasangan hidup kerana
hidup berdua tentunya lebih bererti. Namun, ada kalanya pasangan hidup sukar
ditemui biarpun diri bukan terlalu memilih. Berdua
Lebih Baik merungkai rahsia menarik jodoh bagi diri yang belum ketemu pasangannya.
Di saat hati amat
berkeinginan untuk mendapatkan jodoh, kesabaran amatlah diperlukan. Apatah lagi
bagi wanita atau lelaki yang sudah berumur melewati 30-an, mempunyai kerjaya
dan memang bersedia untuk mempunyai pasangan.
Pelbagai
sindiran mungkin kita terpaksa menelannya, ini sudah menjadi kebiasaan
masyarakat kita yang tidak sunyi daripada usikan yang disasarkan kepada
insan-insan yang belum berumah tangga.
Situasi
ini juga pernah saya lalui, pelbagai usikan terpaksa diterima. Hanya kesabaran dan
senyuman yang mampu mengatasi usikan mereka. Emosi juga sentiasa tidak keruan
mengenangkan diri yang belum berpunya.
...
Janji Allah sudah ada, pasangannya sahaja yang belum ketemu ... .
TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI
No comments:
Post a Comment