Para suami adalah
pemimpin kepada ahli keluarganya. Jika pincang kepimpinannya maka runtuhlah
mahligai rumah tangga yang dibina. Pada pundaknya terpikul tanggungjawab yang
maha berat untuk memastikan ahli keluarga yang dipimpin berada di jalan Allah.
Justeru, tidak sedikit ujian yang perlu ditempuh oleh setiap kaum Adam yang
bergelar suami.
Apabila ditanya siapakah orang yang
paling rapat dengan seorang suami? Pasti jawapan yang diberikan ialah isteri.
Jadi apakah yang sewajarnya dilaksanakan oleh para suami terhadap insan yang
paling rapat dengan mereka? Adakah hanya di waktu-waktu tertentu sahaja atau di
sepanjang masa? Persoalan ini dibangkitkan bukan kerana mahu membuka pekung di
dada, tetapi lihatlah dari sudut kaca mata positif. Isteri adalah orang yang
paling rapat dan disayangi. Memang semua bersetuju. Namun, mengapa sanggup
membiarkan para isteri bersendirian di rumah sewaktu mereka bertungkus-lumus
melaksanakan pelbagai tugas di rumah.
“Itu memang tugas
isteri. Mereka perlu layan suami, anak-anak dan semua tugas di rumah?”
“Siapa kata
begitu?”
Diam.
TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI
No comments:
Post a Comment