.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

May 30, 2024

ABI, SIAPAKAH ALLAH?

ABI, SIAPAKAH ALLAH?
ISBN: 978-629-7556-95-6
Kategori: Fardhu Ain Junior
Penulis: Zaki Safuan Al Hafiz
Kod: GB0816
Tebal: 80 ms
Saiz: 17.16 x 24.13 cm
Berat: 0.2 kg
Harga: RM18.00/RM20.00

 SINOPSIS

Sifat kanak-kanak yang suka bertanya merupakan fitrah yang tidak boleh diabaikan. Jika kita gagal menjawabnya dengan betul, dibimbangi mereka akan menemui jawapan yang salah di kemudian hari. Buku Abi, Siapakah Allah? ini hadir untuk menjawab persoalan akidah yang rumit, namun mampu dijawab dengan ilmu.

Soalan-soalan seperti “Di manakah Allah?” mesti ditangani dengan berhati-hati. Allah tidak bertempat dan bermasa. Allah tidak menyerupai makhluk. Jika kita sukar memberikan jawapan yang betul, ada kemungkinan fahaman luar mengambil kesempatan untuk memasukkan jarum kesesatan dalam fikiran anak-anak. Oleh itu, kita mesti menyediakan jawapan yang berlandaskan kebenaran akidah Ahli Sunnah wal Jamaah aliran al-‘Asyairah dan al-Maturidiyah.


Sebagai seorang ayah, kita tentu merasa risau dengan fenomena fahaman sesat yang berleluasa. Semoga dengan kemunculan buku ini, dapat menjadi benteng akidah bagi menyelamatkan masa depan anak-anak daripada fitnah Dajjal yang sedang menghambat. Dari seorang ayah, kepada ayah yang lain.










May 22, 2024

99 SOAL JAWAB HARTA PUSAKA

99 SOAL JAWAB HARTA PUSAKA
ISBN: 978-629-7556-84-0
Penulis: Samsudin Kadir/ Allia Latif
Kod:: GB0806
Saiz: 13.5cm X 21.5cm
Tebal: 264 ms
Berat: 0.6 kg
HARGA: RM35.00/RM37.00

Dalam buku ini, SK mengangkat soalan-soalan yang orang awam sedang menghadapinya. Jadi, buku ini memuatkan soalan dan isu yang kerap dibangkitkan kepada SK terutama sewaktu bersiaran dan melalui media sosial.

Buku ini insya-Allah menyediakan tip-tip serta jalan menghalang daripada masalah harta pusaka terjadi dan juga bagi memulihkan isu harta pusaka yang tertunggak berpuluh tahun kerana kecetekan ilmu harta pusaka Islam.

Punca utama harta pusaka tidak diurus dengan baik, adalah kerana hampir tiada wakil daripada setiap keluarga yang tahu tentang faraid, hibah dan wasiat. Ini yang menyebabkan ramai mengambil kesempatan menjadi ‘profesor serba tahu’, yang akhirnya membuatkan semuanya tunggang-langgang.


Buku ini bukan untuk membuka aib mana-mana individu ataupun keluarga, sebaliknya untuk menyedarkan umat Islam agar tidak termakan walaupun satu sen duit harta pusaka yang waris lain pun berhak. Ini juga bagi memastikan tiada lagi orang Islam yang sengaja mencampakkan diri dalam kancah dosa jariah, dengan melambatkan proses mengagihkan harta pusaka, menjadi penghalang ataupun memerintah harta pusaka dengan hasilnya tanpa mengagihkan kepada waris lain yang turut berhak.









TENANG MENGHADAPI MUSIBAH

TENANG MENGHADAPI MUSIBAH
Terjemahan Al-Fitan wa al-Balāyā wa al-Mian wa al-Razāyā , karya Sulān al-ʿUlamaʾ al-ʿIzz ibn ʿAbd al-Salām al-Sulamī
ISBN: 978-629-7556-92-5
Kod: GB0807
Penterjemah: Dr. Nik Roskiman Abdul Samad
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Jumlah ms: 112 muka surat
Content: Simili 80gsm / 2C
Kulit Buku: 260 gsm Art Card / 4C
Berat:  0.3kg
Harga: RM20.00/RM22.00

Sinopsis

Tenang Menghadapi Musibah merupakan terjemahan dan pengenalan bagi risalah Al-Fitan wa al-Balāyā wa al-Mian wa al-Razāyā (Faedah Musibah, Bala dan Ujian Daripada Allah) yang ditulis oleh Sulān al-ʿUlamaʾ al-ʿIzz ibn ʿAbd al-Salām al-Sulamī (wafat 1262 M/660 H).

Dalam risalah ini, Imam Al-ʿIzz ibn ʿAbd al-Salām mengupas secara ringkas dan padat mengenai hikmah dan faedah di sebalik ujian, cabaran dan musibah yang menimpa manusia. Dengan mengetahui hikmah dan faedah tersebut, manusia boleh menambah kualiti keimanan dan kehidupan mereka kerana di sebalik setiap perkara baik dan buruk yang berlaku dalam kehidupan, terselit rahsia dan hikmah bagi mereka yang merenung.

Risalah ini diharapkan bukan sekadar mengubah persepsi kita secara menyeluruh terhadap ujian dan musibah yang menimpa, tetapi juga akan meninggalkan kesan mendalam dalam lubuk hati kita akan kekuasaan Allah Yang Maha Agung, untuk sentiasa bersangka baik (husn zann) dengan Allah serta memandang musibah itu sebagai tanda kasih sayang Allah yang amat luas tanpa batas, hanya sahaja kita yang biasanya tidak mengetahui hikmah disebaliknya.

 


Tentang Penterjemah:

Dr. Nik Roskiman Abdul Samad memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang Tasawuf daripada Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Peradaban Islam daripada International Institute of Islamic Thought & Civilisation (ISTAC). Beliau juga pernah menuntut di University of Edinburgh, Scotland, United Kingdom dan International University of Africa (IUA), Khartoum, Sudan. Kini memegang amanah sebagai Felow Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik (SYARAK) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Tenang Menghadapi Musibah merupakan buah pena pertama beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.






TRAVELOG CINTA MADINAH

TRAVELOG CINTA MADINAH
ISBN: 978-629-7556-93-2
PENULIS: Abu Hassan Morad
KOD: GB0815
TEBAL: 296
SAIZ: 12.8cm X 19.1cm
CONTENT: Simili 70gsm /1C
BERAT: 0.6 kg
HARGA: RM25.00/RM27.00

SINOPSIS

Kerana cinta, insan bertemu. Dan kerana cinta jugalah insan berpisah. Cinta memang selalu menemukan dan selalu jugalah memisahkan.

Safuan berlepas ke Asia Barat membawa doa ibu tunggalnya menggunung harap yang tak pernah luntur. Kehilangan memang selalu membawa hikmah. Dan kerana kehilangan Safuan mengenal cinta. Cinta terlarang!

Di Tanah Arab yang gersang, pohon padi, ulam-ulaman, bunga melur dan kenanga meliang-liuk subur; dengan syair, sajak, pantun kumandang, menggetarkan jiwa seni. Alangkah!

Di negeri orang!


Demikianlah prinsip Syeikh Hashim yang telah membina empayar kehormatan dan kekayaan di tanah asing. Cintanya bertugu di Madinah, tetapi jati diri tidak pernah runtuh oleh perkasa tugu cintanya.

Cinta Madinah, cinta dendam memanjang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...