KEHILANGAN … dan Kasih Sayang Tuhan
Penulis : Rakan-Rakan MKI
ISBN : 978-629-7929-06-4
Kod : GB0935
Saiz Buku : 8.5” X 5.5” (Potrait)
Berat:
Ketebalan : 224 ms
Harga: RM45.00/RM47.00
SINOPSIS
Kehidupan manusia
tidak pernah sunyi daripada kehilangan, lebih-lebih lagi apabila kehilangan
seorang guru, sahabat dan pembimbing yang selama ini menjadi sumber inspirasi.
Buku ini
dihasilkan bersempena pemergian Dr. Muhd Kamil Ibrhim (MKI) pada awal tahun
2025.
Beliau sendiri
telah mengingatkan rakan-rakannya bahawa kehilangan bukan noktah. Beliau mahu
mereka terus berdakwah melalui tulisan, walaupun tanpa kehadirannya secara
fizikal.
Atas dasar itulah,
buku ini dihasilkan – sebuah karya yang lahir tanpa Dr. MKI di sisi, tetapi
sarat dengan nilai dan semangat yang telah beliau tanamkan.
Kehilangan sebagai ujian daripada Allah hadir dalam pelbagai bentuk: ketakutan yang menggoncang emosi, kelaparan yang menguji kebergantungan, kekurangan harta yang mencabar keyakinan, kehilangan jiwa yang meruntun perasaan, serta kegagalan hasil usaha yang melemahkan harapan.
Kehilangan perlu
dilihat bukan sebagai beban kehidupan, tetapi sebagai ruang muhasabah dan
pemurnian jiwa.
Semoga setiap
halaman yang dibaca mampu menguatkan hati, menenangkan jiwa, dan mengingatkan
bahawa di sebalik setiap kehilangan, ada kasih sayang Tuhan yang sedang
membentuk kita.
















No comments:
Post a Comment