.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Mar 9, 2026

40 Hadith Kelebihan Berselawat

40 Hadith Kelebihan Berselawat
Penulis: Dr Abdullaah Jalil
ISBN: 978-629-7929-00-2
Kod: GB0931
Saiz: 5" x 7.5" (Portrait)
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

Blurb:

Amalan berselawat merupakan manifestasi cinta, penghubung rohani antara umat dan Nabinya, serta sebab turunnya rahmat, keampunan dan ketinggian darjat di sisi Allah .

Kesedaran inilah yang mendorong para ulama hadith sejak dahulu untuk memberi perhatian khusus terhadap tema selawat, sama ada melalui penulisan, pengajaran mahupun pengamalan peribadi. Kitab ini berdiri sebagai salah satu bukti keprihatinan tersebut.

Penerbitan 40 Hadith Kelebihan Berselawat ini diharapkan dapat menghidupkan kembali tradisi ilmu dan amalan, dengan menghimpunkan dalil-dalil sahih serta athar para salaf berkenaan keutamaan berselawat, lalu menyampaikannya dalam bentuk yang mudah diakses oleh pembaca kontemporari.

Terjemahan yang diusahakan dengan cermat ini diharap dapat mendekatkan masyarakat kepada khazanah turath Islam, tanpa menghilangkan roh asal dan wibawa ilmiahnya.

Tentang Penulis:

Dr. Abdullaah Jalil merupakan seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Kewangan Islam daripada INCEIF, Kuala Lumpur pada tahun 2019. Sebelum itu, beliau menamatkan pengajian MBA dalam Perbankan dan Kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2004 dan dianugerahkan Pelajar Terbaik Program. Pada tahun 2001, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Shariah (Fiqh dan Pengajian Islam) daripada Universiti Yarmouk, Jordan dengan keputusan Kelas Pertama (Mumtaz). Selain terlibat dalam bidang akademik, beliau juga aktif berkongsi ilmu melalui laman sesawang www.penuntutilmu.com serta beberapa halaman Facebook seperti Penuntut Ilmu, Masjid Hati Ummah, dan Muzakarah Muamalat. Buku 40 Hadith Kelebihan Berselawat ini adalah buku pertama beliau Bersama Galeri Ilmu Sdn  Bhd.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...