KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: ABU BAKAR AS-SIDDIQ
ISBN: 978-629-7716-68-8
Kod: GB0898
Penulis: Zaki Safuan Al-Hafiz
Saiz: 6.75” X 9.5”
Tebal: 208 ms
Berat:
Harga: RM30.00/RM32.00
Sinopsis
Sayidina Abu Bakar merupakan lelaki dewasa yang paling awal mempercayai Nabi
Muhammad ﷺ, bahkan sebelum Baginda diutus sebagai Rasul.
Suatu
hari, beliau datang menemui Nabi dan bertanya, “Wahai Abu Qasim, adakah benar
engkau telah menghina tuhan nenek moyang kami?”
Baginda menjawab
dengan tenang, “Aku adalah utusan Allah, dan aku mengajakmu untuk beriman
kepada-Nya.”
Tanpa sebarang
keraguan, Abu Bakar menerima seruan itu dan memeluk Islam. Rasulullah ﷺ
berasa amat gembira, dan dua gunung yang mengelilingi Makkah menjadi saksi atas
keislaman beliau.
Siri ini ditulis untuk memperkenalkan empat Sahabat utama Rasulullah ﷺ yang digelar Khulafa Ar-Rasyidin, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Mereka merupakan khalifah yang mendapat petunjuk selepas pemergian Baginda ke negeri abadi. Melalui siri ini, insya-Allah kita akan membaca riwayat hidup mereka dalam bentuk yang mudah difahami. Semoga lahir rasa cinta kepada para Sahabat, dan kita terdorong untuk mencontohi iman, akhlak serta kepimpinan mereka.
No comments:
Post a Comment