.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Oct 6, 2025

Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 9

Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 9
ISBN: 978-629-7716-70-1
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0900
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 296 muka surat
Berat:
Harga: RM35.00/RM37.00

SINOPSIS

Tadabbur Ayat: Surah At-Taubah Ayat 56 Hingga Ayat 129 dan Surah Yunus Ayat 1 Hingga Ayat 109

Kandungan: Antara perkongsian menarik dalam Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 9 ini ialah:

* Golongan yang Diredai: Muhajirin dan Ansar

* Masjid Quba’ dan Kisah Taubat Tiga Orang Sahabat Rasulullah SAW

* Fitrah Manusia Mengakui Kewujudan Allah SWT

* Al-Quran Adalah Petunjuk dan Penawar Hati

* Seruan Keimanan Nabi Musa a.s. kepada Firaun dan Ahli Sihirnya

* Keimanan Kaum Nabi Yunus a.s

.........................................

Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.

Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.

Oleh itu, naskhah ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran @114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.

Penulis

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam  Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian  dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabur Al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Catatan Tadabur Quran@114 Jilid 9 merupakan naskhah ke-17 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.







Oct 1, 2025

KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: ABU BAKAR AS-SIDDIQ

KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: ABU BAKAR AS-SIDDIQ
ISBN: 978-629-7716-68-8
Kod: GB0898
Penulis: Zaki Safuan Al-Hafiz
Saiz: 6.75” X 9.5”
Tebal: 208 ms
Berat:
Harga: RM30.00/RM32.00

Sinopsis


Sayidina Abu Bakar merupakan lelaki dewasa yang paling awal mempercayai Nabi Muhammad
, bahkan sebelum Baginda diutus sebagai Rasul. 

Suatu hari, beliau datang menemui Nabi dan bertanya, “Wahai Abu Qasim, adakah benar engkau telah menghina tuhan nenek moyang kami?”

Baginda menjawab dengan tenang, “Aku adalah utusan Allah, dan aku mengajakmu untuk beriman kepada-Nya.”

Tanpa sebarang keraguan, Abu Bakar menerima seruan itu dan memeluk Islam. Rasulullah berasa amat gembira, dan dua gunung yang mengelilingi Makkah menjadi saksi atas keislaman beliau.


Siri ini ditulis untuk memperkenalkan empat Sahabat utama Rasulullah
yang digelar Khulafa Ar-Rasyidin, iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Mereka merupakan khalifah yang mendapat petunjuk selepas pemergian Baginda ke negeri abadi.

Melalui siri ini, insya-Allah kita akan membaca riwayat hidup mereka dalam bentuk yang mudah difahami. Semoga lahir rasa cinta kepada para Sahabat, dan kita terdorong untuk mencontohi iman, akhlak serta kepimpinan mereka.








SIRI KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN

SIRI KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN

KISAH HEBAT KHULAFA AR-RASYIDIN: 
ABU BAKAR AS-SIDDIQ

ISBN: 978-629-7716-68-8
Kod: GB0898
Penulis: Zaki Safuan Al-Hafiz
Tebal: 208 ms
Harga: RM30.00/RM32.00

Maklumat Lanjut, klik SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...