Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 7
ISBN: 978-629-7716-62-6
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0893
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 296 muka surat
Kandungan: Simili 80 gsm / 2 Color
Berat:
Harga: RM35.00/37.00
Blurp:
Tadabbur Ayat: Surah Al-A'raf Ayat 1 Hingga 16
Kandungan: Antara perkongsian menarik dalam Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 7 ini ialah:
- Janji Iblis untuk Menyesatkan Manusia
- Tebing Tinggi di Antara Syurga dan Neraka
- Kisah Nabi Hud, Nabi Nuh, Nabi Soleh, Nabi Luth dan Nabi Syuaib
- Kisah Ahli Sihir Firaun Berdepan dengan Nabi Musa a.s.
- Kisah Firaun dan Tenteranya Dimusnahkan Oleh Allah SWT
...................................
Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia
memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.
Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.
Oleh itu, naskhah ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran @114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.
PENULIS
Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki
Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia,
Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran
(PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap
sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran
dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad
Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M)
Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian dan
Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan
Pentadabur Al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap
program Tadabbur Al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah
buku. Catatan Tadabur Quran@114 Jilid 7 merupakan naskhah kelima belas beliau
terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment