CITA, CERITA DAN CINTA DI SEBALIK SENI KATA
ISBN: 978-629-7716-59-6
Kod: GB0890
Penulis: Jef Hazimin Jaafar
Tebal: 152 muka surat (1C)
Saiz: 5.5” X 8.5” (Portrait)
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00*
SINOPSIS
Lagu bukan sekadar hiburan — di sebalik seni katanya ada hikmah tersirat
yang menyentuh jiwa.
Buku ini menghimpunkan 11 karya seni kata hasil ilham penulis lirik
prolifik, Jef Hazimin Jaafar, yang pernah mengukir nama dalam dunia nasyid
tanah air. Beliau membuka tirai inspirasi di sebalik lirik-lirik lagu nasyid
popular seperti Keluarga Bahagia (Saujana), Akrab Persahabatan (Inteam), Nabi
Anak Yatim (Raihan & Nowseeheart), Ku Harap Cinta (Nowseeheart), Adakah Kau
Lupa (AlarmMe), dan Keamanan (Gabungan Kumpulan Nasyid).
Setiap bab menyajikan satu kisah, satu semangat, dan satu pengajaran.
Daripada realiti kehidupan dan pengalaman peribadi, penulis mencorakkan seni
kata yang bukan sahaja membelai telinga, tetapi juga menyentuh kalbu—membina
cinta kepada Tuhan, insan, dan kehidupan.
Cita, Cerita dan Cinta di Sebalik Seni Kata ialah naskhah yang merangkum perjalanan hati dan jiwa, sarat dengan nilai kasih sayang, persahabatan, kekeluargaan dan ketuhanan. Sesuai dijadikan bahan renungan, inspirasi dan motivasi dalam menelusuri kehidupan yang lebih bermakna.
11 lagu, 11 seni kata, 11 kisah yang menghidupkan semula rasa.
Temui keindahan kata dalam nada dan irama.
No comments:
Post a Comment