Catatan
Tadabbur Quran@114 (Jilid 3)
ISBN:
978-629-7716-16-9
Penulis: Dr.
Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0846
Saiz: 16.5cm x
23.5cm (Portrait)
Tebal: 296
muka surat
Kandungan:
Simili 80 gsm / 2 Color
Berat:
Harga: RM35.00/RM37.00
Blurp:
Quran@114
merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia memberi fokus
kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.
Quran@114
membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami
intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam
beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan
perubahan positif dalam kehidupan seseorang.
Oleh itu,
naskhah Catatan Tadabbur Quran@114 ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat
pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang
disiarkan dalam program Quran @114. Seterusnya mampu mengamalkan serta
bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.
Naskhah
Catatan Tadabbur Quran@114 (Jilid 3) memuatkan perkongsian tadabbur surah Ali
'Imran bermula ayat 1 sehingga ayat terakhir, 200. Antara perbahasan menarik
dalam buku ini ialah:
* Agama yang
Benar adalah Islam
* Kecintaan
kepada Rasulullah SAW dan Kisah Keluarga ‘Imran
*
Kesinambungan Dakwah Nabi Isa a.s. yang Disambung oleh Nabi Muhammad SAW
* Para Nabi
Menyeru kepada Kalimah yang Satu
* Hakikat
Takwa
* Peristiwa
Perang Badar dan Perang Uhud
Penulis
Dr. Shamsul
Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki
Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia,
Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran
(PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap
sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran
dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad
Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M)
Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian dan
Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan
Pentadabur Al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap
program Tadabbur Al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah
buku. Catatan Tadabur Quran@114 Jilid 3 merupakan naskhah kesebelas beliau
terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
-5.jpg)
-6.jpg)
-7.jpg)
-15.jpg)
-16.jpg)
-36.jpg)
-37.jpg)
-71.jpg)
-72.jpg)
-150.jpg)
-151.jpg)
-212.jpg)