.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Apr 5, 2024

Mahir Juzuk Amma Bersama Asuh

Mahir Juzuk Amma Bersama Asuh
ISBN: 978-983-097-997-7
Penulis: Tim Editorial Galeri Ilmu
od: GB0793
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 196 muka surat
Berat: 0.4 kg
Kandungan: Simili 100 gsm / 4C
Harga: RM25.00/RM27.00*


Sinopsis

Buku Mahir Juzuk Amma Bersama Asuh merupakan terjemahan surah-surah lazim yang terhimpun dalam juzuk ke-30 Al-Quran. 

Naskhah ini turut dilengkapi dengan hikmah, sebab penurunan, serta pengajaran daripada setiap surah. 


Ini bertujuan supaya anak-anak bukan sekadar mampu membaca dan menghafal surah-surah dalam Juzuk Amma semata, bahkan mereka dapat memahami dan mengambil pengajaran daripada apa yang dibaca dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian.










6 Kaedah Berkesan Hafaz Al-Quran

6 Kaedah Berkesan Hafaz Al-Quran
ISBN: 978-629-7556-76-5
Penulis: Mohamad Anuar Alias
Kod: GB798
Saiz: 6.75 X 9.5
Tebal: 80ms
Berat: 0.15 kg
Harga: RM16.00/RM18.00*

Sinopsis

Al-Quran merupakan panduan utama dalam kehidupan seorang Muslim. Membacanya adalah satu ibadah, menghafaznya merupakan satu kelebihan yang agung. Ramai orang yang ingin menghafaz Kalamullah ini. Namun mereka belum menjumpai kaedah yang sesuai.

Buku 6 Kaedah Berkesan Hafaz Al-Quran ini menawarkan jalan keluar kepada mereka yang ingin menghafaz Al-Quran dengan berkesan. Dalam buku ini, penulis menyusun beberapa hal yang penting yang perlu diberi perhatian oleh penghafaz Al-Quran untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman. 

Dimulai dengan persediaan diri, perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menghafaz, perkongsian kaedah menghafaz, cadangan memulai menghafaz surah-surah pendek, nasihat-nasihat serta solusi bagi menghadapi cabaran ketika sedang menghafaz Al-Quran.

Semoga dengan hadirnya karya ini dapatlah membantu mereka yang ingin menghafaz Al-Quran. Agar “perjalanan” dalam menghafaz Al-Quran dipermudahkan oleh Allah SWT.









Consumerchant: Kisah-Kisah Kejayaan

Consumerchant: Kisah-Kisah Kejayaan
ISBN: 978-629-7556-72-7
Penulis: Dato’ Wira Louis Ng
Kod: GB 792
Saiz: 13.97 cm X 21.59cm
Tebal: 328 ms
Berat:  0.65 kg
Harga: RM40.00/RM42.00*

SINOPSIS

Buku ini memaparkan naratif kisah-kisah kejayaan individu pelbagai golongan yang berjaya mengubah hidup diri dan orang sekeliling - dari suri rumah, mahasiswa hingga golongan profesional seperti jurutera dan doktor - yang masing-masing mempunyai jalur kisah yang unik mengenai bagaimana mereka mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.

Kisah-kisah ini melangkaui naratif yang biasa kita dengar mengenai kebebasan kewangan; ia mengenai pemerkasaan, memecah penghalang-penghalang sosial, dan melahirkan satu komuniti yang saling menyokong dan saling membakar semangat sesama anggota komuniti.


Perkembangan diri oleh individu-individu yang dipaparkan kisahnya dalam buku ini, bukan sahaja dari segi penambahbaikan kewangan dan taraf hidup mereka, malah dari segi mentaliti dan sikap. Mereka memperlihatkan pencapaian yang baik dari segi kemahiran kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran dalam pengucapan awam dan sikap yang positif dalam menghadapi cabaran.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...