.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Feb 29, 2024

Mantap Sebutan Huruf Al-Quran

Mantap Sebutan Huruf Al-Quran
ISBN: 978-629-7556-67-3
Penulis: Syeikh Bakry Ayoub
Kod: GB0787
Saiz: 23.5cm X 16.5 cm (Landscape)
Tebal: 208 muka surat
Kandungan: Simili 80 gsm / 4C
Berat:
Harga: RM35.00

Sinopsis

Mantap Sebutan Huruf Al-Quran merupakan panduan asas bagi umat Islam yang ingin mempelajari sebutan dan bacaan huruf-huruf al-Quran dengan fasih dan betul. Karya ini disusun oleh orang yang pakar dan berpengalaman dalam bidang al-Quran.

Antara perkara menarik yang dijelaskan dalam naskhah ini ialah:
- Konsep tajwid dan hukumnya
- Jumlah sebenar huruf Hijaiyah
- Makhraj dan sifat huruf
- Perbahasan hamzah wasal dan hamzah qata'

Syeikh Bakry Ayoub

Dilahirkan di Bani Swef, Mesir. Menamatkan hafazan usia 14 tahun dengan Syeikh Muhammad Salih Badr yang telah melahirkan lebih 2000 orang Hafiz. Kemudian, mendapat Ijazah Riwayat Hafas dari ’Asim dengan Sanad bersambung kepada Nabi S.A.W. Sejak usia 21 tahun, beliau telah berkhidmat sebagai guru al-Quran di Madrasah Tahfiz di al-Madinah al-Munawwarah. Di sana, beliau bertalaqqi Al-Quran dengan Syeikh Dr Ilias al-Barmawi dan Syeikh Hussin Al-Rajil. Berpengalaman sebagai imam di beberapa masjid di Kaherah, Hilwan dan Bani Swef, Mesir. Pernah berkhidmat sebagai guru al-Quran di al-Azhar al-Sharif sebelum berpindah ke Malaysia sebagai guru al-Quran dan Timbalan Mudir Maahad Tahfiz Masjid Al-Salam, Puchong. Juga merangkap Ketua Bahagian Akademik al-Quran di Maahad Tahfiz Baitul Aini Sungai Buloh, Selangor dan Ketua Bahagian Pengajian Islam dan al-Quran di Yayasan Taat di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Mantap Sebutan Huruf al-Quran merupakan karya sulung beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd













No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...