.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Feb 19, 2024

Guideline Umrah

Guideline Umrah
ISBN: 978-629-7556-70-3
Penulis: Saufi Kamaludin
Kod: GB0789
Saiz: 19cm x 12.7cm (Portrait)
Kandungan: Simili 80 gsm / 4C
Tebal: 64 muka surat
Berat: 0.1 kg
Harga: RM15.00 / RM17.00* 

Sinopsis

Buku ini menyajikan panduan lengkap dengan tatacara dan senarai semak (checklist) yang terperinci bagi memastikan pelaksanaan umrah anda tersusun dan berkualiti.

Naskhah kecil ini bukan sekadar petunjuk, tetapi rakan perjalanan yang akan memastikan setiap langkah umrah dilaksanakan dengan sempurna.

Bersedialah untuk meraih pengalaman ibadah yang terindah dengan penuh keberkatan!


 TENTANG PENULIS

Saufi Kamaludin

Merupakan Pengarah Aqiqahloka Sdn. Bhd., syarikat perkhidmatan ibadah aqiqah secara atas talian di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah. Berpengalaman luas dalam hal ehwal Islam, khususnya umrah dan haji; antaranya pernah berkhidmat sebagai pegawai agama Bahagian Baitulmal dan Wakaf Negeri Johor, mantan pensyarah ko-kurikulum umrah dan haji di UTHM Pagoh, dan mantan pegawai agama bahagian kader (JAKIM). Guideline Umrah merupakan karya sulung beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...