.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Apr 18, 2023

Kenal Allah Dengan Kisah-kisah Indah!

Kenal Allah Dengan Kisah-kisah Indah! (Cerita kanak-kanak tentang Sifat 20)
ISBN: 978-629-7556-25-3
Kod: GB 0747
Penulis: Zaki Sapuan Al-Hafiz
Tebal: 112 ms
Saiz: 16.5cm X 24cm
Berat: 0.25kg
Harga: RM20.00/RM22.00

SINOPSIS

Buku ini mengandungi 14 kisah berdasarkan sifat 20 yang diolah dalam bahasa yang mudah untuk difahami oleh semua peringkat umur.

Buku ini berhasrat menanam akidah di tahap ijmali yakni secara ringkas: “Allah serba sempurna dengan segala keagungan. Allah sentiasa suci daripada sebarang kekurangan.”

Maka, semua analogi yang digunakan bertujuan memahami keyakinan asas ini.

 


Keistimewaan buku cerita ini, rujukannya daripada kitab-kitab ulama’ Islam:

1.      Masnawi karangan Maulana Jalaluddin Rumi

2.      Ihya Ulumiddin karangan Imam Abu Hamid al-Ghazali

3.      Aqidatul Awam karangan Sayyid Ahmad al-Marzuqi









Kekeliruan Umat; Inilah Jawapannya (Edisi Kemas Kini)

Kekeliruan Umat; Inilah Jawapannya (Edisi Kemas Kini)
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7556-09-3
KOD: GB 0732
SAIZ: 13.5cm X 21.5 cm
TEBAL: 408 m/s    
ISI DALAM: 1C
Berat: 0.7 kg
Harga: RM 30.00/ RM32.00

PERTAMA KALI TERBIT TAHUN 2014

DETAIL:

Buku ini adalah himpunan 65 persoalan dan jawapan popular tentang perkara khilafiah yang sering diperdebatkan oleh masyarakat sehingga menimbulkan kekeliruan dalam memahaminya.


Dihurai dalam bentuk soal jawab ringkas dan padat untuk lebih mudah difahami dan dihafal berserta dalil-dalil Al-Qur’an, hadis dan juga pendapat ulama yang muktabar. Sesuai dibaca oleh penuntut ilmu dan masyarakat awam.













Tak Suka, Aku Swipe!

Tak Suka, Aku Swipe!
ISBN: 978-629-7556-13-0
Kod: GB 0735
Penulis: Azura Zamri
Tebal: 112 ms
Saiz:14cm X 22 cm
Berat: 0.25 kg
Harga: RM20.00/RM22.00

SINOPSIS

Orang yang kelakuannya dan percakapannya beracun wujud di mana-mana, bahkan terus tumbuh macam cendawan. Makanan yang sudah berkulat setelah luput dari tarikh, kita pasti akan buang.

Begitulah persamaannya dengan hubungan yang membawa mudarat. Kita delete, kita buang bukan tujuan bermusuh tapi orang zaman sekarang makin hilang anugerah hati untuk rasa bersalah.



Tidak melupakan apa yang orang sudah hancurkan, bukan kerana hidup kita mereput dalam kesedihan. Tapi pengalaman yang kita rasa akan kita ingat bila nanti kita dipertemukan pula dengan wajah-wajah baru yang kita kenal.








Apr 12, 2023

Rasulullah ﷺ di Hati

Rasulullah di Hati
ISBN: 978-629-7556-11-6
Penulis: Syeikh Muhd Zainul Asri Haji Mohd Romli
Kod: GB0733
Saiz: 21.5cm x 14cm (Portrait)
Tebal: 240 halaman
Teks Dalam: 4C
Berat: 0.5 kg
Harga: RM35.00 / RM37.00*

Sinopsis

“Orang yang paling aku cintai dan yang paling dekat denganku kelak di akhirat adalah orang yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang paling aku benci dan paling jauh denganku kelak di akhirat adalah orang yang paling buruk akhlaknya. Iaitu mereka yang banyak berbicara, bermulut besar (sombong) dan suka mencemuh manusia dengan kata-katanya.” (Riwayat Imam Ahmad)

Buku di tangan pembaca ini adalah himpunan kisah-kisah kemuliaan Nabi kita, Nabi Muhammad . Baginda adalah satu-satunya makhluk Allah SWT yang paling banyak disebut dan diingati oleh manusia lain kerana baginda dicipta untuk manusia mendapat kebahagiaan yang sempurna di dunia dan akhirat. Tanpa cinta dan ingatan kepada Nabi , cacatlah kehidupan sekalipun seseorang itu memiliki pangkat dan harta setinggi gunung.



Tentang Penulis

Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Haji Mohd Romli dilahirkan di Baling, Kedah. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, Baling seterusnya di Maktab Mahmud Alor Setar, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Pengajian Hadis dan seterusnya pengajian peringkat Sarjana di Universiti At-Tohiriah Jakarta, Indonesia. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Ustazah Mahani Binti Mohamad dan dikurniakan lapan cahaya mata yang kesemuanya menjadi hafiz dan hafizah Al-Quran. Rasulullah di Hati adalah karya kedua beliau selepas Rumah Tangga Bahagia yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd. 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...