.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Apr 12, 2023

Ya Allah, Ampuni Aku

Ya Allah, Ampuni Aku
ISBN: 978-629-7556-10-9
Penulis: SYEIKH MOHD RASYDAN A RAHMAN
Kod: GB0731
Saiz: 21.5cm x 14cm (Portrait)
Tebal: 232 halaman
Teks Dalam: 2C
Berat: 0.5 kg
Harga: RM25.00 / RM27.00*

Sinopsis

Buku ini menghimpunkan 40 hadis amalan yang dapat mengundang ampunan Allah SWT. Setiap hadis disertai terjemahan dan huraian bagi memudahkan pembaca untuk memahami teks hadis. Di bahagian akhir turut disertakan himpunan-himpunan istighfar yang warid daripada Rasulullah SAW dan para ulama berserta terjemahannya.


TESTIMONI
“Gaya penulisan yang santai dan isi kandungan yang mudah difahami ini menjadikan ia antara ‘sajian minda dan rohani’ yang sesuai ditatap oleh semua peringkat umur dan latar belakang. Syarahan bagi hadis yang sarat dengan saranan dan kupasan serta ditambah beberapa faedah ini menjadikan ia sebagai bacaan santai tetapi sampai kepada matlamat penulisan buku ini.”

~ Sahibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Hj Awang DPSS.,DSDK.,AMK.,BCK.
Mufti Negeri Kedah Darul Aman

“Kitab atau risalah ini merupakan salah satu kitab yang patut kita miliki bahkan perlu dipelajari, dihayati dan diamalkan. Kita jadikan risalah ini sebagai panduan amalan harian daripada 40 buah hadis yang berkaitan dengan pengampunan dosa.”

~ Al-‘Alim al-Faqih Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Tentang Penulis

Syeikh Mohd Rasydan Bin A Rahman. Merupakan anak jati Kupang, Baling Kedah. Mendapat pendidikan awal di SK Kuala Kupang, kemudian peringkat menengah di Maktab Mahmud Yan dan Alor Setar. Setelah tamat STAM, menyambung pengajian ke Maahad Tarbiah Islamiah Derang sebelum ke Universiti al-Azhar asy-Syarif di Kaherah, Mesir dalam bidang Syariah Islamiah. Pernah berkhidmat sebagai seorang guru di SMK Baling dan pensyarah di Kolej Poly-Tech MARA. Kini, bertugas sebagai Penolong Pegawai Agama Daerah Sik. Beliau juga AJK Persatuan Ulama Kedah (PUK), penceramah rancangan Nasihatul Tasnim di Kedah FM dan seorang pendakwah bebas. Ya Allah, Ampuni Aku merupakan karya pertama beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...