.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Mar 28, 2023

Buku Nota Edisi Kalam Murabbi

BUKU NOTA EDISI KALAM MURABBI
Koleksi Bicara dan Matan Ilmu Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki Rahimahullah
Kulit Keras (Hard Cover)
ISBN: 955-574-970-075-5
Kod: GB0720
Saiz: 22cm x 14cm (Portrait)
Tebal: 288 halaman
Teks Dalam: 4C
Berat: 0.5 kg
Harga: RM35.00 / RM37.00

Sinopsis:

Merupakan buku nota bina sendiri yang sangat sesuai digunakan sepanjang masa tanpa mengira tahun. Anda boleh letakkan tarikh, bulan dan tahun mengikut keperluan sendiri.


Setiap helaian diselangi dengan kata-kata hikmah Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Rahimahullah. 

Ia terangum dalam 5 tema utama:
# Ibadah
# Tentang AL Quran
# Bekal Akhirat
# Halatuju Hidup
# Persoalan Hati


Buku ini diterbitkan dalam 2 versi kulit yang berbeza warna dan design iaitu koleksi untuk wanita dan koleksi untuk umum.




                                    Contoh Muka Dalam








PILIHAN 2 DESIGN KULIT BUKU







Mar 15, 2023

Bagaimana Siang dan Malam Terjadi?

Bagaimana Siang dan Malam Terjadi?
SIRI: Siri Fenomena Alam

Penulis: Zulina Hassan

ISBN: 9786297556079

Kod: GB0730
Tebal: 24 ms
Saiz: 17cm X 24 cm
Berat: 0.07 kg
Harga RM8.00/RM10.00

SIRI FENOMENA ALAM

Buku ini mempunyai 10 tajuk. Setiap tajuk yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan fakta dengan gambar/infografik yang menarik.

Info: Dapatkah kamu bayangkan, apakah yang akan berlaku sekiranya permukaan bumi terus-menerus gelap ataupun terus-menerus disinari cahaya matahari sampai hari kiamat?

Allah bukan sahaja mencipta bumi yang sesuai untuk kehidupan, malah memutarkan bumi sehingga terjadinya siang dan malam. Siang dan malam memberi manfaat yang sangat besar kepada seluruh hidupan di atas muka bumi ini.


Bumi yang berputar itu pula beredar mengelilingi matahari sehingga mewujudkan musim-musim yang berbeza sepanjang tahun. Dengan berlakunya pergantian malam dan siang, dan peredaran bumi mengelilingi matahari itulah, manusia dapat menentukan tarikh dan mencipta kalendar.






Apa Itu Meteor dan Aurora?

Apa Itu Meteor dan Aurora?
SIRI: Siri Fenomena Alam

Penulis: Zulina Hassan

ISBN: 9786297556062

Kod: GB0729
Tebal: 24 ms
Saiz: 17cm X 24 cm
Berat: 0.07 kg
Harga RM8.00/RM10.00

SIRI FENOMENA ALAM

Buku ini mempunyai 10 tajuk. Setiap tajuk yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan fakta dengan gambar/infografik yang menarik.

Info: Meteor dan aurora adalah dua fenomena yang dianggap sebagai pertunjukan angkasa yang paling indah yang dapat dilihat oleh manusia di atas muka bumi ini.

Aurora adalah suatu fenomena cahaya terang yang dapat dilihat pada waktu malam di langit. Fenomena ini hanya terjadi di kawasan kutub utara dan kutub selatan.


Meteor pula ialah lintasan cahaya yang terang di langit. Lintasan cahaya ini berlaku kira-kira sesaat dan kemudian hilang. Meteor juga dipanggil tahi bintang.






Bagaimana Hujan Terbentuk?

Bagaimana Hujan Terbentuk?
SIRI: Siri Fenomena Alam

Penulis: Zulina Hassan

ISBN: 9786297556055

Kod: GB0728
Tebal: 24 ms
Saiz: 17cm X 24 cm
Berat: 0.07 kg
Harga RM8.00/RM10.00

SIRI FENOMENA ALAM

Buku ini mempunyai 10 tajuk. Setiap tajuk yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan fakta dengan gambar/infografik yang menarik.

Info: Tahukah kamu, mengapa awan yang mengandungi hujan akan berwarna kelabu atau gelap? Dalam keadaan biasa, awan kelihatan berwarna putih.

Sebenarnya awan tidak berubah warna, cuma awan itu berada di bawah bayang awan yang lebih tinggi. Atau, saiz awan yang terlalu besar dan dipenuhi titisan air yang begitu banyak menyebabkan cahaya matahari tidak dapat menembusinya.


Pernahkah kamu mendengar benda-benda seperti ikan, duit syiling, katak dan cacing turun dari langit bersama air hujan? Bagaimana fenomena aneh ini berlaku? Ada pelbagai lagi info menarik dalam buku ini.






Lahar Gunung Berapi Menyuburkan Bumi

Lahar Gunung Berapi Menyuburkan Bumi
SIRI: Siri Fenomena Alam

Penulis: Zulina Hassan

ISBN: 9786297556048

Kod: GB0727
Tebal: 24 ms
Saiz: 17cm X 24 cm
Berat: 0.07 kg
Harga RM8.00/RM10.00

SIRI FENOMENA ALAM

Buku ini mempunyai 10 tajuk. Setiap tajuk yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan fakta dengan gambar/infografik yang menarik.

Info: Gunung berapi ialah bahagian kerak bumi yang terbuka atau merekah sehingga membenarkan gas, abu dan batuan cair panas di bawah kerak bumi menerobos keluar.

Pernahkah kamu berfikir bagaimana gunung berapi terbentuk?

 

Antara gunung berapi termuda di permukaan bumi ialah Gunung Paricutin. Ia muncul pada tahun 1943 di sebuah ladang jagung di Mexico. Ia bermula pada suatu hari apabila penduduknya dikejutkan dengan bunyi menggelegar dari dalam perut bumi. Permukaan tanah tiba-tiba merekah dan keluar asap berbau seperti telur busuk!



Keesokannya, mereka terkejut melihat sebuah kon setinggi rumah tertegak di hadapan mereka. Kon itu terus membesar, menutupi ladang jagung dan perkampungan mereka dengan lahar yang dihamburkan. Akhirnya pada tahun 1952 barulah aliran laharnya berhenti. Gunung Paricutin kini tertegak dengan ketinggian 424 meter dari dasarnya.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...