.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jul 3, 2020

Bagaimana Ke Syurga Dan Terjauh Dari Neraka

                                                    Bagaimana Ke Syurga Dan Terjauh Dari Neraka
Penulis: Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 955-574-970-037-3
Kod: GB 0626
Tebal: 112 m/s
Teks: 4C
Saiz: L: 15.2 cm; H: 22.9 cm; W:  0.6 cm
Berat: 0.2 kg 
Terbit:  Julai 2020
Harga: RM 20.00/ 22.00*

​​SINOPSIS:

Buku ini memperlihatkan pelbagai amalan yang boleh dilakukan sebagai usaha bagi mendapatkan rahmat Allah untuk masuk ke syurga.

Umum mengetahui bahawa syurga bukan percuma namun tidak ramai yang sanggup bersusah-payah untuk meraih syurga. Sedangkan amalan-amalan baik yang disukai Allah tidak semestinya memerlukan belanja yang besar atau tenaga yang banyak.

Tidak kira sama ada golongan muda mahupun kuat, golongan kaya mahupun golongan miskin, amalan untuk ke syurga itu ada pelbagai dan tidak hanya tertumpu kepada ibadah tertentu sahaja.


KANDUNGAN
·        Muqaddimah
·        Mereka yang Dirindui Syurga
·        Sifat yang Melayakkan Seseorang ke Syurga
·        Meraih Syurga
·        Mereka yang Dijanjikan Syurga oleh Al-Quran dan Hadis
·        Amalan Mengangkat Diri ke Syurga
·        Penyebab Mereka ke Neraka
·        Tingkatan Neraka
·        Tingkatan Syurga

Tentang Penulis:

Pendakwah bebas dan penceramah yang aktif menyampaikan kuliah di masjid dan surau seluruh Malaysia. Pernah menjadi tetamu jemputan dalam rancangan televisyen Tanyalah Ustaz, Zikir Hati dan Semanis Kurma, juga program Mau’izati di radio Ikim.fm. Pengasas Maahad Tahfiz An-Nabawi (Selangor, Pahang, Kedah dan Kelantan), juga Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA). Bagaimana ke Syurga dan Terjauh dari Neraka ialah karya kesembilan beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Buku-buku beliau dalam siri Mau‘izhah Hasanah: Malam Pertama di Barzakh, Teman di Barzakh, Khabar dari Barzakh dan Talian Hayat di Barzakh merupakan buku laris dan pernah tercalon dalam kategori Buku Bukan Cereka, Anugerah Pilihan Pembaca Popular BH.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466


 

 

 

 

 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...