Saya
Sakit Apa Doktor?
Penulis:
Dr. Abdul Rahim
ISBN:
978-983-097-873-4
Kod:
GB0616
Tebal:
216
Saiz ; L:
13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.4 cm
Berat: 0.3 kg
Terbit: Feb 2020
Harga: RM25.00/RM27.00*
FLASHER:
Tubuh badan kita TIADA SPARE PART, maka jagalah kesihatan kita dengan
sebaik-baiknya.
SINOPSIS
Buku
ini mengandungi ilmu kesihatan dan juga maklumat penyakit lazim yang sering
dialami oleh masyarakat. Ia menjawab persoalan:
-
Jenis penyakit yang dihidapi?
-
Mengapa dan bagaimana penyakit berlaku?
-
Siapa yang boleh kena sesuatu penyakit itu?
-
Bagaimana bentuk pencegahan dan rawatannya?
-
Bilakah perlu berjumpa doktor?
Buku
ini terbahagi kepada enam bahagian:
1.
Anda sakit apa? – antaranya menghuraikan status kesihatan kita, sama ada
sihat, sakit atau berpenyakit. Juga menyentuh beberapa jenis penyakit senyap.
2.
Ortopedik – antaranya menghuraikan masalah sakit sendi, tulang
patah, keradangan.
3.
ENT – antaranya menghuraikan masalah telinga, hidung dan
tekak seperti telinga dan hidung tersumbat serta dimasuki benda asing.
4.
Kulit – mengenali beberapa jenis penyakit kulit.
5.
Kanak-kanak – memberi panduan kepada ibu bapa apabila berdepan dengan
anak sakit seperti demam, lelah dan berkahak.
6.
Puasa dan Raya – masalah & penjagaan kesihatan lazim ketika puasa
dan raya seperti gastrik, puasa ibu hamil dan cirit-birit.
Secara
keseluruhannya penulis menggunakan pendekatan gaya bahasa yang mudah, ringkas
dan sesekali berjenaka.
Dr
Abdul Rahim
ialah anak jati Pulau Pinang dan merupakan lulusan Universiti Kebangsaan
Malaysia dalam jurusan Perubatan. Sebagai Pakar Klinikal, Dr Abdul Rahim berpengalaman luas dalam merawat pesakit
di klinik beliau yang beroperasi di Bayan Lepas. Mula mendapat perhatian ramai
apabila beliau mula berkongsi tip dan ilmu kesihatan di media sosial dengan
gaya bersahaja. Mesra dengan gelaran ‘Doc’ , tip-tip kesihatan terbaharu
beliau sentiasa dinanti oleh pengikutnya di laman Facebook.
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466