.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jan 30, 2018

Pazuzu

Judul: Pazuzu
ISBN: 978-983-097-700-3
Penulis: Nami Adnan
Kod: BP16
Kategori: Fiksyen
Tebal: 256 ms
Harga:
RM 17/RM19*




SINOPSIS

Novel PAZUZU mengisahkan Jeri, pelajar di Fakulti Undang-undang, Universiti Darul Ridzuan merupakan seorang yang agnostik iaitu seorang yang sering mempertikaikan perkara-perkara ghaib dalam Islam. Perkara ghaib itu lebih menjurus kepada kewujudan jin dan syaitan.

Demi menegakkan dogmanya, dia sanggup menjalankan upacara hitam hanya untuk membuktikan bahawa makhluk-makhluk ghaib itu tidak wujud. Namun, tanpa disedari Jeri, dia sebenarnya telah berjaya menyeru sesuatu yang sangat tua dan sangat dahsyat dari zaman silam. Ia sesuatu yang bersifat kesyaitanan yang disembah dan dipuja sebagai tuhan penyelamat oleh manusia dahulu kala.

Jeri menerima padah daripada perlakuannya itu apabila dia mulai berhadapan dengan gangguan-gangguan yang menjadikan hidupnya tidak keruan. Masa dirasakan Jeri kian suntuk kerana dia tidak pasti apa sebenarnya yang sedang berhadapan dengannya ketika itu. Apabila menyedari yang diserunya itu menuntut dirinya sebagai korban, semuanya telah terlambat. Darahnya harus dibayar dengan nyawanya.



TENTANG PENULIS


Pemilik nama sebenar, AHMAD SYUHAIMI ADNAN adalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri. Sangat meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan sains. Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang penulisan daripada DBP. Novel ini merupakan kali pertama beliau menulis genre yang menjurus ke arah thriller Islamik. Seorang yang agak pendiam, tetapi mampu berhujah dan bercerita dengan baik.

..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466
..................................................................................................

Tuhan, Aku Mohon Jawapan-Mu

Judul: Tuhan, Aku Mohon Jawapan-Mu
ISBN: 978-983-097-693-8
Penulis: Azura Zamri
Kod: GB0473
Tebal: 240ms
Harga: RM20/22*



SINOPSIS

“Kenapa aku diuji?”

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.”
(Al-Ankabut 29: 2-3)

Dugaan kita hari ini, insya-Allah Dia tetap permudahkan jalan kita untuk melaluinya biarpun kita merasa seakan tidak menemui apa-apa harapan lagi. Allah yang kirimkan masalah itu untuk menguji sebentar. Jadi, kita mahu keluar daripada laluan kesulitan itu tentunya Tuhan juga yang akan membantu.
Sesungguhnya, pertolongan Tuhan tidak pernah diiringi lambat, cepat atau tidak, yang dijanjikan-Nya adalah pada masa yang tepat.

TENTANG PENULIS

Nur Azura binti Zamri atau lebih ringkas dipanggil Azura Zamri. Berasal dari Sungai Petani, Kedah dan kini menetap di Johor Bahru. Dilahirkan pada 19 Mei 1992 dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik.
Seorang yang cukup meminati dunia penulisan dan perfileman, mengimpikan karya sendiri berjaya diadaptasikan dalam drama mahupun filem suatu hari nanti. Sudah memiliki empat buah buku iaitu Diari Akhirat, Muslimah Acah, No Couple Before Nikah dan terkini buat karya yang keempat iaitu Tuhan, Aku Mohon Jawapan-Mu.

Mula berkecimpung dalam kerjaya seorang penulis sejak dari tahun 2016. Penulis sering berkongsi kata-kata nasihat dan motivasi di media sosial Facebook, Twitter, Instagram serta melalui Channel Nota Hati Azura Zamri di Telegram.

Penulis lebih gemar menumpukan perhatian menulis buku motivasi tetapi pada masa yang sama, penulis turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan novel pula di masa akan datang.

..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466
..................................................................................................

Jan 29, 2018

100 Soalan Panas Perkahwinan

Judul: 100 Soalan Panas Perkahwinan
ISBN: 978-983-097-698-3
Penulis: Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar
Tebal:
168 ms
Kod: GB 0472
Harga: RM20/22*






SINOPSIS

Buku ini menyenaraikan 120 panduan berumah tangga berbentuk soal jawab sebagai pengetahuan dan panduan pembaca sama ada yang belum berumah tangga atau telah berumah tangga. Malah juga untuk yang telah bercerai dan ingin berumah tangga semula. 

Antaranya:
  • ·        Kahwin lelaki muda
  • ·        Berkahwin di Thailand
  • ·        Berkahwin setelah terlanjur
  • ·        Hukum pak sanggup
  • ·        Agensi mencari jodoh
  • ·        Jodoh media sosial
  • ·        Perkahwinan dengan warga asing
  • ·        Layanan terhadap suami/ isteri
  • ·        Perbezaan cerai dan fasakh
  • ·        Ibu bapa campur tangan urusan rumah tangga




TENTANG PENULIS

Menjawat jawatan sebagai Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Kedah. Berpengalaman menyampaikan ceramah agama dan menjadi ahli panel Forum Ehwal Islam khususnya di negeri-negeri utara Malaysia.

Sering ke udara di Radio Malaysia Kedahfm sebagai penceramah dalam slot Bimbingan Fardhu Ain. 100 Soalan Panas Perkahwinan merupakan karya kelima beliau bersama Galeri Ilmu Media Group selepas Ibadah Mukmin: Panduan Solat, Ibadah Mukmin: Sembelihan, Q&A Perihal Puasa dan Raya serta Jentik Sikit!.

..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466
..................................................................................................

Jan 23, 2018

Di Situ Aku Bersujud

Judul: Di Situ Aku Bersujud
ISBN: 978-983-097-692-1
Penulis: Nurul Huda
Tebal: 168 ms
Kod Buku: 0464
Harga: RM20/RM22*












SINOPSIS
Dari Malaysia ke bumi Eropah, 
Menuntut ilmu mengejar ijazah,
Merseyside Liverpool terbentang megah, 
Terkenang Penciptanya yang Maha Indah,
Old Trafford Manchester menggamit memori, 
Bekerja di kilang menyara diri,
Glasgow dan Edinburgh di cuti semester, 
Mencari tanda-tanda kebesaran-Nya,
Di London berkumpulnya umat Muhammad,
Solidariti tanda sayang dan penyelamat umat,
Pulang ke Malaysia dengan kenangan terindah,
Membentuk keluarga sakinah mawaddah,
Ke bumi Mesir kami selusuri,
Universiti Al-Azhar tersergam berdiri,
Tidak lupa ke Indonesia dan Singapura,
Melihat kebesaran Allah SWT yang Maha Sempurna,
Namun mana yang lebih terkesan di hati,
Menziarahi Kekasih hati di Masjidil Nabawi,
Menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah,
Berserah diri sepenuhnya di hadapan Kaabah,
Sujudlah wahai manusia,
Sujudlah di mana saja kamu berada,
Kerana Dia Maha Mendengar doamu,
Kerana Dia menjanjikan syurga buatmu!



Kandungan:
·      Prolog Ola Bola: Old Trafford, Manchester UK
  • ·        Kasih Sayang: Johor Bahru, Johor
  • ·        Zaman Berlalu: Johor Bahru, Johor
  • ·        Hijau Kuning: Jitra, Kedah
  • ·        Budak Maktab: Beseri, Perlis
  • ·        Awal Remaja: Shah Alam, Selangor
  • ·        Negara Bersalji: Liverpool UK
  • ·        Minggu Orientasi: Liverpool UK
  • ·        Menara Gading: Liverpool John Moores University, UK
  • ·        Pembantu Restoran: Bold Street, Liverpool
  • ·        Sujudku Di Sini: Hyde Park, London
  • ·        Kereta Pertama: Barrington Road, Liverpool
  • ·        Kemalangan Jalan raya: Liverpool UK
  • ·        Cuti Musim Sejuk: Glasgow & Edinburgh, Scotland
  • ·        Raikan Cinta: Pelabuhan Klang, Selangor
  • ·        Panggilan Haji: Shah Alam, Selangor
  • ·        Haji Muda: Madinatul Munawarrah
  • ·        Terimalah Taubatku: Makkatul Mukarramah
  • ·        Dengarlah Wahai Anak: Subang Jaya, Selangor
  • ·        Carilah Rumah Allah: Singapura
  • ·        Musafir Mesir: Kaherah & Iskandariah, Mesir
  • ·        Rindu Serindu-rindunya: Madinah & Makkah
  • ·        Dakwahku Caraku: Subang Jaya, Selangor
  • ·        Raudhah Ke Raudhah: Madinatul Munawarrah
TENTANG PENULIS
Nurulhuda Maulad Mohd Salim
Dilahirkan di Johor Bahru pada 14 April 1971. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Perempuan Jalan Yahya Awal, Johor Bahru. Seterusnya mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim Johor Bahru, Sekolah Menengah Jitra, Kedah dan Maktab Redah Sains MARA, Beseri Perlis.
Meneruskan pengajian A-Levels di PPP/ITM Shah Alam. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Farmasi dari Liverpool John Moores United Kingdom pada 1994. Memperoleh Ijazah Sarjana Pharmacy Practice dari UiTM Shah Alam pada 2012.
Pernah berkhidmat sebagai Pengurus Farmasi Komuniti di beberapa farmasi swasta dan hospital swasta selama 20 tahun.

Ibu kepada empat orang anak ini sekarang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, menyambung pembelajaran secara informal dan menulis buku-buku motivasi.

..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466
..................................................................................................

40 Hadis Amalan Penghapus Dosa

Judul: 40 Hadis Amalan Penghapus Dosa
Penulis: Ustaz Zulkarnain Dollah / Ustazah Masilah Muhamad 
Kategori: Fardu Ain
Isbn: 978-983-097-697-6
Kod: GB 0471
Tebal: 144 M/S
Harga: Rm 15.00/ 17.00





SINOPSIS
Buku ini menghimpunkan amalan- amalan yang dapat menggugurkan dan menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan oleh seseorang hamba. 


Buku ini juga membicarakan amalan-amalan yang menjadi sebab untuk mendapat pengampunan Allah SWT. Antaranya:
·        Berwuduk dengan sempurna
·        Memelihara solat fardhu
·        Qiamullail
·        Melaungkan azan
·        Solat berjemaah
·        Menyebarkan salam
·        Berbuat baik
·        Bersedekah
·        Menghadiri majlis ilmu
Akhlak mulia dan lain-lain.


KANDUNGAN
Muqaddimah
·        Pengertian Dosa, Pembahagiannya Serta Akibat Perbuatan Dosa
·        Mati dalam Keadaan Mentauhidkan Allah
·        Menyempurnakan Wuduk
·        Berwuduk dan Solat Sunat Dua Rakaat
·        Berwuduk Selepas Melakukan Dosa dan Solat Dua Rakaat
·        Solat Berjemaah
·        Berwuduk Ketika Kesulitan, Banyak Melangkah ke Masjid dan Menunggu Waktu Solat
·        Sentiasa Memelihara Solat Lima Waktu dan Solat Jumaat
·        Memperbanyak Sujud kepada Allah
·        Bangun Beribadah pada Waktu Malam (Qiamullail)
·        Solat Sunat Tasbih
·        Mandi dan Berwuduk untuk Menunaikan Solat Jumaat
·        Melaungkan Azan
·        Mengucapkan Amin Bersama Imam
·        Mereka yang Disolatkan oleh 100 Kaum Muslimin
·        Bersedekah
·        Puasa Ramadan, Solat Tarawih dan Menghidupkan Lailatul Qadar
·        Puasa Hari Arafah dan Hari Asyura
·        Haji Mabrur
·        Menunaikan Umrah Selepas Menunaikan Haji
·        Berjihad pada Jalan Allah
·        Mengiringi Kejahatan dengan Kebaikan
·        Membuang Halangan di Tengah Jalan
·        Menyebarkan Salam dan Ucapan yang Baik
·        Menghadiri Majlis Ilmu
·        Bertoleransi dalam Jual Beli
·        Berbuat Baik kepada Haiwan
·        Meringankan Beban Orang yang Berada dalam Kesusahan
·        Sabar Menerima Musibah
·        Mereka yang Menerima Pembalasan Hudud
·        Membaca Surah Al-Mulk
·        Rukuk dan Sujud
·        Membaca 100 Kali Tasbih
·        Mereka yang Berdoa Memohon Dihapuskan Dosa
·        Zikir yang Menghapuskan Dosa
·        Akhlak Mulia yang Memberatkan Timbangan
·        Menutup Aib dan Dosa Orang Lain
·        Mereka yang Kematian Tiga Orang Anak
·        Sepertiga Malam
·        Ujian Keluarga, Harta dan Jiran
·        Terhapusnya Dosa Disebabkan Demam
          ·        Kesakitan, Kesedihan, Kepenatan dan Kebimbangan Memadamkan Dosa Hamba


Ustaz Zulkarnain bin Dollah
Lahir pada 10 Januari 1975 di Kuala Berang, Terengganu.
Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Kuala Terengganu. Melanjutkan pengajian di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan dan seterusnya ke Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dalam Ijazah Usuluddin.
Aktif menulis dan menterjemah buku-buku berbahasa Arab. Beliau menjadikan penulisan sebagai medan perjuangan dalam mendidik masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan. Berkhidmat sebagai guru di Pahang sejak 2001. Buku ini ditulis secara bersama dengan Ustazah Masilah Muhamad. 40 Hadis Amalan Penghapus Dosa merupakan karya kedua beliau yang diterbitkan Galeri Ilmu Sdn. Bhd selepas Kun Anta Muaddaban.

Masilah binti Muhamad

Anak kelahiran Pendang, Kedah yang kini menetap di Merbok, Kedah ini dilahirkan pada 3 Disember 1992. Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Langgar, beliau menyambung pelajarannya di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah. Kemudian, kerana kecenderungan beliau dalam bahasa Arab, beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan di bumi Syam iaitu Yarmouk University, Jordan. Kemudian meneruskan perjuangannya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dalam Sarjana Bahasa Arab. Pada tanggal 2017 beliau memegang jawatan sebagai guru di Sekolah Menengah Agama (Madrasah Annur Pendang). Minat beliau sangat membuak-buak dalam bidang kajian, lantas beliau mengambil keputusan untuk menyambung Ijazah Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang terjemahan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2018.
..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466
..................................................................................................






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...