JUDUL: BAHAGIA BERGANDA
PENULIS: Mohd Zaini Mohd Ariff
& Muhd Kamil Ibrahim
ISBN: 978-983-097-620-4
KOD: GB 0407
HARGA: RM 25
TEBAL: 240 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
SINOPSIS
Buku BAHAGIA BERGANDA ini merupakan tulisan bersama Prof. Muhd Kamil
Ibrahim dan Dato’ Mohd Zaini Ariff dan ini bermakna sudah empat judul yang
dihasilkan bersama, bermula dengan Ilmu Kehidupan, Usahawan Akhirat, Merenung
Diri dan kini buku yang sedang anda tatap.
Sering sahaja apa yang rasa di hati
datangnya berulang-ulang dan ia sememangnya begitu. Sekadar contoh, rasa
bahagia terasa hasil gabungan pelbagai sebab. Ia datang dan pergi. Jika menulis
buku itu satu kebahagiaan, maka ia hanya akan jadi kenangan jika tiada buku
baharu diterbitkan.
Namun, sebagai penulis mereka sedar bahawa kegembiraan itu sangat kecil dan
bersifat sementara. Ini kerana manusia itu akan tetap menghadapi pelbagai ujian
dan cabaran sepanjang kehidupan. Sampai
masanya kegembiraan terdahulu menyusut
atau hilang dan berlalu pantas.
Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Dato’ Mohd Zaini Ariff mahukan sesuatu yang lebih baik dan bersifat
kekal, inginkan kebahagiaan yang menjadikan dada berasa lapang
selapang-lapangnya dan mahu jiwa tenang tenteram sebagai persediaan menemui DIA
dengan hati yang damai.
Maka, ‘Ingat Allah Sentiasa’, frasa yang disemat kukuh
dalam sanubari mereka berdua kerana bagi kedua-duanya dengan mengingati Allah,
ia merupakan kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebagaimana yang sering dinyata, dunia ini
hanya seketika tetapi syurga itulah kebahagiaan sejati.
Buku BAHAGIA BERGANDA ini mereka hulurkan dengan harapan ia menjadi ilmu
bermanfaat selain berdoa dan selalu merayu kepada-Nya agar ia menjadi penyebab
besar untuk mereka terus bahagia pada hari penghakiman nanti.
Sesungguhnya anugerah ‘profesor’ membahagiakan. Namun kebahagian yang
sebenar hanya terasa apabila mampu menitiskan air mata ketika hati menjadi
sebak mengingati betapa Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
--------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-------------------------------------