(Nabi Yusuf a.s. – Nabi Harun a.s.)
ISBN: 978-629-7716-08-4
Kod: GB0826
Penulis: Penulis: Zaki Sapuan Al-Hafiz
Tebal: 200 ms
Saiz: 16 cm X 23.4 cm
Berat: 0.3 kg
Harga: RM30.00/RM32.00*
SINOPSIS
“Sungguh, jika engkau menyembah Tuhan selain aku, engkau akan
dipenjarakan!”
“Adakah engkau masih akan melakukannya, meskipun aku tunjukkan bukti yang nyata?”
“Kalau engkau benar, tunjukkan bukti itu!”
Lantas, Nabi Musa melemparkan tongkat yang berada di tangan baginda. Dengan tiba-tiba, tongkat kayu itu berubah menjadi ular besar yang menakutkan. Baginda juga memasukkan tangannya ke dalam baju. Apabila dikeluarkan, tangan itu bersinar sangat terang dengan cahaya putih. Mukjizat baginda merupakan bukti yang nyata daripada Allah.
Ini adalah antara kisah yang terdapat dalam buku ini. Banyak lagi
kisah-kisah menarik yang dikongsikan penulis agar kita dapat mengenali dengan
lebih dekat tentang rasul-rasul yang mulia.
Justeru, koleksi Kisah Menarik 25 Rasul membawakan empat jilid buku yang santai lagi mudah. Ia boleh membantu ibu bapa dalam menyediakan pendidikan terbaik buat anak tercinta. Siri ini juga memudahkan guru dan pendidik untuk menyempurnakan fardu ain buat murid-murid demi menghayati Rukun Iman yang keempat, iaitu Percaya kepada Nabi dan Rasul.
Mudah-mudahan dengan membaca buku yang menarik ini, anak tercinta akan
mendapat banyak manfaat, lalu mencontohi akhlak mulia rasul-rasul pilihan
Allah. Mereka adalah tauladan terbaik bagi kita dalam mendepani abad ke-21 yang
penuh cabaran dan kejutan.
๐๐ธ๐๐๐ถ ๐ฝ๐น๐ฎ๐๐ณ๐ผ๐ฟ๐บ ๐บ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐๐ผ๐๐ถ๐ฎ๐น ๐๐ฎ๐น๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐น๐บ๐ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป
๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ผ๐ป๐ด๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐ถ๐น๐บ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐บ๐ฎ๐ป๐ณ๐ฎ๐ฎ๐:
********************************
No comments:
Post a Comment