.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jan 31, 2024

Aplikasi & Syarah Ringkas Hadis 40 Imam An-Nawawi

Aplikasi & Syarah Ringkas Hadis 40 Imam An-Nawawi
ISBN: 978-629-7556-66-6
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0784
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Tebal: 272 muka surat
Berat: 0.5 kg
Kertas: Simili 70 gsm / 2C
Harga: RM25.00 / RM27.00

Sinopsis

Hadis 40 Imam An-Nawawi merupakan naskhah klasik karangan ulama tersohor Imam An-Nawawi atau nama penuh beliau Yahya bin Syaraf an-Nawawi. Karya agung ini menghimpunkan 42 hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan perkara-perkara asas dalam Islam. Kitab ini cukup penting untuk pegangan setiap umat Islam. Hal ini kerana kandungannya yang mewakili intipati dan teras bagi ajaran Islam yang sempurna.

Karya ini membahas asas-asas Islam seperti niat, ibadat, iman, ihsan, ketentuan takdir, halal, haram, nasihat, jihad, ketaatan, keyakinan, kasih sayang, kehormatan diri, menghargai orang lain, akhlak mulia, mengikut sunah, mencegah kemungkaran, persaudaraan dan taubat.

Antara keistimewaan naskhah susunan Dr. Shamsul Mohd Noor ini ialah:

- Terjemahan dan syarahan hadis yang lebih segar dan terkini.

- Memudahkan pemahaman yang sebenar terhadap kitab Hadis 40 Imam An-Nawawi, yang relevan dengan konteks semasa umat Islam.

- Turut disertakan pengajaran yang dapat dikutip dalam setiap hadis.

- Memudahkan masyarakat mengaplikasikan hadis dalam kehidupan sehari-hari.

Semoga usaha kecil ini dapat menghidupkan semula karya-karya ulama silam di tengah masyarakat dalam bentuk yang mudah dihadam dan dihayati.


DR. SHAMSUL MOHD NOR

Merupakan lepasan Pusat Pengajian Islam  Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz al-Muhammadiyah Batang Kali, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian  dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabbur al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap program Tadabbur al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Aplikasi & Syarah Ringkas Hadis 40 Imam An-Nawawi merupakan naskhah ketujuh beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...