.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Sep 16, 2023

Pedoman Berzikir Semasa & Selepas Solat Fardu

Judul: Pedoman Berzikir Semasa & Selepas Solat Fardu
Penulis: Dr. Udah Mohsin
ISBN: 978-629-7556-49-9
Kod: GB0780
Saiz: 13.5cm X 21.5 cm
Tebal: 216 m/s
Isi Dalam: 2c
Berat: 0.5kg
Harga: RM20.00 / RM22.00*

Sinopsis

“Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Al-Ra’d 13: 28)

Pedoman Berzikir Semasa & Selepas Solat Fardu berusaha menjawab polemik tentang kepelbagaian lafaz bacaan wirid di dalam solat dan amalan berzikir selepas solat fardu. Setiap tajuk perbahasan disertakan hadis-hadis sahih dan pendapat para ulama muktabar.

Antara perbincangan menarik:

- Mengenal pelbagai bentuk lafaz bacaan ketika rukuk, iktidal, sujud dan tasyahud yang warid daripada Rasulullah .

- Zikir-zikir ma’tsur yang dibaca oleh Rasulullah selepas solat.

- Hadis-hadis yang menunjukkan bahawa Rasulullah tidak terus beredar selepas solat fardu.

- Lafaz-lafaz istighfar yang warid daripada Rasulullah .



Tentang Penulis

DR. UDAH MOHSIN Mantan Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mendapat pendidikan Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pernah menjawat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis (Lajnah Tahqiq Hadis) Kementerian Dalam Negeri sesi 2019- 2020, Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor dan Ahli Jawatankuasa Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Pedoman Berzikir Semasa & Selepas Solat Fardu merupakan karya ketujuh beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.







Sep 15, 2023

Patah Tumbuh Hilang Tak Berganti

Patah Tumbuh Hilang Tak Berganti
Biografi Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Kod: GB0777
ISBN: 978-629-7556-50-5
Penulis: Ustaz Muhammad Imran
Saiz: 13.5cm X 21.5cm
Tebal: 320 ms
Content: 4C
Berat: 0.65 kg
Harga: RM40.00 / RM42.00*

Sinopsis:

Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam rahimahullah sering menyebut bahawa pepatah, "Patah tumbuh hilang berganti" tidak berlaku untuk para ulama, kerana apabila meninggalnya seorang ulama, boleh dikatakan tidak ada siapa lagi yang dapat menggantikan mereka. Kalau pun ada, kualiti mereka jauh di bawah para ulama yang telah meninggal dunia itu.

Inilah juga yang berlaku apabila beliau sendiri kembali ke rahmatullah pada 30 Oktober 2021. Tidak ada pengganti yang mempunyai ketokohan, kealiman, ketajaman mata hati, kesungguhan dan liku pengalaman yang sama seperti yang beliau miliki. Buku ini menyingkap riwayat hidup, keperibadian, akhlak, pemikiran, cita-cita, perjalanan menuntut ilmu, perjalanan rohani, hubungan dengan guru-guru dan perjuangan Almarhum, yang ditulis oleh salah seorang anak murid kepercayaan beliau.


Patah Tumbuh Hilang Tak Berganti bukan hanya oleh-oleh untuk anak-anak murid dan para muhibbin (pencinta) Almarhum untuk diambil pengajaran dan dijadikan pegangan hidup. Buku ini untuk semua pembaca yang
  ingin mengambil pengajaran dari sisi kehidupan seorang ulama dan murabbi ummah yang -seperti diungkapkan oleh putera sulung beliau, Ustaz Muhammad Ali Zainal Abidin- "Menjadikan ikhlas sebagai asas utama dalam kehidupannya dan  berbekalkan semangat yang tinggi dalam kerja dakwahnya."

Kehilangan beliau memang tak akan berganti tetapi legasi yang beliau tinggalkan terutama karya-karya yang  beliau   hasilkan dan pondok-pondok pesantren yang beliau asaskan untuk melahirkan generasi ulama Rabbani, akan terus memberi manfaat kepada umat.









Sep 13, 2023

2 KALI PERTAMA KALI … Dia Maha Mengetahui

2 KALI PERTAMA KALI … Dia Maha Mengetahui
ISBN: 978-629-7556-57-4
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim Bersama Rakan-rakan
Kod: GB0771
Tebal: 336 ms
Saiz: 14cm x 21.5cm (Portrait)
Presentation: 4C
Berat: 0.65 kg
Harga: RM40.00 / RM42.00

Sinopsis

2 KALI PERTAMA KALI … Dia Maha Mengetahui dijayakan oleh 25 orang penulis yang berbeza latar belakang dan usia. Ada yang sudah berpengalaman menulis buku dan ada yang buat pertama kali menulis.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian pertama menceritakan kisah dan pengalaman pertama kali penulis mengerjakan haji dan umrah. Biarpun misi dan tempatnya sama iaitu Tanah Suci, anehnya setiap penulis mempunyai kisah dan pengalaman yang berbeza-beza. Setiap kisah amat menarik untuk diambil iktibar bahkan boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang mahu mengerjakan ibadah tersebut buat pertama kali.

Bahagian kedua mengisahkan pengalaman/peristiwa hidup pertama yang paling signifikan dan berbekas di hati penulis. Setiap kisah mempunyai daya tarikan tersendiri yang boleh dijadikan sempadan dan teladan.


­­­­­­­­­­­­
Petikan Bab 31 BERCINTA KE GUNUNG ADAM

 Tepat jam empat petang, kami akhirnya sampai ke puncak Gunung Adam setelah mendaki hampir 16 jam. Air mata gugur tanpa diminta. Daku sujud syukur di puncak gunung setinggi 2243 meter dari aras laut ini. Inilah nikmat tertinggi yang aku dapat rasakan. Sujud di puncak dunia.

Kelihatan sebuah pondok polis Sri Lanka dengan dua anggotanya. Sedikit ruang untuk para pendaki berehat. Beberapa orang sami Buddha pula sedang meniup serunai, memukul gendang dengan ritual acara keagamaan mereka. Mungkin kehairanan melihat rombongan pendaki ini tiba-tiba muncul pada sebelah petang.

Aku lihat ada sebuah pondok sederhana. Beberapa orang sami Buddha duduk berhampiran dengannya. Dengan izin mereka, kami dibenarkan masuk untuk melihat sebuah batu yang mempunyai lekuk sebuah tapak kaki yang sungguh besar. Anuar cepat merakam video. Kami bersusah payah untuk video ini.

Itulah bekas tapak kaki Nabi Adam alaihissalam.

Setelah 40 minit berada di puncak, kami semua harus bersegera turun sebelum matahari terbenam. Perjalanan turun lebih pantas berbanding pendakian walaupun kaki dan betis sudah tegang dan sakit.

Kami selamat turun ke bawah pada jam 8.30 malam. Cukuplah pendakian ini. Allah jua yang menjaga hamba-hamba-Nya ini. Begitulah … hambatan kru Jejak Rasul, TV3, bukan semua mudah. Ujian selalu ada. Begitulah jalan dakwah penyiaran.

~Ahmad Noor Sulaiman









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...