Apabila Rasulullah ﷺ Bercerita
Penulis: Ustaz Haji Jafri Abu Bakar Mahmoodi
ISBN: 978-629-7556-54-3
Kod: GB0774
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Tebal: 168 m/s
Kandungan: 2C
Berat; 0.3 kg
Harga: RM25.00/RM27.00
Sinopsis
“Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu.” (An-Nisa’ 4: 164)
Naskhah yang berada di tangan pembaca ini menghimpunkan hadis-hadis tentang kisah para Nabi dan Rasul terdahulu yang telah diceritakan sendiri oleh Rasulullah ﷺ kepada para Sahabat. Kisah-kisah tersebut sama ada berkaitan dengan pensyariatan sesuatu hukum, kisah mukjizat mahupun perjalanan dakwah para Nabi terdahulu ke atas kaum mereka. Pembaca dapat melihat pelbagai kisah yang ditempuh oleh para Nabi dan Rasul untuk membuktikan keimanan serta ketakwaan kepada Allah SWT.
Antara kisah menarik yang lain:
- Kisah Nabi Adam a.s. menyedekahkan sebahagian umurnya
kepada Nabi Dawud a.s.
- Kisah Nabi Soleh a.s. dan kaumnya.
- Kisah Nabi Yusya’ a.s. menahan matahari agar tidak
terbenam.
- Kisah Nabi Musa a.s. mengejar sebongkah batu yang
membawa lari bajunya.
- Kisah Nabi Musa a.s. menumbuk Malaikat Maut yang hendak
mengambil nyawanya.
Tentang Penulis
USTAZ HAJI JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI berasal dari kampung
Tambun Tulang, Arau, Perlis, dan kini menetap di Kedah. Merupakan pengasas
Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF), exco Dewan Dakwah, Majlis Dakwah Negara
(MDN), panelis Tanyalah Ustaz (TV3), panelis Assalamualaikum dan pengacara
Riwayat Akhir Zaman (TV Alhijrah), dan juga mengisi beberapa program di radio
tempatan. Beliau juga aktif berdakwah di seluruh tanah air. Apabila Rasulullah ﷺ Bercerita merupakan buku kelima beliau yang diterbitkan
oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment