.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jul 27, 2023

Nur Al-Fahmi: Asas-Asas Fardhu Ain

Nur Al-Fahmi: Asas-Asas Fardhu Ain
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7556-51-2
Kod: GB 0773
Saiz: 16.5 cm x 23.5 cm
Tebal: 184 m/s
Berat: 0.4kg
Isi Dalam: 1c
Harga: RM 20.00/ 22.00*

DETAIL:

Ilmu adalah perkara asas yang mesti ada pada manusia untuk kelangsungan hidup di dunia. Namun sebagai Muslim, ilmu juga diperlukan untuk kelangsungan, keselamatan dan kejayaan hidup di dunia dan juga di akhirat. 

Maka buku ini hadir menjelaskan secara ringkas dan padat asas-asas dan rukun-rukun agama yang mesti difahami setiap Muslim dan Muslimah merangkumi ilmu:

•           Tauhid; Sifat-sifat Wajib, Mustahil dan Harus bagi Allah, Sifat-sifat Wajib, Mustahil dan Harus bagi para Rasul.

•           Feqah;  Bersuci, Solat, Puasa, Zakat dan Haji.

•           Tasawuf; Menjaga anggota zahir daripada melakukan maksiat, Membersihkan hati daripada sifat-sifat tercela dan Menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji.










Ajaklah Dia … Sepatah Biarpun Sukar

Ajaklah Dia … Sepatah Biarpun Sukar
ISBN: 978-629-7556-47-5
Kod: GB0769
Penulis: Khairul Anuar Basri & Muhd Kamil Ibrahim
Tebal: 216 ms
Saiz: 14cmX 22cm
Berat: 0.5 kg
Harga: RM30.00/RM32.00

Sinopsis:
Mengajak kepada kebaikan merupakan amal ibadat. Di sana sini, peluang ini terbuka luas. Ironinya, ramai yang memilih berdiam diri dan membiarkan ia berlalu. Mereka merasakan ia tidak perlu. Lalu kami bersepakat, buku ini menjawab pertanyaan, “Kenapa ia perlu dilakukan?” Kami  bercerita tentang sasaran dan bahan ajakan untuk menjadi pertimbangan khalayak pembaca.

Dulu-dulu, hanya mereka yang alim agama bertugas dalam tugas mengajak. Lahirlah istilah pendakwah. Usaha mereka menjurus kepada hukum-hakam syariah. Lalu berdakwah – menyampai walau sepotong ayat – menjadi sukar. Batasan ilmu di dada menjadi penghalang. Terasa-rasa tidak layak dan ia bukan tugas kita.

Dunia kini berbeza.

Sempadan dunia mengecil. Jarak menjadi terlalu dekat. Teknologi memudahkan. Mad‘u yang datang dari pelbagai watak dan disiplin kelihatan lebih pintar dan mudah menyerap kreativiti dakwah. Benarlah ... saranan betapa setiap orang boleh menjadi pendakwah kian jelas dan mula menjadi kenyataan.



Tentang Penulis:
KHAIRUL ANUAR BASRI:

LATAR BELAKANG / KERJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (syarikat jual beli emas fizikal

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN: 
Master Of Comparative Laws, IIUM

PENERBITAN: Travelog Huffaz : Mengapa Aku Menghafaz Al-Quran,  Kaya Dengan Emas, Emas Dan Syariah, Buat Duit Dengan Consumerchant, Umrah Mudah Sungguh, Umrah Vip (Very Important Patient), Ujian Kita, Usah Berdukacita & Celik Wang Usia Muda.

MUHD KAMIL IBRAHIM

Dr Muhd Kamil Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Prof MKI merupakan mantan Profesor Perakaunan di UniKL Business School. Beliau pernah berkhidmat lebih daripada 24 tahun di UiTM dan tiga tahun di Universiti Taibah, Madinah. Beliau lahir di Besut, Terengganu dan melanjutkan pelajaran di MRSM Pengkalan Chepa, Universiti Teknologi MARA, University of Dundee, Scotland dan University of Wales, United Kingdom. Prof MKI merupakan penulis prolifik. Bermula dikenali ramai dengan buku klasik yang anggaran dibaca lebih sejuta orang, Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman, beliau telah menulis banyak buku berunsur kerohanian mengajak khalayak pembaca menghampirkan diri kepada-Nya. Beliau juga menyampaikan kuliah, tazkirah dan motivasi di masjid, sekolah dan di pelbagai organisasi kerajaan dan swasta secara percuma. 









Jul 6, 2023

Bagaimana Akhlak Nabi SAW Dengan Isteri?

Bagaimana Akhlak Nabi SAW Dengan Isteri?
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7556-46-8
KOD: GB 0768
Saiz: 13.5 cm X 21.5 cm
Tebal: 136 m/s    
Isi Dalam: 2C
Berat: 0.25 kg
Harga: RM 20.00/ 22.00*

DETAIL:

Isteri adalah insan yang paling rapat dengan seorang lelaki selain ibu bapa dan adik beradik. Justeru, wajarlah mereka dilayan dengan sebaik-baiknya. Siapakah sahaja yang layak dicontohi dalam soal berbuat baik selain daripada Rasulullah SAW?

Naskhah ini; BAGAIMANA AKHLAK NABI SAW DENGAN ISTERI? mengumpulkan 94 buah hadis Nabi SAW yang merakamkan akhlak Nabi SAW dengan para isteri Baginda.


Antaranya:

           Membantu urusan keluarga dan rumah tangga

           Mengambil berat dan memberi perhatian terhadap semua isteri

           Menghargai pandangan isteri

           Bergurau senda dengan isteri

           Mempertahankan isteri daripada fitnah dan tohmahan

           Adil terhadap isteri-isteri










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...