Al-Qur'an: Tafsir Dan Tadabbur
Panduan Komprehensif Bagi Menghayati Isi Kandungan 114 Surah Dalam Al-Qur'an
ISBN: 978-983-097-962-5
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0686
Saiz: 7" x 10" (Portrait)
Jumlah Mukasurat: 638 ms
Teks Dalam: 4C
Hard Cover
Harga: RM98.00/ RM100.00*
Sinopsis
Sebagai satu-satunya mukjizat Rasulullah ﷺ yang kekal hingga ke akhir zaman, Al-Qur’an umpama lautan hikmah yang tiada bertepi. Buku Al-Qur’an: Tafsir dan Tadabbur memberikan inspirasi yang menarik terkait dengan wacana ilmu-ilmu Al-Qur’an.
Di samping kandungan perbahasannya
yang pelbagai, buku ini juga mempersembahkan penjelasan komprehensif dan tuntas
terhadap istilah-istilah dalam bidang ‘Ulum Al-Qur’an dengan ulasan yang mudah
difahami. Karya tulis ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan oleh pelbagai
lapisan masyarakat, kerana ia bagaikan pintu gerbang untuk memasuki khazanah
ilmiah yang terkandung dalam wahyu Ilahi tersebut.
Antara perbincangan menarik yang terangkum dalam naskhah ini ialah:
- Mengenal pelbagai jenis mukjizat
yang terkandung di dalam Al-Qur’an.
- Memahami konsep asas tadabbur yang
sebenar.
- Mengenal cabang-cabang ilmu asas
dalam perbahasan ‘Ulum Al-Qur’an.
- Inti sari lengkap isi kandungan 114 surah dalam Al-Qur’an.
Apa Kata Mereka?
"Subhanallah, buku ini hadir tepat pada masanya! Ketika umat Islam mula timbul kesedaran dan semangat untuk mentadabbur kandungan Al-Qur’an, kita perlukan pedoman yang sahih dan konkrit. Naskhah istimewa ini akan memandu anda saat meneroka luasnya mesej yang terkandung dalam Kalamullah. Kandungannya sarat dengan ilmu. Turut dilengkapi ringkasan nota yang memudahkan pembaca. Perbahasannya menyeluruh, dan bahasanya mudah dan serasi buat semua. Sangat sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat Qur’ani." [Ustaz Hazri Hashim al-Bindany, Penolong Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, KPM]
"Terlalu banyak buku dan program tadabbur Al-Qur'an. Namun, istimewanya buku tadabbur ini ialah ia digarap khas oleh penulis berdasarkan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Sesuai dengan mazhab yang dianut dan diamalkan oleh majoriti umat Islam di Malaysia, khususnya sebahagian besar mufti." [Ustaz Uwais Qorny, Professional Mastercoach Quran No. 1 Malaysia]
Tentang Penulis
Dr. Shamsul Mohd Nor memperoleh
Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan
pengkhususan Tafsir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga
memperoleh Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Al-Qur’an dan As-Sunnah dari
universiti yang sama. Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar
Selangor dan Kuala Lumpur. Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam masa
tiga hari dengan kaedah Al-Badar. Perunding latihan dan bina insan di Pearl
Mentor (M) Sdn. Bhd. Berpengalaman dalam mengendalikan kursus motivasi dan
latihan seperti Rahsia Alam Diri, Islamic Team Building, Effective Supervisory
Skills, Interpersonal Skills, dan Islamic Leadership Program. Buku Al-Qur’an:
Tafsir dan Tadabbur merupakan karya keenam beliau yang diterbitkan oleh Galeri
Ilmu Sdn. Bhd.