.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Nov 20, 2020

WANITA WAJIB KAYA

WANITA WAJIB KAYA
ISBN:  9789830979274
Penulis: Fida Jaafar
Kod: GB637
Tebal: 136 ms
Saiz; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.85 cm
Berat: 0.2 kg
Terbit: Nov 2020
Harga: RM20.00/22.00*

SINOPSIS

Buku ini mengajak kita berfikir, kaya yang bagaimana yang kita mahu? Mahu jadi ‘betul ke kaya’? Atau betul-betul kaya? Real rich sudah ada di mana-mana, cuma kita sahaja yang tidak mahu menjejaki mereka.

Jadi, apabila kita melihat kehidupan orang lain yang biasa dan sederhana, jangan kita anggap seseorang itu tidak berjaya. Jangan kita menilai dari pandangan mata kasar sahaja dan jangan sesekali merasakan diri lebih baik daripada orang lain.

Tanggapan ini hadir kerana kita tidak dapat mencari material pada orang itu, kerana fikiran kita telah diasuh untuk melihat kemewahan yang tertonjol sebagai tanda kaya dan berjaya.

Ingat, wanita wajib kaya. Kaya bukan terletak pada harga (price tag) tapi pada nilai (value) yang membawa lebih banyak kebaikan kepada orang lain juga.

KANDUNGAN

Antaranya menyentuh persoalan Kaya Itu Apa? Mengapa Wanita wajib kaya? Di mana mahu bermula? Bila wanita wajib kaya? Dan lain-lain lagi.

Disertakan juga kisah-kisah berdasarkan pengalaman sebenar yang terpilih yang boleh dijadikan teladan.

 


TENTANG PENULIS

Pernah menjawat jawatan Pegawai Teknologi Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama tujuh tahun sebelum mengundur diri untuk menumpukan perhatian terhadap bidang hartanah. Hasilnya tertubuhlah Hartaplus Capital Sdn. Bhd. bersama suaminya, En. Mohd Rizal Rosly. Buku Wanita Wajib Kaya ini ada buah tangan kedua selepas buku Bijak Urus Rumah Sewa.


***************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 






 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...