.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jun 11, 2019

Tasawuf: Suatu Pengenalan Asas

Judul: Tasawuf: Suatu Pengenalan Asas
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor 
ISBN: 978-983-097-800-0
Kod: GB 0565
Tebal: 400 m/s
Saiz: L: 16.5 cm; H: 23.5 cm; W:  2.1 cm
Berat: 0.58 kg
Terbit: Julai 2019
Harga: RM 30.00/ 32.00*

​​SINOPSIS:

Buku ini menerangkan dengan jelas dan terperinci berkaitan jiwa, nafsu, dan hati yang merupakan perbahasan utama dalam ilmu Tasawuf. 

Sepertimana kita sentiasa membersih dan menghias tubuh badan, maka kita juga perlu berusaha untuk membersihkan dalaman kita daripada segala yang buruk dan menghiasnya dengan sifat-sifat yang baik.

Hati yang baik dan jernih adalah padanan dengan amalan yang baik dan diterima. Mana mungkin amalan dan pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang tidak ikhlas, jahil dan riyak diterima oleh Allah. Maka, kita mesti berusaha memperbaiki rohani seiring dengan membanyakkan amalan dan ibadah.

Moga-moga nanti kita diredhai oleh Allah dan dimasukkan ke dalam Syurga-Nya. Amin.


KANDUNGAN

INTISARI PENGARANG
IHSAN
TASAWUF
MENGENAL DIRI
-  Tujuan Ibadah Hati
-  Melahirkan Rasa Kehambaan
-  Melahirkan Ketaatan
-  Menunaikan Janji Di Alam Roh
-  Iktibar Sifat-Sifat Hati
-  Peringkat-Peringkat Nafsu

LATIHAN JIWA
-  Syarat Belajar Ilmu Tasawuf
-  Bahagian Ilmu Tasawuf
-  Pembersihan Zahir
-  Pembersihan Rohani
-  Cara Mendapatkan Kejernihan Rohani
-  Takhalli
-  Tahalli
-  Tajalli
-  Syariat Atau Asy-Syari‘Ah
-  Syariat Zahir
-  Syariat Rohani
-  Hukum Syariat
-  Tarekat
-  Hakikat

PEMBERSIHAN ZAHIR
-  Bab Pada Menyatakan Mata
-  Bab Pada Menyatakan Telinga
-  Bab Pada Menyatakan Lisan
-  Bab Pada Menyatakan Perut
-  Bab Pada Menyatakan Kedua-Dua Tangan Dan Kaki
-  Bab Pada Menyatakan Farj (Kemaluan)

PEMBERSIHAN BATIN
-  BAB PADA MENYATAKAN SOMBONG
-  BAB PADA MENYATAKAN RIYAK
-  BAB PADA MENYATAKAN UJUB
-  BAB PADA MENYATAKAN HASAD
-  BAB PADA MENYATAKAN CINTA AKAN DUNIA
-  BAB PADA MENYATAKAN MARAH
-  BAB PADA MENYATAKAN KIKIR
-  BAB PADA MENYATAKAN BANYAK MAKAN
-  BAB PADA MENYATAKAN PANJANG ANGAN-ANGAN
-  BAB PADA MENYATAKAN GHURUR

MENGHIASI HATI DENGAN SIFAT-SIFAT MAHMUDAH
-  Bab Pada Menyatakan Taubat
-  Bab Pada Menyatakan Sabar
-  Bab Pada Menyatakan Takut Dan Harap (Khauf Dan Raja’)
-  Bab Pada Menyatakan Zuhud
-  Bab Pada Menyatakan Syukur
-  Bab Pada Menyatakan Ikhlas
-  Bab Pada Menyatakan Tawakal
-  Bab Pada Menyatakan Kasih Akan Allah
-  Bab Pada Menyatakan Redha
-  Bab Pada Menyatakan Mengingati Mati

AMALAN ZAHIR DAN AMALAN ROHANI
Bukti Susahnya Mendapat Amalan Rohani

SEBAB HATI TERHIJAB
1.  Makanan Yang Haram
2.  Pandangan Dan Pendengaran Yang Haram
3.  Panjang Angan-Angan
4.  Melakukan Maksiat Dan Dosa

SIFAT ORANG YANG MENDAPAT KEJERNIHAN ROHANI
-  SYARIATNYA HEBAT
MURAQABAH
-  Gunung Tujuh Atau Sab‘Ah Aqabah
-  Muraqabah Ar-Roh
MUSYAHADAH
-  Fana
-  Makrifah
RUJUKAN

BIODATA PENULIS

DR. SHAMSUL MOHD NOR
Memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan pengkhususan Tafsir dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Pengasas Sistem Genius Membaca al-Quran dalam masa tiga hari dengan kaedah al-Badar. Perunding Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd. Berpengalaman dalam mengendalikan kursus motivasi dan latihan seperti Rahsia Alam Diri, Islamic Team Building, Effective Supervisory Skills, Interpersonal Skills dan Islamic Leadership Program.

Tasawuf: Suatu Pengenalan Asas adalah karya pertama beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...