.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Oct 12, 2017

Raikan Cinta

Judul: Selamat Pengantin Baharu: Raikan Cinta – Pesanan Buat Semua
Penulis: Roza Roslan & Muhd Kamil Ibrahim
KOD: GB0455
ISBN: 978-983-097-678-5
Tebal: 120 M.S.
Persembahan: 4c
Harga: RM15/RM17










SINOPSIS

Selamat Pengantin Baharu: RAIKAN CINTA – Pesanan Buat Semua merupakan anekdot pemikiran yang dicatatkan penulis tentang urusan perkahwinan, menantu, mentua, anak dan kaum keluarga melalui satu detik penting kehidupan manusia.

Ia berupa panduan dan pesanan-pesanan yang boleh dimanfaatkan khalayak. Salah satunya, bagaimana mengatur majlis perkahwinan yang patuh syariah.

Amat sesuai untuk bacaan bakal pengantin dan bakal mentua. Malah, sesuai dijadikan cenderamata untuk jemputan yang hadir pada majlis perkahwinan.
-----
Dengarlah pesanan ini duhai anak …

Jika hati sudah dimiliki, segera khabarkan kepada mama dan ayah. Biar keluarga berurusan dengan keluarga. Usah berkawan berlama-lama.


Risiklah dahulu jika si gadis diperkenalkan oleh orang lain atau sekadar melihat dari jauh sahaja. Jika sudah berkemampuan dan mempunyai kecukupan mengisi wang belanja hantaran … segeralah melamar dia.

Usah bertangguh. Panjang lagi masa untuk bercinta. Dan bercintalah sehingga ke Firdaus.
-----
“Kami hanya mengadakan majlis kesyukuran. Bersyukur akhirnya anak lelaki kami selamat diijabkabulkan dengan pasangannya. Kami tambah sedikit istilahnya, ‘Memperkenalkan Menantu’.”
Duhai kawan, kenduri bagi pihak keluarga kami sederhana sahaja. Bukan di hotel ternama, bukan di dewan besar dan bukan majlis terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Bukan mahu meraih populariti dan keuntungan. Jauh sekali majlis glamor.

Utamanya, kami tidak mahu mengharap sumbangan daripada mereka yang hadir. Biar benar-benar kami yang berbelanja mengikut kemampuan sendiri.

Setahun sebelum majlis, kami bangun malam, bersolat, bermunajat dan berdoa. Banyak isu diadukan kepada Allah Azza wajalla. Kami mohon agar majlis berjalan lancar dipermudahkan urusan, dalam redha dan rahmat Allah lagi diberkati.


Bagi kami, berkemampuan dari segi kewangan bukan bermakna berhabis-habisan. Kami mahu mengadakan majlis yang dibenarkan Allah dengan menjauhi kemurkaan-Nya.

Mau‘izhah Hasanah 3: Khabar Dari Barzakh

MAU‘IZHAH HASANAH 3: KHABAR DARI BARZAKH
Penulis: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-669-3
KOD: GB 0446
TEBAL: 224 ms
Saiz: L: 15.2 cm; H: 22.9 cm; W: 1.2 cm
BERAT: 0.3 KG (300 gm)
Terbit: 2017
HARGA: RM 28.00/30.00



SINOPSIS:

Mau‘izhah Hasanah 3: Khabar Dari Barzakh ini menyambung perbicaraan dalam buku sebelumnya iaitu Mau‘izhah Hasanah: Malam Pertama Di Barzakh dan Mau‘izhah Hasanah 2: Teman Di Barzakh.

Buku ketiga ini membawakan kisah mimpi-mimpi orang soleh yang bertemu dengan roh sahabat atau ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia.


Roh-roh ini menyampaikan perkhabaran dari alam barzakh; seperti apa yang mereka perolehi daripada nikmat dan rahmat Allah SWT juga menyampaikan pesan nasihat buat orang yang masih hidup. Malah ada roh yang dapat menyampaikan wasiat mereka melalui mimpi.


Kisah mimpi mereka ini disampaikan demi satu tujuan; agar kita mengambil pengajaran dan sentiasa mempersiapkan diri menuju ke barzakh.

Oct 9, 2017

Dia Bukan Malaikat


Judul: Dia Bukan Malaikat
Penulis: Muhd Iqbal Samsudin
ISBN:   978-983-097- 675 - 4
KOD: BP 0015
HARGA: RM 15
TEBAL:   ms  168

“The world is a book and those who do not travel read only one page.”
(St. Augustine)









SINOPSIS:

Buku DIA BUKAN MALAIKAT, garapan oleh penulis Muhd Iqbal Samsudin. Beliau telah memilih genre cerpen untuk buku PURIS kali ini. Cerpen-cerpen olehnya itu merupakan hasil daripada mencabar diri sendiri untuk menulis secara serius, iaitu sekitar tahun 2010, seusai menduduki SPM.

Masih kuat di ingatan beliau, cerpen pertama yang bertajuk Seronoknya Sedekah, telah mendapat maklum balas yang amat positif daripada segenap pelosok pembaca alam maya. Sebagai penulis hijau yang baharu tumbuh ketika itu, respons positif yang diterima, amat bermakna baginya untuk meneruskan lagi azam dan perjuangan serius dalam bidang penulisan.


Bertolak dari itu, penulis mula mengorak langkah demi langkah menulis, menempuh ketidakmatangan, agar ketidakmatangan itu sedikit demi sedikit beransur hilang kerana yakin bahawa tiada sesiapa pun yang bermula dengan terus melompat ke daerah sempurna. Pada siri ketidaksempurnaan itulah kita tempuh dan belajar daripada kesilapan, di samping meningkatkan nilai-nilai dalam setiap tulisan mendatang.

Menghasilkan cerpen yang berkualiti adalah sesuatu yang mencabar kerana ia menuntut paduan daya imaginasi yang tinggi dan mesej yang wacananya mampu membuatkan pembaca berfikir, tidak hanya khayal di awanan hiburan semata. Dua paduan inilah yang menjadikan penghasilan sebuah cerpen itu terasa begitu mencabar.

Tiada lain yang diharapkan oleh penulis, melainkan pembaca-pembaca budiman dapat mengambil walau seulas manfaat sebagai bekal hidup di alam fana ini hingga ke alam kekal sana, walau hanya sekecil zarah oksigen sekalipun, yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera yakni sepasang mata kasar. Moga, dapatlah bersama-sama kita berjalan di dunia ini dan beransur ke alam sana, dalam pelukan redha-Nya!



"Di sana, saya ditempatkan dengan seorang Melayu. Dia nampak selekeh sangat. Muka comot penuh dengan tampok hitam-hitam, gigi kuning pekat, rambut kusut masai, kasar bersikat tepi dan berkuku panjang. Tapi ada satu sahaja yang saya hairan, dia sungguh wangi. Bau wanginya semacam dengan minyak atar yang selalu ustaz-ustaz guna untuk ke masjid. Saya jadi pelik. Tersangat pelik ... .”

Oct 2, 2017

Tahsin Ibadah


Judul: Tahsin Ibadah
Penulis: Ustaz Mohd Fadzli Al-Yamani
Kategori: Fardu Ain
Isbn: 978-983-097-642-6
Kod: Gb 0445
Tebal: 232 M/S
Isi Dalam: 2c
Harga: Rm 25.00/ 27.00









SINOPSIS

Tahsin Ibadah mengumpulkan lebih 130 persoalan tentang feqah ibadah merangkumi solat, puasa dan bersuci.

Soalan yang ditanyakan adalah permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat Islam pada hari ini seperti cara qadha solat dan puasa, cara solat jamak ketika musafir, isu-isu dalam solat berjemaah dan lain-lain lagi.

Turut dimuatkan beberapa soalan umum seperti taubat Nasuha dan Nisfu Syaaban.




Setiap soalan dijawab dengan jawapan yang jelas dan mudah difahami selain didatangkan perbandingan untuk mengukuhkan pemahaman pembaca.

Oct 1, 2017

Al-Adab Al-Mufrad (Jilid 2)

Judul: Al-Adab Al-Mufrad (Jilid 2)
Penulis: Al-Imam Al-Bukhari
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-629-7
Set: 978-983-097-628-0
KOD: GB 0442
SAIZ: 16.5 cm x 23.5 cm
TEBAL: 264 m/s
ISI DALAM: 1C
BERAT; 0.3 KG
HARGA: RM 22.00/24.00

SINOPSIS

Kitab ini merupakan sambungan daripada jilid pertama dan turut memuatkan 300 hadis berkenaan adab, akhlak dna panduan dalam urusan muamalah serta pergaulan setiap muslim.


Antara tajuk hadis yang dikumpul dalam jilid kedua ini:
  • ·        Mengadu domba
  • ·        Menghormati orang yang tua
  • ·        Kasih sayang kepada kanak-kanak
  • ·        Pemrusuhan/ dendam
  • ·        Pembaziran pada harta
  • ·        Doa orang yang dizalimi
  • ·        Menziarahi orang sakit
  • ·        Sifat malu dan banyak lagi...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...