.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jan 25, 2017

Coconut Shake 1!

JUDUL: COCONUT SHAKE SATU!     
PENULIS: Fedtri Yahya
ISBN: 978-983-097-638-9
KOD: BP0007
HARGA: RM 20
TEBAL:   192 ms
SAIZ: 5.15” X 7.5”
CONTENT: Simili 70gsm / 1C
  
MENGANDUNGI SERBUK PENAIK SEMANGAT & PENYENTAP JIWA YANG DIBENARKAN
  
SINOPSIS:

Buku PURIS  yang ketujuh ini, COCONUT SHAKE SATU! merupakan nukilan penulis yang wajahnya sering muncul dalam mengacarakan beberapa program di kaca TV.

Bagi Ahmad Fedtri Yahya, mencoretkan beberapa buah artikel serta puisi yang sinonim dengan bahasa puitis yang digunakan olehnya semasa bersiaran, beliau mengharapkan ada yang mengutip inspirasi dari apa yang ditulis juga ada yang mengambil iktibar dari apa yang dikarangnya. Terhasilnya buku ini sebagai satu hikmah untuk berkongsi rasa dan pengalaman bersama pembaca yang budiman.

Penulis begitu yakin bahawa Allah SWT tidak melihat betapa tebal dan gemilangnya sesebuah buku itu dipersembahkan tetapi pada jaluran ikhlas yang jadi nilaian-Nya. 

Keikhlasan itu pula satu ciri insan yang bermanfaat dan beliau amat suka dengan istilah 'insan bermanfaat' ini kerana baginya walau ia ringkas dan tidak berbunyi 'bombastik', pengertiannya cukup luas. Ia lambang kepada manusia yang memberi dan terus memberi.

Sepanjang menulis buku ini, tak terhitung jumlah insan bermanfaat yang di temui penulis. Di rumah sudah pasti. Di pejabat juga sama. Di perjalanan bertambah lagi. Di majlis ilmu apatah lagi. Alhamdulillah, hidup ini dikelilingi manusia positif yang kuat memancarkan aura keikhlasan mereka. 

Dengan menulis, penulis berharap ilmu yang ada itu tidak akan statik dan  akan terus berkembang, biar sedikit, asalkan jejak ilmu terus berputik. Bersama tekad untuk melahirkan sesuatu yang bermakna buat diri dan masyarakat. Semoga tulisan ini memberi gerimis manfaat buat kalian. Walau tak mencipta biasan pelangi, cukup menjadi rintik hujan yang menyuburkan hamparan hijau yang menenangkan.

Selamat membaca!


---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466

----------------------------------------

Jan 23, 2017

Berlari Ke Syurga

Berlari Ke Syurga
PENULIS: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

ISBN: 978-983-097-636-5
Kod: GB420   
Harga: RM20
TEBAL:   104 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
CONTENT: Simili 100gsm / 4C
 

Sinopsis

Berlari Ke Syurga merupakan himpunan kata-kata dan kisah-kisah sirah dari Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

"Ketika kamu MEMBERI, kamu akan beroleh kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil.

Ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:
> "MEMAAFKAN kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.
> "MENDOAKAN teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.
> "Berusaha untuk BERBAIK SANGKA dan menghilangkan sangka buruk daripadanya juga suatu pemberian.
> "MENAHAN DIRI daripada membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi."

Ini semua adalah pemberian daripada ALLAH, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

KANDUNGAN

1.      Untuk Allah
2.      Untuk Rasulullah
3.      Zikir & Istighfar
4.      Jangan Berhenti Berdoa
5.      Keluarga
6.      Ayyuhal Walad
7.      Dosa
8.      Al-Quran
9.      Kehidupan
10.  Ilmu itu Cahaya
11.  Sedekah & Rezeki
12.  Baik & Buruk
13.  Syurga & Neraka
14.  Raikan Aidiladha
15.  Lensa

16.  Saham Akhirat



---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-----------------------------------------

Wang Emas: Bertahan Ketika Gawat

  

Wang Emas: Bertahan Ketika Gawat
PENULIS: Mohd Zulkifli Shafie

ISBN: 978-983-097-637-2
Kod: GB419
TEBAL: 232 ms
Harga: RM25
SAIZ: 5.5” X 8.5”
Sinopsis

Buku “Wang Emas” berbeza dari buku-buku lain yang ada dipasaran. Hampir kesemua buku-buku emas dipasaran bercakap tentang “beli harga rendah jual harga tinggi”, tetapi buku Wang Emas memberikan penekanan manfaat simpanan emas selain beli harga rendah jual harga tinggi.

Buku Wang Emas juga menunjukkan jalan secara praktikal bagaimana simpanan emas untuk mampu membantu meningkatkan kedudukan kewangan setiap orang daripada mendisiplinkan diri menyimpan setiap bulan sehinggalah mencapai tahap “kebebasan kewangan”.

Kelebihan buku Wang emas, ia bukan ditulis hanya berdasarkan kajian-kajian ilmiah, tetapi berdasarkan pengalaman-pengalaman praktikal penulis sendiri yang telah membimbing lebih 4,000 pembeli emas (direct buyer) seluruh negara, serta feedback yang diterima oleh penulis sendiri melalui blog, facebook dan juga seminar-seminar yang disampaikan.

Ia idea-idea segar dan praktikal untuk orang kebanyakkan, sehinggakan pelajar kolej dan university pun patut baca buku ini dan mula menyimpan emas.

KANDUNGAN


1.0  Saya, Emas & Kewangan 
2.0  Manfaat Emas Terhadap Kewangan
2.01        Emas Sebagai ‘Forgotten Saving’
2.02        Emas Sebagai Simpanan Kecemasan
2.03        Emas Menutup Kebocoran Wang
2.04        Emas Sebagai Simpanan Jangka Panjang
2.05        Emas Sebagai ‘Backup’ Belanja Hangus
2.06        Emas Sebagai Modal Pusingan Bisnes
2.07        Emas Penyelamat Kejatuhan Mata Wang
2.08        Emas Sebagai Duit Ketika Gawat
2.09       Emas Sebagai Duit Antarabangsa
2.10       Emas Penyelamat Simpanan Ketika Bangkrup
3.0  Cara Menggunakan Emas
3.01          Emas Sebagai Medium Transaksi (WIP)
3.02          Emas Sebagai Hadiah Bernilai Sepanjang Zaman
3.03          Keistimewaan Emas Sebagai Mas Kahwin
3.04          Pinjamkan Emas Untuk Elak Kerugian Nilai
3.05          Emas Sebagai Sumber Pendapatan Tambahan
3.06          Emas Sebagai ‘Ibu Duit’
4.0  Strategi Pelaburan 
5.0 Memilih Emas Terbaik
6.0  Emas Dan Ar-Rahnu
7.0  Bermula Dengan Betul








---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
------------------------------------------

Hologram

JUDUL: HOLOGRAM
PENULIS: Iwan Reaz
ISBN: 978-983-097-639-6
KOD: BP0006
HARGA: RM20
TEBAL:   200 ms
SAIZ: 5.15” X 7.5”


FLASHER:
HARI INI ADALAH HARI KEMATIAN!
  
Apa yang harus aku lakukan? Masa semakin singkat. Mereka akan mengatakan aku gila jika aku memberitahu bahawa mereka semua bakal mati. Ahhh! Aku semakin tertekan. Namun entah mengapa, kakiku kembali semula melangkah ke pintu utama pejabat. Pantas dan tangkas. Walaupun otak sudah tidak lagi bertindak cerdas.

Get out from here right now! You guys are in danger! Quick!” Aku terlolong di tengah pejabat.

Suasana sunyi. Semua berhenti menaip, berhenti berbincang, berhenti bekerja. Aku menjadi perhatian. Semua orang memandang tepat ke arah aku.

SINOPSIS:

Buku PURIS ini sesuai untuk pecinta karya fiksyen berorientasikan seram dan misteri. Buku HOLOGRAM oleh penulis muda IWAN REAZ perlu anda miliki. 

Membawakan 14 buah cerita pendek yang memaparkan kejadian-kejadian aneh serta mengerikan hingga ada yang menemui ajal.

HOLOGRAM membawakan kisah seorang pemuda yang dapat melihat bilakah saat kematian setiap orang yang ditemuinya. Namun, dia tidak tahu bilakah saat kematian diri sendiri. Kenapa dia yang dipilih dan kenapa dia sahaja yang mendapat anugerah ini?

HUJAN pula memaparkan sisi aneh air hujan. Hujan ini membunuh. Titisan hujan  telah merobek tubuh-tubuh manusia yang tidak sempat berlindung hingga hancur jasad mereka.  Amaran apakah yang sedang ditunjukkan oleh alam ini kepada manusia?

ILHAM, cerita yang mengisahkan seorang penulis entiti paranormal yang sangat hebat. Kehebatannya dalam mengarang kisah-kisah misteri ini mungkin kerana ada makhluk lain yang bersembunyi dalam tubuhnya. Mungkin juga penulis buku ini, IWAN REAZ juga bukanlah dirinya yang sebenar.

Mustahil? Tak mustahil!

Selepas membaca HOLOGRAM, pasti anda akan temui jawapanya!

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------





Jan 8, 2017

Mau‘izhah Hasanah 2: Teman Di Barzakh

MAU‘IZHAH HASANAH 2: TEMAN DI BARZAKH
Penulis: Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-624-2
KOD: GB 0418
TEBAL: 256 ms
Saiz: L: 15.2 cm; H: 22.9 cm; W: 1.3 cm
BERAT: 0.35 kg (350 gm)
Terbit: 2017
HARGA: RM 28.00/30.00



SINOPSIS:

Buku Mau‘izhah Hasanah 2: Teman Di Barzakh ini membicarakan perihal roh dan arwah setelah diceraikan nyawa daripada jasad, peristiwa yang bakal berlaku sebagaimana yang tercatat dalam hadis dan atsar para Sahabat r.anhum.

Juga menjelaskan perkaitan antara roh orang yang telah mati dengan roh orang yang masih hidup.

Semuanya untuk kita hayati agar lebih  bersedia dalam menyiapkan bekal ke ‘sana’.

Suasana di alam barzakh tidak sama dengan suasana Padang Mahsyar. 

Kematian setiap orang adalah berbeza-beza, dari segi keadaan dan waktunya. 

Nabi Adam a.s. wafat beribu tahun dahulu. Nabi Muhammad SAW pula wafat lebih 1400 tahun yang lalu. Kemudian kita pula, tidak tahu bila ajal datang menjengah.

Akan tetapi, apabila tibanya saat menuju ke Padang Mahsyar, kita akan dibangkitkan serentak semuanya bersama-sama. Disebabkan dibangkitkan serentak kesemuanya inilah yang menyebabkan alam di Padang Mahsyar itu lebih besar berbanding alam barzakh.
.
Alam barzakh itu sendiri lebih besar daripada alam dunia, tetapi suasana di Padang Mahsyar itu lebih besar daripada alam barzakh. Bagaimana kita ingin bayangkan? 

Hadis-hadis Nabi SAW yang menyebutkan perihal Padang Mahsyar ini lebih banyak jika dibandingkan hadis-hadis yang menceritakan perihal alam barzakh.
.
Hadis-hadis yang berkaitan dunia pula, banyak yang menunjuk kita bagaimana untuk hidup di dunia supaya selamat di Padang Mahsyar…


KANDUNGAN
1. Saat Roh Melayang
2. Penempatan Para Roh
3. Kedudukan dan Tempat Roh Orang Mukmin
4. Ziarah Alam Barzakh: jangan sombong dengan amalan
5. Perjalanan Israk Mikraj di Alam barzakh
6. Diperlihat Amalan kepada Mereka Yang Sudah Meninggal
7. Amalan Orang Hidup dipertonton Kepada yang Sudah Mati
8. Hutang antara Halangan ke Maqam Kemuliaan
9. Wasiat Sebelum Mati
10. Peretmuan Arwah Orang Mati dengan Arwah Orang Hidup dalam Tidur

(Mauziah Hasanah 2: TEMAN DI BARZAKH adalah sambungan buku Mauizah Hasanah: Malam Pertama Di Barzakh.)

************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466






Ada Apa Dengan RM?

JUDUL: Ada Apa Dengan RM? (dengan kemaskini)
[Judul asal: Ke Mana Wang Anda; 2009]
PENULIS: Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
KATEGORI: Motivasi

ISBN: 978-983-097-632-7
KOD: GB0417
HARGA: RM20.00
TEBAL: 240 ms

Flasher: Ubahlah cara anda melihat wang dan cara mengurusnya! 

SINOPSIS

Keadaan ekonomi akan lebih mencabar. Wang atau pendapatan yang kita bakal raih mungkin akan naik atau turun. Namun, ia tidak begitu penting berbanding CARA PENGURUSAN KEWANGAN kita. Jika cara kita menguruskannya tidak berubah, hasilnya sama sahaja. 

Muhasabahlah cara pengurusan kewangan kita dengan setelus-telusnya. Janjilah pada diri dan keluarga untuk berubah ke arah yang lebih bernilai, berhemah dan bertanggungjawab. 

Buku ini akan memberi panduan bagi anda yang mahukan petunjuk mencapai kehidupan kewangan yang lebih teratur dan selesa. Ia satu rujukan mudah untuk menyelesaikan isu kewangan yang anda sedang hadapi.

Anda perlu miliki buku ini jika anda mahu:
■ Bebas daripada masalah kewangan 
■ Bebas daripada belenggu hutang 
■ Menambah pendapatan keluarga 
■ Belajar mengawal perbelanjaan 
■ Merancang kewangan keluarga

KANDUNGAN BUKU

1. Merancang Kewangan
2. Mengurus Perbelanjaan
3. Pelaburan Untuk Anak2
4. Hidup Selesa Tanpa Hutang
5. Peluang Tingkatkan Pendapatan
6. Persediaan Masa Depan


BIODATA PENULIS

Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir

Anak kelahiran Kuala Lumpur. Pengasas dan Perunding Utama HIJRAH Wealth Management Sdn. Bhd., syarikat konsultan dalam bidang perancangan kewangan Islam. Beliau merupakan akauntan bertauliah berkelulusan Bachelor of Economics dari Sydney University, Australia. 

Sebelum ini beliau merupakan Pengerusi Eksekutif HIJRAH Unit Trust Management Berhad yang mengeluarkan dana syariah pertama untuk wanita, dan Pengerusi Eksekutif ASNITA di mana beliau juga merupakan separa pemiliknya. 

Memulakan kerjaya di sebuah bank komersial tempatan selama lapan tahun sebelum berhijrah ke syarikat antarabangsa American Express (tiga tahun) sebagai Pengurus Akaun dan Kawalan Kewangan. Pernah menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat pengurusan dana Islam yang mengendalikan dana sebanyak RM150 juta.

Beliau pernah membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa termasuk di Forum Perbankan dan Kewangan Islam di Bahrain. Beliau juga pernah ditemuramah di Radio BBC, London. Dalam bidang sosial, beliau merupakan Presiden Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia (AIFiWM) dan AJK Majlis Perunding Wanita Islam (MPWIM) di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Beliau juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Warisan Negeri Selangor sejak 2009. 

Beliau telah menghasilkan empat buku tentang pengurusan kewangan peribadi, termasuk Cukup Wang Hati Tenang (2005), Ke mana Wang Anda (2009), Bijak Mengurus Wang (2012) dan Cukupkah Wang Anda (2014). Beliau pernah mengendalikan slot rancangan Wanita dan Pelaburan di radio IKIM.fm, Tip Pengurusan Kewangan di Radio KLfm dan slot di MelakaFm. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program berkaitan pengurusan kewangan seperti Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, Astro Awani, dan beberapa program di TV3 dan TV AlHijrah.

***************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...