.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Sep 30, 2016

Turning Point

JUDUL: TURNING POINT
PENULIS: Ustaz Zul Ramli M. Razali
ISBN: 978-983-097-576-4
KOD: GB0394
HARGA: RM 20
TEBAL: 168 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”

SINOPSIS RINGKAS:
TURNING POINT bercerita mengenai satu perkara yang semua orang pasti alami dalam hidupnya. Buku ini berkisah mengenai titik perubahan atau turning point dalam hidup. Setiap orang diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk mengalami titik perubahan dalam hidupnya ke arah yang lebih baik. Ia berkait dengan hidayah.

Turning point ini juga berkait dengan kesungguhan dalam bertaubat kepada Allah atas kesalahan lalu. Melalui gaya penyampaian yang tersendiri dan pemilihan ayat yang menusuk minda serta emosi, Ustaz Zul Ramli membawa pembaca menginsafi diri dan mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang dinukilkan.

Beliau mengungkapkan betapa manusia pada hari ini suka memilih jalan berbeza. Walau duka nestapa serta sengsara, manusia enggan mengakui dan mengikuti jalan Allah. Beliau mengajak pembaca membayangkan seorang lelaki ditutup kedua-dua matanya lalu dia dilepaskan untuk berjalan. Bagaimana keadaannya. Tentu sukar. Langkahnya begitu payah, tangannya teraba-raba, dia bingung ke mana hala tuju, mana pula laluannya.

Bayangkan lagi keadaan sekelilingnya yang dipenuhi onak, duri, kaca serta gaung yang dalam. Apa terjadi sekiranya dia terus berjalan? Pasti kakinya dihiris kaca tajam, onak menusuk sehingga ke tulang dan langkah menjerumusnya ke dalam gaung. Perjalanan itu sungguh memeritkan. Dalam kesakitan itu dia pasti menangis, merayu agar penutup matanya dibuka. Kegelapan itu yang menjadi penghalang kepadanya untuk selamat. Dengan melihat, dia mendapat petunjuk!


Buku ini menuntun kita kepada laluan kehidupan dengan langkah yang selari dengan destinasi. Allah itu adalah destinasi! Memang TURNING POINT serius berbicara tentang hala tuju kehidupan, namun pembaca tidak dibiarkan serius berfikir sepanjang pembacaan. Di sudut-sudut yang terpilih, Ustaz Zul Ramli menjentik jiwa kita dengan kisah dan anekdot menghiburkan yang membuat kita senyum meleret, namun masih dipandu untuk ambil pengajaran.

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

Sep 2, 2016

Bacaan AL Fatihah

JUDUL: BACAAN AL-FATIHAH YANG SEMPURNA
PENULIS: USTAZ MOHD HAZRI HASHIM AL-BINDANY
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-603-7
KOD: GB 0393
SAIZ: 8.5” x 5.5’’
TEBAL: 96 m/s
ISI DALAM: 4C
HARGA: RM 16.00/18.00


SINOPSIS:

Lengkap dan berwarna. Buku BACAAN AL-FATIHAH YANG SEMPURNA ini disusun dengan bahasa yang mudah berserta penerangan hukum tajwid dan penjelasan istilah agar dapat memberi kefahaman kepada pembaca bagi mempelajari dan memperbaiki bacaan Al-Fatihah.  


Antara isi kandungan dalam buku ini:

         Kemuliaan surah Al-Fatihah.
         Hukum tajwid yang terdapat dalam surah Al-Fatihah.
         Waqaf dan ibtida’ dalam pembacaan Al-Fatihah.
         Kesalahan yang sering dilakukan dalam bacaan Al-Fatihah.
         Panduan ringkas tahsin qiraah Al-Fatihah.

         BACAAN BONUS: Qiraat ‘Ashim riwayat Hafsh.

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...