JUDUL: UBAH
PENULIS: Syed Alwi Alatas
ISBN: 978-983-097-596-2
KOD: GB0382
HARGA: RM 16
TEBAL: 128ms
SINOPSIS RINGKAS:
Buku ini membawakan tema tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan
memulakan dan permulaan. Setiap perkara
dalam kehidupan ini ada mula dan ada akhirnya. Kita perlu tahu dengan yakin dan
pasti apakah akhir yang hendak dicapai.
Akhir atau tujuan itu perlulah direnung dan difahami
dengan sebenar- benarnya.
Apabila sudah pasti tujuan yang hendak dicapai, maka perlu pula diketahui
jalan terbaik untuk mencapai tujuan itu. Sesudah tujuan dan jalannya dikenal
pasti, barulah memulakan langkah pertama.
Hidup ini sangat penting dan kita hanya akan menjalaninya sekali sahaja.
Maka tidak wajar seribu langkah kita jalani tanpa kita tahu ke mana akhirnya.
Jadi hendaklah kita pastikan TUJUAN dan tahu JALANnya. Jika dua perkara itu
sudah kita tetapkan, mulailah melangkah ke arah tujuan.
Destinasi yang dituju
mungkin jauh, jalan yang dilalui mungkin amat sukar, tetapi dengan izin Allah
kita akan sampai juga. Yang penting, kita mulakan. Jangan hanya bermimpi.
Kemudian teruskan, jangan
sekali-kali menyerah kalah dan putus asa di pertengahan jalan.
Jika terasa perjalanan itu begitu sukar sehingga tak mungkin sampai ke
tempat tujuan, fokus sahajalah kepada langkah permulaan, kerana permulaan itu
dekat dan lebih senang untuk dilakukan.
SYED ALWI ALATAS adalah seorang penulis prolifik dan kini dalam peringkat
akhir pengajian Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Lebih dikenali sebagai penulis buku-buku motivasi, ternyata sentuhan tulisan
beliau mampu membangkitkan keinsafan hingga 30 judul buku telah diterbitkan di Indonesia
setakat ini.
Bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd., sebanyak lima judul buku motivasi
(Senyumlah, Mudahkan Jangan Susahkan, Bersyukurlah Kerana-Nya, Mencari Husnul
Khatimah dan Mungkinkah ini Solat Terakhirmu?) dan sebuah novel (Destinasi)
telah diterbitkan. UBAH merupakan karya terbaharu beliau yang pasti tidak
mengecewakan mereka yang memilikinya.
Insya-Allah.
----------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------