.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jul 17, 2014

Usahawan Akhirat

JUDUL : Usahawan Akhirat
PENULIS : Muhd Kamil Ibrahim & Mohd Zaini Ariff
ISBN : 978-983-097-511-5
TEBAL : 368 ms
HARGA: RM26.00 / RM28.00 Sabah & Sarawak


SINOPSIS :
Usahawan Akhirat secara pintar melihat dunia hanya sebagai singgahan sementara. Mereka berniaga di dunia. Keuntungannya boleh dinikmati di dunia dan lebih mewah lagi di akhirat. 

Sebaliknya, perniagaan semata-mata atau melebihkan secara melampau kehidupan dunia boleh menyebabkan mereka menggigit jari ketika berhadapan dengan Allah pada hari penghakiman.

Penghakiman Allah sangat jelas, yang mana ada yang menerima balasan syurga dan selebihnya akan berhadapan dengan azab seksaan api neraka sebelum dikembalikan ke syurga atau terus kekal selama-lamanya di sana. 

Namun bagi mereka yang berfikir pilihan istimewa yang sepatutnya dikejar ialah memasuki syurga tanpa dihisab. Mereka tidak perlu menunggu lama.

Realitinya, walaupun diingatkan berulang kali tentang kewujudan negeri akhirat yang kekal abadi, manusia masih menyangka dunialah yang perlu diperjuangkan sesungguh hati. Mereka tidak mengendahkan kepentingan hakiki. Umumnya, mesej yang ingin disampaikan adalah aspek ketuhanan yang telah dilalui oleh kedua-dua penulis melalui latar berbeza. 

Ya, kita berniaga di dunia namun perniagaan menuju akhiratlah yang akan menyebabkan kehidupan itu mempunyai harga luar biasa dan ketahuilah perniagaan yang tidak pernah merugikan ialah berniaga dengan Allah!


Jul 10, 2014

Cukupkah Wang Anda?

JUDUL: Cukupkah Wang Anda?
PENULIS: Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir
ISBN: 978-983-097-481-1
KOD: GB0297
HARGA: RM 20.00 / RM 22.00
TEBAL: 264 ms





SINOPSIS:
Gaji besar atau kecil tiada bezanya apabila anda tahu apa itu ‘formula kekayaan’. Dalam mengharungi keperluan kehidupan sehari-hari, adakah di antara kita pernah merasai perasaan ‘kecukupan’ wang? 

Jika ‘cukup’ pun amat sukar rasanya untuk kita menikmati keadaan wang yang melimpah ruah sekiranya keadaan kita tidak berubah.‘Cukup’ merupakan istilah yang relatif buat seseorang individu dengan individu yang lain. Dalam bahasa mudah, cukup buat Individu A tidak semestinya cukup buat Individu B. 

Usahlah takut dilabelkan sebagai ‘kedekut’ oleh masyarakat sekeliling sebaliknya takutlah atas apa yang Allah hitung kelak akibat pemborosan kita. Diharap buku ini dapat membantu semua pembaca dalam memperbaiki keadaan kewangan masing-masing dan keluarga serta yang lebih penting mendapat hidayah daripada Allah SWT agar sentiasa diberkati dan lebih mendekati-Nya.

***************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466










Nikmatnya Sakit Bersalin

JUDUL: Nikmatnya Sakit Bersalin
PENULIS: Isyah Radhiah Idris & Che Amran Raihan
ISBN: 978-983-097-485-9
KOD: GB0266
HARGA: RM30/ RM32
TEBAL: 504 ms





SINOPSIS


Nikmatnya Sakit Bersalin merupakan travelog seorang ibu yang melahirkan sembilan anak secara normal. 


Segala pengalaman daripada mula mengandung hingga tibanya detik kelahiran dikongsikan kepada pembaca. 

Ia merupakan satu perkongsian yang sangat berguna terutama untuk bakal-bakal ibu yang petama kali akan merasai 'detik-detik cemas' ini.. Penulis juga berkongsi petua dan tip bersalin serta penjagaan sebelum dan selepas bersalin. Doa harian untuk bakal ibu juga turut termuat dalam buku ini.

Indahnya Hidup Tanpa Derita


JUDUL: INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA
PENULIS: NOOR LAILA ANIZA ZAKARIA
TEBAL: 244 M/S
HARGA: RM21/RM23 (S/S)
ISBN: 978-983-097-262-6
KATEGORI: TARBIAH ROHANI (MOTIVASI)


Buku yang wajib baca!


Jika anda menyangka masalah yang anda hadapi sangat berat, maka bacalah buku ini. Anda akan dapati, masalah anda tidaklah sebesar mana berbanding kisah-kisah benar yang dimuatkan di dalam buku ini.

Buku ini menghimpunkan 40 kisah masalah rumah tangga. Sebahagiannya adalah kisah ekstrem yang tidak pernah terlintas di fikiran kita. Namun itulah hakikatnya, ia benar-benar berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Kisah-kisah rumah tangga yang meruntun hati ini turut disertakan dengan tip-tip berguna daripada penulis sebagai jalan keluar daripada masalah yang dihadapi. Sesungguhnya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan di dunia ini. Pokok pangkalnya ialah pada diri sendiri. Selagi ada iman, selagi itu ada penyelesaiannya.

Barangkali ada kisah yang mirip atau menyerupai masalah anda, maka bacalah ia dan dapatkan tip-tip yang diutarakan. Hidup pasti indah apabila derita berjaya diatasi!


Petikan 1
Baru sahaja habis memberi ceramah di sebuah agensi kerajaan di Putrajaya, seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an menanti saya di muka pintu.
“Ada apa-apa yang puan hendak bertanya?” Saya memulakan bicara.
“Tidak apalah. Biar yang lain bertanya dulu, saya tunggu. Di sini keadaannya tertutup sedikit,” perlahan wanita itu menjawab.
... Di wajahnya ada gari-garis halus sesuai dengan usianya. ...
“Saya tidak tahu hendak mulakan di mana. Tapi, semua orang tidak percaya pada apa yang saya ceritakan.”
Saya angguk.
“Suami saya berzina dengan isteri orang! Perempuan itu sedang mengandung sekarang ini. Tidak tahulah sama ada kandungannya itu anak suami saya atau anak suaminya sendiri. Baju mengandung perempuan itu pun suami saya yang belikan. Guna duit saya! Saya jumpa resit di dalam kereta. Apabila saya tanyakan hal itu padanya, terus saya kena tampar. Semua orang kata saya berbohong. Ahli keluarga sebelah saya dan sebelah suami pun tidak mempercayai cerita saya ini.”

Petikan 2

Wanita itu menelefon saya ketika saya sedang menikmati minum petang ... .
“Puan, bolehkah jika saya berdoa untuk suami saya?” wanita itu bertanya.
“Eh, mengapa pula tidak? Apatah lagi jika seorang isteri mahu mendoakan di suami yang tercinta.” Soalan wanita ini mengundang hairan ke dalam benak saya.
“Bukan itu maksud saya puan. Saya hendak doakan supaya Allah ambil nyawa suami saya. Saya sudah tidak tahan hendak membela dia,” saya terdiam di hujung talian mendengar keluhannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...