.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Apr 16, 2014

Suami Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari

JUDUL: Suami Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari
PENULIS: Mohd Hisham Mohd Sharif/ Hasifah Zainuddin
ISBN: 978-983-097-486-6
KOD: GB0273
HARGA: RM17/ RM19
TEBAL: 232 ms




SINOPSIS:

Bahagia rumah tangga pada memberi, bukan memiliki.


SUAMI BUKAN MALAIKAT, ISTERI BUKAN BIDADARI merupakan sebuah buku yang sarat dengan inspirasi tentang ilmu berumah tangga khususnya buat anak-anak muda yang baru melangkah ke alam perkahwinan. Perkahwinan itu bukan hanya atas dasar cinta semata-mata. 

Namun bagi memastikan keharmonian itu terus kekal berpanjangan, cinta itu perlu hadir bersama dengan tanggunjawab. Itulah tema yang penulis ketengahkan dalam buku ini. 

Tanggungjawab untuk menjaga hubungan sebelum perkahwinan, tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh bersedia sebelum berumahtangga, tanggungjawab untuk bersabar dalam alam rumahtangga dan tanggungjawab untuk mendidik anak dengan ilmu yang benar.

Apr 11, 2014

Sabilul Muttaqin

JUDUL: SABILUL MUTTAQIN; PANDUAN ZIKIR HARIAN & QIAMULLAIL
PENULIS: Haji Mohd Jamil Sadaqi bin Dato' Syeikh Tajuddin al-Jarumi.
ISBN: 978-983-097-476-7
KOD: GB0209
HARGA: RM 22.00/RM 24.00
TEBAL: 330 ms



SINOPSIS:
Buku penawar terbaik bagi jiwa yang inginkan ketenangan -amalan qiamullail dan zikir. Kedua-duanya menjadi penghubung kuat seorang hamba dengan Allah . 


Sabilul Muttaqin: Panduan Zikir Harian dan Qiamullail adalah gabungan dua buah kitab asal Risalah Qiamullail dan Himpunan Zikir Muttaqin karya al-Marhum Dato’ Syeikh Tajuddin al-Jarumi, yang menghimpun amalan Baginda , para Sahabat, tabi‘in dan alim ulama yang diakui kehebatan mereka.


Bahagian pertama mengupas serba-serbi tentang qiamullail, merangkumi tip untuk mudah berqiamullail, amalan ketika qiamullail, doa-doa, serta zikir yang sahih.

Bahagian kedua khusus menghimpunkan zikir-zikir yang diambil daripada sumber yang jelas kesahihannya.


Ia merangkumi Ratib al-Haddad, zikir pagi dan petang, zikir selepas solat fardu, selawat, dan doa-doa mustajab.

Apr 3, 2014

3 Jiwa 1 Cinta

GB0270: 
Judul: 3 Jiwa 1 Cinta
PENGARANG: Naimal Aina, Nurin Hanna
TEBAL: 540 ms
ISBN: 978-983-097-328-9
HARGA: W/M: RM19.00 DAN E/M: RM21.00


Dahlia, seorang gadis yang periang.

Aiman, memutuskan hubungannya dengan Dahlia lantaran umur mereka yang masih mentah. Halimah Ng, membuat Dahlia membencinya agar tidak dituduh sebagai perampas kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya. 

Tanpa diduga Dahlia berjumpa semula dengan Aiman di UIAM. Sementara itu, masyarakat memandang serong kepada mualaf seperti Halimah Ng yang berstatus janda tanpa anak. Ini kisah cinta Dahlia. Apakah kesudahannya dengan Aiman? Dengan Halimah Ng?

Dilema Cinta Ain

Gadis remaja itu datang daripada keluarga orang berada. Namanya Nurul Ain Mardhiah. Semasa berusia 12 tahun dia sudah jadi yatim piatu. Ibu dan ayah saudara mengambil alih memelihara. Dia dimasukkan ke sekolah berasrama. 

Kurang perhatian dan bimbingan dia jadi gadis bermasalah. Kerana kepintaran dia berjaya sambung belajar ke Perth, Australia. Di sana mujur dia mendapat petunjuk dan ihsan daripada rakan-rakan. Bukan beriman namanya jika tidak diuji. Ujian cinta dan jodoh menanti pula di Malaysia buat Ain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...