.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Mar 20, 2012

Nota Untuk Nurlisa

GB0164 : Nota Untuk Nurlisa

Pengarang : Dissa Azmin
Tebal : 250
ISBN : 978-983-097-321-0
Harga : W/M:RM14.00 E/M:RM16.00

Nurlissa mencari peluang kedua, setelah tersungkur di pertengahan jalan. Kepulangannya disambut kasih tulus Afiqah, babah, mama dan kak long. Hakikatnya, nurlisa terpaksa berdepan dengan Maya yang tidak sudi lagi menyambutnya sebagai sahabat. Keakraban yang kian retak meninggalkan luka dihati Nurlissa. Ketika dia hamper rebah, dia menerima nota rahsia yang memberinya kekuatan untuk menempuhi rintangan. Dalam kebahagiaan meniti persahabatan baru bersama Farina, Fahim dan Syahir, hadir Daniel bersama kenangan silam. Mampukah Nurlissa berjuang merebut kebahagiaan masa hadapan daripada konflik masa lalu dan akan bertemukah Nurlissa dengan si pengirim nota rahsia itu?

Mar 19, 2012

Mudahkan Jangan Susahkan


GB0162 : Mudahkan Jangan Susahkan

Pengarang : Syed Alwi Alatas
Tebal : 276
ISBN : 978-983-097-348-7
Harga : W/M:RM21.00 E/M:RM23.00

Manusia! Mereka menyukai kemudahan. Jika ada dua pilihan dihadapan, mereka akan cenderung memilih yang lebih mudah. Bahkan jika pada suatu masa pilihan yang mereka akan mencari jalan, mencipta sesuatu agar aktiviti mereka menjadi lebih mudah untuk dilakukan. Mereka tidak menyukai kesusahan dan berusaha menghindarinya.
***********
Saya terus terbayang-bayang wajah sayu lelaki tua itu ketika saya memakan gado-gadonya. Saya memakan gado-gado itu dan terus memakannya dengan penuh berselera. Wajah lelaki itu terus terbayang. Senyumannya yang nyaris-nyaris tidak kelihatan sudah cukup untuk menyingkirkan perlahan kerut-kerut di wajahnya sebagai pembuka jalan bagi sinar matahari senja memantul selepas menyinari kebahagiaan kepada alam disekelilingnya. Bayang-bayang tangannya yang menggeletar tetapi ikhlas itu menyedarkan saya betapa kuasa keikhlasannya telah menjadi penyedap yang luar biasa bagi gado-gado yang dihasilkannya.
Saya terus makan gado-gado itu hingga habis tidak bersisa. Saya terpegun untuk beberapa saat sambil menatap pinggan yang sudah kosong. Kini saya sedar sepenuhnya. Saya betul-betul tidak mampu menolak satu hakikat ini; itulah gado-gado paling lazat yang pernah saya makan seumur hidup saya!
Sewaktu melihat besarnya kesusahan yang dialami orang lain, kita mungkin terkejut apabila menyedari betapa banyakknya kemudahan yang kita miliki dalam hidup ini. Tetapi kita masih suka mengeluh dan terlupa untuk bersyukur.

Mar 6, 2012

GB0160 : Di Mana Johan?


GB0160 : Di Mana Johan?

Pengarang : Zuraimi Ismail
Tebal : 135
ISBN : 978-983-097-356-2
Harga : W/M:RM10.00 E/M:RM12.00

'Tidak tutup mata dia?' tanya lelaki yang memandu kereta. Garau sahaja suaranya. 'Biarlah. Bukan kita hendak guna dia di sekitar sini,' balas lelaki di sebelah pemandu pula. Johan tersentak. Apa maksud kata-kata lelaki itu? Apa maksud 'hendak guna dia'? +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Johan, ketua darjah Enam Pintar adalah seorang pelajar yang pandai dan aktif disekolahnya. Pada suatu pagi, ketika dalam perjalanan ke sekolah Johan telah diculik oleh sekumpulan lelaki. Apakah seterusnya terjadi kepada Johan? Dapatkah Johan melarikan diri daripada penculik-penculik tersebut? Ikuti Kisah selanjutnya dalam novel ini yang penuh dengan insiden-insiden yang mencemaskan.

Mar 5, 2012

Eksklusif Zakat

HAMIZUL BIN ABDUL HAMID/
978-983-097-364-7/RM28.00/264ms, /GB0184
Kategori: Pengetahuan Islam
Islam ialah agama tolong-menolong (ta’awun) dan agama sejahtera. Allah mewajibkan zakat kepada hamba-hamba-Nya yang berkemampuan untuk membantu golongan yang memerlukan pembelaan, seterusnya menjamin kemakmuran dalam masyarakat.

Bagi golongan kaya, zakat menjadi mekanisme yang mendidik jiwa mereka supaya sentiasa tunduk kepada Allah SWT. Dengan terlaksananya amalan zakat dalam masyarakat, kekayaan tidak terkumpul dalam kalangan golongan kaya sahaja.


Sebaliknya sebahagian daripada kekayaan itu dikongsi bersama golongan susah. Semakin kaya umat Islam, semakin banyak zakat dapat dikutip.Semakin banyak pula harta yang dapat diagih-agihkan kepada asnaf yang layak.

Natijahnya, negara menjadi makmur di bawah payung zakat ini.Buku ini akan mendedahkan semua persoalan yang pastinya akan meluruskan kefahaman kita tentang Zakat.

Mar 1, 2012

GB0158 : Brr...Sejuknya Salji


GB0158 : Brr...Sejuknya Salji

Pengarang : Iwan Ghazali
Tebal : 224
ISBN : 978-983-097-347-0
Harga : W/M:RM13.00 E/M:RM15.00

Syazwan, seorang remaja berusia 13 tahun. Dia dan kakaknya, Ida Farzana, 17 tahun, terpaksa mengikut ibu dan bapanya berpindah ke luar negara buat sementara waktu atas urusan kerja.

Syazwan berat hati sebenarnya hendak meninggalkan Malaysia, tetapi keluarganya memberi kata-kata perangsang agar menempuh pengalaman baharu di negara asing. Setelah dipujuk berkali-kali, akhinya Syazwan mengalah. Itu pun hanyalah kerana dia tertarik untuk bermain salji!

GB0157 : Eee...Sayur!

GB0157 : Eee...Sayur!

Pengarang : Azlan Ismail & Resha Hamzah
Tebal : 168
ISBN : 978-983-097-323-4
Harga : W/M:RM10.00 E/M:RM12.00

Ira tidak suka makan sayur dan fobia melihat sayur-sayuran. Maya mempunyai persamaan dengan Ira dan sukakan makanan segera. Wawa pula makan sayur kerana dipaksa oleh ibu bapanya. Hanya Lalan yang suka makan sayur kerana tahu khasiat sayur-sayuran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...