.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Dec 26, 2012

Himpunan 30 Kisah kasih Sayang Nabi Muhammad SAW

GB0208: Himpunan 30 Kisah Kisah Sayang Nabi Muhammad SAW

Penulis :Waqiuddin Chan
Tebal  : 160 m/s
ISBN : 978-967-366-402-6
Harga : E/M RM11.00 atau W/M RM13.00

Himpunan 30 Kisah Kasih Sayang nabi Muhammad SAW ini adalah antara usaha kami dalam menyediakan bahan bacaan yang berkualiti kepada anak-anak. Buku ini memuatkan kisah-kisah berkaitan kehidupan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk yang santai beserta ilustrasi yang menarik.

1- Nabi Tidak Marah Anas
2- Zahir Dipeluk Nabi
3- Zaid Mahu ikut Nabi
4- Nabi Doa Untuk Umar
5- Khadijah Cinta Pertama Nabi
6- Nabi Sayang Abu Talib
7- Dakwah Nabi Kepada Kaum Thaqif
8-Perintah Solat Bukti Kasih nabi
9-Nabi Tidak Balas Dendan Kepada Suraqah
10- Hikmah Nabi Ketika Menegur Arab Badwi
11- Nabi Bantu Zainab Menebus Suami
12- Arab Badwi Tidak Dihukum Oleh Nabi
13-Nabi Meringankan Beban Jabir
14-Semua Tentera Makan Bersama Nabi

dan banyak lagi tajuk-tajuk menarik menanti di dalam buku ini.

Dec 13, 2012

Berfikir Gaya Champion

GB0202 : Berfikir Gaya Champion
Penulis : Hizamnuddin Awang @ Web Sutera
Tebal  : 200 m/s
ISBN  : 978-983-097-342-5
Harga : E/M RM17.00 atau W/M RM19.00


Sebuah buku yang sarat dengan kisah inspirasi untuk membina semangat juang dalam diri setiap orang khasnya umat Islam.

Menjadikan Rasulullah SAW teladan champion sepanjang zaman. Mengajak pembaca bangkit untuk memperbaiki diri, kerjaya, dan seterusnya rezeki.

Mengajak pembaca berani mencuba dan mengajak pembaca mengubah persepsi masyarakat sekeliling.

Berfikir Gaya Champion ditulis dengan bahasa santai namun penuh tarbiah.

Himpunan 20 Kisah Keajaiban Para Sahabat

GB0211 : Himpunan 20 Kisah Keajaiban Para Sahabat
Penulis  : Khairy Tajudin
Tebal    : 160M/S
ISBN   : 978-967-366-394-4
Harga   : E/M RM 11.00 dan W/M RM 13.00
Terdapat banyak ayat Al-quran dan hadis yang menyatakan perihal keutamaan Para Sahabat dan galakan untuk mencontohi perjalanan hidup mereka. justeru, buku mengenai keajaiban Para Sahabat ini disusun supaya pembaca dapat mengetahui beberapa kelebihan yang terdapat pada diri Para Sahabat r.hum yang dikutip daripada kisah-kisah benar seperti yang tercatat dalam kitab-kitab sirah.

Dec 7, 2012

Aura Iman

GB0085 : Aura Iman
Pengarang : Wan Ruzlan W. Omar
Tebal : 248 m/s
ISBN : 978-983-097-258-9
Harga : W/M RM22.00 E/M RM 24.00

Adakah kita pernah terfikir bahawa segala yang berlaku dalam kehidupan seharian kita adalah peringatan daripada Allah SWT untuk mengejutkan kita daripada terus leka dan terlena? Kupasan 40 tajuk yang disandarkan dengan pelbagai peristiwa semasa mengajak kita bermuhasabah dengan kejadian alam.

Dengan bahasa yang mudah berserta sokongan fakta-fakta yang diadun kemas menjadikan naskhah ini sesuai dijadikan bahan rujukan buat mereka yang suka berfikir. Antara kandungan : Iktibar daripada Mala Petaka Alam, Mata Anugerah Ar-Rahman, Ingat Mati Menambah Jernih Hati, Mukmin Cemerlang Bijak Menguruskan masa, Integriti Seorang Khalifah, Akhirnya Suamiku insaf..Mufti Hati..Carilah Bekal Menghadap Tuhanmu, Wasiat Buat Kita dan banyak lagi.


100 Kisah Kehidupan

GB0088 : 100 Kisah Kehidupan Secubit Halwa Penawar Jiwa

Penulis : Zakaria Sungip
Tebal : 332 s/m
ISBN : 978-983-097-224-4
Harga : W/M RM20.00 dan E/M RM22.00

Himpunan 100 kisah buah kehidupan di dalam buku ini menemukan pembaca kepada kisah-kisah yang dekat dengan diri masing-masing.

Kisah yang terkesan di hati, kisah yang mencetuskan inspirasi, menjernihkan kiwa, seterusnya memberi motivasi. Pelbagai kisah yang divceritakan oelh ramai pencerita ini merupakan koleksi halwa jiwa yang memberi kesan penawar kepada keluh-kesah, kekeliruan dan tekanan hidup seharian.

Kisah-kisah itu mengajar tenatng kesyukuran, kesabarn, ketabahan, pengorbanan, kasih-sayang dan sifat-sofat lain yang diredhai. Pada setiap kisah itu ada hikmah yang Allah datangkan sebagai bahan pembelajaran di univerisiti-universiti kehidupan.

Kisah-kisah benar dalam buku ini dibahagikan kepada lapan bahagian : Tentang Insan luar Biasa, Tentang Alam Si Kecil, Tentang Ujian Hidup ,Tentang Restu Ibu Bapa, Tentang Hidayah Tuhan , Tentang Daya Usaha, Tentang Kasih Sayang  Universiti Kehidupan

Dec 5, 2012

Hidayatus Salikin

PENULIS: TUAN GURU SHEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM
KOD: GB 260
TEBAL: 424 ms
HARGA: RM50.00/52.00
ISBN: 978-983-097-451-4

SINOPSIS

Hidayatus Salikin adalah kitab turas susunan asal Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah taala, ulama yang tersohor dengan ketinggian ilmu agamanya sehingga tersebar ke seluruh pelusuk nusantara. Kitab ini dikemaskini semula oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam agar bertepatan dengan kehendak semasa pembaca.


Terjemaahan dan tambahan kepada kitab “Bidayatul Hidayah” yang memuatkan perbahasan tentang amalan-amalan khusus ilmu fardu Ain dalam membentuk keperibadian Muslim untuk dekat dengan Allah. Antara fokus utama dalam buku ini:

•Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
•Ibadah.
•Adab.
•Akhlak Muslim.
•Penyucian Jiwa.
•Zikir-zikir
•Nasihat ulama.

Nov 22, 2012

Putera Lembah Bakkah 3

GB0207 : Putera Lembah Bakkah 3
Pengarang : Zuraimi Ismail
Tebal  : 200 m/s
ISBN : 978-967-366-183-1
Harga : RM 13.00

Muhammad SAW-Putera Lembah Bakkah 3, susulan daripada karya sirah yang pertama dan kedua; (Muhammad SAW- Putera Lembah Bakkah, Muhammad SAW-Putera Lembah Bakkah 2) meneruskan lagi kesinambungan riwayat hidup Rasulullah SAW menerusi genre novel.

Dengan kata lain, sirah Rasulullah SAW dihidangkan melalui pendekatan kreatif. Jika buku kedua menceritakan akan tahun-tahun awal Baginda ditabalkan sebagai Nabi SAW, buku ketiga ini lebih terarah kepada detik-detik awal perjuangan Rasul junjungan SAW, juga mengenai ujian penyeksaan dan pemulauan yang diterima orang Islam waktu itu.

Nov 19, 2012

Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman

Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman
Penulis : Syeikh Ahmad Fahmi Bin Zamzam (Abu Ali al-Banjari an-Nadwi al-Maliki) 
Tebal : 653 m/s
ISBN : 978-983-097-401-9
Kod: GB0200

Harga : RM 70.00 S/M dan RM 72.00 S/S
Edisi Jimat: RM55/ RM57 (S/S)

Buku Siri 40 Hadis karangan Syeikh Ahmad Fahmi al-Banjari sudah sedekad berada di persada tanah air. Buku asal yang bersaiz kompak ini menjadi bahan pengajaran di masjid dan surau serta menjadi bahan rujukan di sekolah dan universiti.

Kini, siri buku 40 hadis ini diberi wajah baharu dan dikompilasikan bagi memudahkan para pembaca memilikinya secara 5 dalam 1 dengan judul Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. 

Edisi ini memaparkan judul:
> 40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama,
> 40 Hadis Akhlak Mulia,
> 40 Hadis Penawar Hati,
> 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman 
> Bonus Kiamat Hampir Tiba.


Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, berasal dari Amuntai, Banjamasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Pernah berguru dengan Syeikh Abul Hassan al-Hasani an-Nadwi di India. Antara guru beliau ialah Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani al-Maliki dan Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas al-Maliki, sehingga di anugerahkan gelaran keluarga 'Al-Maliki'.

Beliau adalah mantan Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia. Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah. Selain memiliki Pondok Pesantren YASIN di Guntung Manggis, Banjarbaru, Kalimantan Selatan, beliau juga menabur bakti di Madrasah Tarbiah Islamiah derang, Pokok Sena, Kedah.


Antara buku-buku lain yang pernah dikumpul, disusun, diterjemah dan ditahqiq oleh beliau adalah Sairus Salikin, Hidayatus Salikin, Bidayatul Hidaya Ayyuhal Walad dan Bustanul Arifin.

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 01132933466
----------------------------------------



Diari Seorang Diplomat : HIKMAH YANG TERSIRAT

GB0203 : Diari Seorang Diplomat; HIKMAH YANG TERSIRAT

Pengarang : Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd
Tebal  : 252 m/s
ISBN : 978-983-097-403-3
Harga : RM 19.00 S/M

Bukan mudah untuk seseorang menyesuaikan diri di perantauan khasnya di negara yang telah diketahui umum terkenal dengan pergolakan politik yang tidak berkesudahan. Nyawa bagaikan sudah tiada nilai. Pun demikian, apabila bergelar pewgawai diplomat, semua itu perlu dihadapi. Penulis menyingkap satu demi satu, adat, budaya, pemikiran dan amalan beragama di Pakistan. Sesuatu yang ironi, di negara bergolak dan berdarah penulis berada, namun akhirnya beliau kembali ke rahmatullah di bumi sendiri. Diari Seorang Diplomat :  HIKMAH YANG TERSIRAT . Menyentuh hati, menjentik emosi..menginsafkan.


Nov 14, 2012

Dingin Salju Wisconsin

GB0199 :  Dingin Salju Wisconsin

Pengarang : Nurulsham Saidin
Tebal  : 440 m/s
ISBN : 978-983-097-371-5
Harga : RM 19.00 S/M

“Saat rencana hidupmu tidak berjalan dengan sempurna, cubalah memilih untuk berserah, bukan menyerah.”


“Nurulsham Saidin sekali lagi bijak menenun jalur-jalur plot novelnya menjadi hidangan pembacaan penuh kerahsiaan yang menyentuh konsep solitud, merenjiskan aroma misteri, dan menyalakan api kesedaran. Bacalah untuk mendapatkan kecerahan jika hati masih zulmat kegelapan.” – Dr. Amida Abdulhamid, Ketua Hakim Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil

Enam belas tahun lalu, dalam Dingin Salju Indiana, tiga gadis Melayu dengan latar asuhan berbeza memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian. Di sana Jannah, Murni, dan Nana tertampan dengan permasalahan yang mencabar ego, kewibawaan, dan keimanan.

Kini, lewat Dingin Salju Wisconsin, Jannah mengamanahkan sepupunya Sarah yang akan melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat untuk mencari seorang kawan yang tidak pernah pulang-pulang dari sana iaitu Icon. Bersama-sama Sarah adalah Marissa dan Ainun.

Konflik bermula apabila Sarah tiba-tiba jatuh cinta pada Syamsul. Kemunculan pasangan suami isteri, Kak Noor dan Abang Azam yang begitu daif keadaan hidupnya menambah ritma pada novel ini. Begitu juga kehadiran Abang Halim yang tidak pernah pulang ke Malaysia berbelas tahun lamanya, yang menimbulkan persoalan. Apakah nasib Sarah seterusnya? Dapatkah dia menemui Icon seperti yang diamanahkan?

Budak U : Back To Campus

GB0197 :  Budak U | Back To Campus
Pengarang : Khairy Tajudin
Tebal  : 248 m/s
ISBN : 978-983-097-391-3
Harga : RM 13.00 S/M

Seorang senior, Daim yang terkandas beberapa subjek mula menyusahkan Hakimi apabila dia selalu memaksa Hakimi menyiapkan tugasan dan kerja rumahnya. Pada masa yang sama, Hakimi terpaksa bekerja sambil belajar untuk melunaskan hutangnya kepada Daim kerana Hakimi telah membeli motosikal Daim.

Dugaan buat Hakimi menjadi lebih berat apabila motosikal itu telah dicuri. Pada masa yang sama, dilema kembali menyapa Hakimi berkenaan Citra. Dia mengesyaki sesuatu tentang Citra. Siapakah Citra yang sebenarnya? Adakah Hakimi berjaya mendapatkan motosikal baharu idamannya? Adakah dia akan terus membiarkan Daim membulinya?

BACK TO CAMPUS adalah siri kedua trilogi 'Budak U' yang memaparkan suka dan duka perjalanan beberapa orang pelajar universiti. Novel berilustrasi hasil nurkilan Khairy Tajudin ini mendapat sentuhan grafik daripada Faris Mohd Hazmin yang pernah bergandingan untuk novel Budak Komik dan Budak U: Langkah Pertama. Trilogi Budak U patut dibaca oleh semua pelajar sekolah menengah yang ingin tahu kehidupan sebenar pelajar universiti! Siri ini juga memberi pelbagai tip menarik kepada siswi dan siswa untuk berdikari di menara gading. Nantikan siri terakhirnya selepas ini!

Memilih Untuk Bahagia

GB0191 :  Memilih Untuk Bahagia
Pengarang : Nor Hayati Sapii
Tebal  : 276 m/s
ISBN : 978-930-097-349-4
Harga : RM19.00 S/M dan RM21.00 S/S
Ramai daripada kita yang berasa tidak bahagia malah kecewa dengan pasangan suami dan isteri masing-masing. Kadang- kadang, perkara yang menjadi punca rasa tidak bahagia itu adalah suatu perkara yang kecil sahaja. Suami pula biasanya banyak complain menangani isteri yang suka berleter. Saya amat tertarik dengan kata-kata Yang Berbahagia Ustaz Badli Shah Alauddin dalam satu rancangan televisyen menangnai isteri yang berleter. Kata beliau, 'Kalau isteri berleter, maknanya dia sihat!'
Isteri yang sekali sekala dapat berleter akan berasa lega kerana tidak lagi menyimpan bebanan perasaan, semuanya sudah diluahkan. Alangkah baiknnya jika suami-suami di luar sana bersetuju dengan kenyataan ini.Sekurang-kurangnya anggaplah leteran isteri itu sebagai 'pemanis telinga'. Sesekali, kajilah juga leterannya itu yang mungkin ada asasnya dan membawa kebaikan. Seseorang isteri tidak akan berleter tanpa sebab.
Kita sering mengeluh dengan ujian yang menimpa, walhal kita boleh memilih untuk bahagia biarpun di kelilingi pelbagai masalah dan dugaan . Pilihan di tangan kita sendiri sama ada mahu derita atau mahu bahagia.
Ada orang mempunyai harta yang melimpah, namun tidur malamnya jarang nyenyak. Pelbagai perkara yang membelenggu fikirannya. Ada orang yang hidupnya tidak berharta, tetapi malamnya dia boleh tidur nyenyak dan selesa. Menarik bukan? Itulah sebahagian tanda keadilan Allah. Namun jarang kita perasaan jika kita renungkan dengan mendalam.
Memilih untuk bahagia adalah buku motivasi. Pelbagai bentuk ujian manusia. Ujian rumah tangan, ujian saudara-mara, ujian persekitaran, ujian di tempat kerja, ujian kemiskinan dan lain-lain. Semuanya terletak pada diri sendiri untuk bertindak mencari kebahagian dan meninggalkan derita. Asasnya adalah berpegang teguh pada agama Allah.

Nov 12, 2012

Edisi Lengkap Al-Ma'Tsurat

Klik di sini
GB0201 : Edisi Istimewa Al-Ma'Tsurat

Pengarang : Al-Ustaz Drs Pauzi Haji Awang
Tebal : 186 m/s
ISBN : 978-983-097-332-6
Harga : RM 8.00 S/M dan RM 10.00 S/S

Al-Ma'Tsurat mempunyai 34 untaian zikir yang disusun oleh Imam Hasan al-Banna bersandarkan hadis-hadis Nabi S.A.W.

Membacanya memberi kelebihan tertentu antaranya ialah dilindungi daripada syaitan, hati tidak mati, mendapat kesempurnaan nikmat Allah S.W.T, mendapat redha Allah S.W.T, terhindar daripada kemudaratan, terhindar daripada racun atau sengatan serangga berbisa, mendapat keselamatan, hilang rasa dukacita, dibukakan jalan untuk melunaskan hutang serta mendapat syafaat Nabi S.A.W pada hari Kiamat.


Oct 22, 2012

Eksklusif Solat-Solat Sunat

Klik 
GB195 : Eksklusif Solat-Solat Sunat

Pengarang :  Dr Udah Mohsin
Tebal : 376 m/s
ISBN :  978-983-097-399-9
Harga :  RM 35.00 S/M dan RM 37.00 S/S

Solat-solat sunat menghampirkan diri kita kepada Allah SWT. Semakin banyak dilakukan, semakin dekat kita kepada Allah SWT. Ia juga sebagai tanda kesyukuran dan menjadi penampal kepada kekurangan-kekurangan yang ada pada solat fardu. Namun, adakah kita mengetahui sandaran dalil dan sumber solat-solat sunat ini disyariatkan? Bagaimanakah Rasulullah SAW melaksanakan solat-solat sunat ini? Apakah kedudukan solat-solat sunat ini di sisi Islam? Buku Eksklusif Solat-solat Sunat merungkai segala persoalan ini.

Oct 19, 2012

Indahnya Politik Cara Islam

 Klik di sini
GB0196 : Indahnya Politik Cara Islam

Pengarang : Dr Zaharuddin Abdul Rahman 
Tebal : 336 
ISBN : 978-983-097-400-2 
Harga : W/M:RM30.00 E/M:RM32.00


Kenapa dikatakan berpolitik cara Islam dalam sebuah negara demokrasi menjamin kesejahteraan dan kedamaian manusiawi dan ukhrawi? Adakah amalan berpolitik kini menepati apa yang digariskan dalam Islam? Adakah Islam menerima ideologi pemerintahan yang meletakkan penilaian keadilan, baik dan buruk kepada logik akal semata-mata? 

INDAHNYA POLITIK CARA ISLAM memberi persepsi yang jelas mengenai politik dan sistem pentadbiran dalam Islam. Kupasannya yang ilmiah berdasarkan usul fikah, perbahasan ulama, contoh sejarah dan sandaran dalil yang autentik, dipakejkan dengan gaya olahan yang mudah dan bersifat semasa. Sesuai untuk ahli politik, pemimpin, ahli agama, ahli korporat, pelajar dan masyarakat umum. 

DR. ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN berkelulusan Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya, Sarjana Syariah dari Universiti Al-Yarmouk, Jordan dan Doktor Falsafah (PhD) Syariah dan Kewangan Islam dari University of Wales, United Kingdom. Beliau kini Pensyarah Kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ahli Panel Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menganggotai Majlis Penasihat Syariah di bank dan institusi seperti Al Rajhi Bank Malaysia.

Oct 5, 2012

Wow, Coklat Fondue Mia

Klik di sini
GB0194 : Wow, Coklat Fondu Mia! 

Pengarang : Nadya Nabila & Mazny M.R 
Tebal : 0 
ISBN : 978-983-097-396-8 
Harga : W/M:RM11.00 E/M:RM13.00


Coklat fondu? Sedapkah coklat fondu? Luna mula menggaru kepala. Mei Ling pula mengerutkan wajahnya. Apa kata awak beri kami rasa dahulu? tiba-tiba Yaya memberikan idea. Kelas 6 Zuhal bertungkus lumus hendak memastikan keuntungan gerai memenuhi tabung kelas mereka. 

Hujung tahun ini, Cikgu Saleha sudah berjanji mahu membawa mereka melawat tempat-tempat menarik di Melaka. Namun, siapa pula yang telah mencuri rancangan mereka hendak menjual coklat fondu itu? Hisy, geram sungguh Kelas 6 Zuhal dibuatnya! NADYA NABILA, pengawas Sekolah Menengah Islam IQKL yang aktif dalam karate-do bergandingan dengan ibunya, MAZNY M.R. (penulis novel dewasa, Lentera Cinta Albaicin terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.), menulis kisah pesta jualan dalam novel sulung Wow, Coklat Fondu Mia! Nadya yang berusia 15 tahun sangat aktif dalam pelbagai aktiviti seperti debat, public speaking dan penulisan skrip drama sekolah.

43 Inspirasi Mendidik Anak

Klik pada gambar
GB0193 : 43 Inspirasi Mendidik Anak 

Pengarang : Mohd Hisham Sharif & Hasifah Zainuddin 
Tebal : 272 
ISBN : 978-983-097-349-2 
Harga : W/M:RM19.00 E/M:RM21.00


Membesar dan mendidik anak pada zaman serba mencabar ini memerlukan kesabaran yang tinggi. 


Cabaran-cabaran ini bagaikan satu ujian bagi pasangan ibu bapa. Namun ia perlu ditempuh oleh setiap ibu bapa dalam memastikan anak-anak dibesarkan dan dididik dengan iman dan takwa. 


Ibu bapa diamanahkan Allah membentuk akhlak si anak, setelah berusaha, yang selebihnya hendaklah diiringkan dengan doa dan berserah kepada Allah SWT. 


Pelbagai ragam dan soalan dari mulut si anak kekadang membingungkan ibu bapa untuk menanganinya. Buntu untuk menjawab soalan demi soalan anak dan kesabaran pula ada waktunya hilang entah ke mana. 43 Inspirasi Mendidik Anak perlu dibaca oleh ibu bapa apabila berdepan krisis mendidik anak. Semoga berinspirasi dalam menempuh cabaran mendidik anak. Bak kata penulisnya, Jika bukan kita, siapa Lagi? jika bukan sekarang, bila lagi?

Merisik Tuan Puteri

Klik di sini

GB0192 : Merisik Tuan Puteri 

Pengarang : Harlis Kurniawan 
Tebal : 224 
ISBN : 978-983-097-376-0 
Harga : W/M:RM16.00 E/M:RM18.00


Dalam siri pertama BERTEMU PUTERI MELAKA, Bujang telah bertemu Puteri Melaka. Sejak itu dia berangan-angan untuk berkahwin dengan tuan puteri. 

Kini, dalam siri kedua MERISIK TUAN PUTERI, Bujang masih menaruh harapan untuk berkahwin dengan Puteri Melaka. Muncul pula gadis rupawan bernama Siti Nurhaliza, rupanya mirip Puteri Melaka. Mungkinkah Bujang jatuh cinta dengan Siti Nurhaliza pula? Atau setiakah cinta Bujang hanya kepada Puteri Melaka? 

Bujang turut meneruskan kembaranya, bertemu pelbagai gelagat manusia dan masalah mereka. Bujang dapat menyelesaikannya dengan penuh hikmah.Kemuncaknya, Bujang diminta berdebat dan berhujah dengan dua orang tokoh bijak pandai. Mampukah Bujang menundukkan mereka? Ayuh, kita mengembara bersama Bujang dalam MERISIK TUAN PUTERI.

10 Kisah dalam al-Quran

Klik di sini
GB0190 : Himpunan 10 Kisah Dalam Al-Quran 

Pengarang : Zuraimi Ismail 
Tebal :  
ISBN : 978-983-097-390-6 
Harga : W/M:RM12.00 E/M:RM14.00


Himpunan 10 Kisah Dalam Al-Quran ini mengisahkan 10 cerita yang terkandung dalam kisah -kisah kehidupan beberapa orang rasul, nabi-nabi atau orang soleh. 

Kesemua kisah tersebut diolah semula dalam bentuk kreatif unutk menarik minat kanak-kanak membaca dan memudahkan mereka memahaminya. 

Sepuluh kisah terpilih yang di ceritakan dalam buku ini mempunyai pengajaran tersendiri. Kenapakah kisah-kisah itu diceritakan dalam al- Quran? Pastinya Allah SWT mahu supaya kita sebagai hamba-Nya mengambil hikmah di sebalik setiap yang difirmankan-Nya itu.

Super Haidama!

Klik di sini
GB0189 : Super Haidama! 

Pengarang : Qisha Nur'ain 


Tebal : 112 
ISBN : 978-983-097-373-9 
Harga : W/M:RM11.00 E/M:RM13.00 

Haikal,Damia dan Malik.Tiga sahabat yang super kreatif, penyabar dan bijak!. Mereka diberi tugasan khas dalam Pertandingan Reka Cipta Peringkat Sekolah. Super HAIDAMA menerimanya dengan penuh semangat! 

Semangat mereka teruji apabila satu demi satu kejadian yang tidak disangka berlaku. Kehadiran tiga lembaga bertopeng di banglo secara mengejut menambahkan lagi tekanan. 

Bagaimanakah ciptaan mereka dapat berfungsi pada hari pertandingan nanti? Siapa pula lembaga bertopeng yang sering muncul di banglo itu?




Oct 4, 2012

Natrah Fantasia

Klik di sini....
GB0188 : Natrah Fantasia 

Pengarang : Dissa Azmin 

Tebal : 223 

ISBN : 978-983-097-375-3 

Harga : W/M:RM13.00 E/M:RM15.00 


BAB: 2 MUSUH TETAP MUSUH  

Natrah terjatuh. Aduh! Natrah menggosok-gosok bahu kirinya yang terasa sakit. Malah badannya juga terasa lenguh dan sengal-sengal. “Teruk betullah sakit gigi ini, tidak cukup buat adik hilang tumpuan, hilang kawalan diri dan cepat marah. Sekarang ini, buat adik terjatuh dari sofa pula,” rungut Natrah sambil bingkas bangun.
             Rasa berdenyut-denyut pada gigi Natrah sudah berkurangan. Berdetik di fikirannya, mungkin makhluk asing itu juga sudah jemu bersarang di dalam giginya kerana Natrah asyik makan bubur nasi sahaja. Natrah terkekeh sendiri.
“Sudah tidak sakit lagi? Bagusnya!” kata Natrah tersenyum riang sambil menggosok-gosok pipi kanannya yang bengkak itu, sudah surut sedikit.

Girangnya Natrah bukan kepalang. Natrah melompat-lompat keriangan. Sebentar itu, senyuman Natrah terpaku sebentar. Oh! Renungannya juga terkaku. Dia memerhati dalam senyap. Jantungnya berdegup kencang. Di sekelilingnya terdapat lolipop pelangi gergasi yang berpusing-pusing perlahan seperti kincir angin. Terdapat juga bunga-bunga matahari gergasi yang riang tersenyum. Cuaca pagi menyerlah cerah dan ceria. Tiada sofa L. Tiada ruang tamu. Bukan di rumah. Bukan juga di sekolah. Di manakah dia?
Natrah kebingungan. “Adakah ini juga salah satu kesan buruk sakit gigi yang tidak adik ketahui?” kata hati Natrah sendirian. Seketika itu, ilham menerjah ke mindanya. Dia tersenyum sendiri dan berkata lagi, “Tidak salah jika ada perasaan ingin tahu.”
            Natrah memberanikan diri untuk mengenali daerah ini. Natrah berjalan perlahan sambil melebarkan senyuman dan renungannya yang tersapa dek pemandangan yang luar biasa itu. “Wah, cantiknya!” kata Natrah sambil berpusing-pusing memandang di sekelilingnya.
            Natrah mendongak ke langit yang terang dengan warna kebiruan. Awan gula-gula kapas tersenyum memandangnya. Natrah tersenyum sendiri. Dia berasa sungguh gembira berada di taman ini. Kelihatan rama-rama bebas berterbangan dengan riang. Natrah berasa sungguh kagum dengan keindahan ini. Tiba-tiba , guruh kedengaran. Sebentar itu, hujan mula merintik.
            Natrah kehairanan sambil mendongak ke langit. “Hujan gula-gula?”
            Hujan gula-gula yang bersaiz dan berbentuk bulat seperti butang baju itu terdiri dari warna hijau, merah, oren, kuning dan coklat itu benar-benar membuat Natrah terpaku. Aneh! Sungguh aneh!
            “Cepat! Mari berteduh di sini!” Satu suara halus menyapa Natrah yang kelihatan masih tertanya-tanya itu.
            Natrah mencari-cari arah suara yang menegurnya itu. Kelihatan sehelai daun bunga matahari melambai-lambai ke arahnya. Natrah segera berlari mendapatkan bunga matahari yang hanya beberapa meter dari tempat dia berdiri. Natrah berteduh di bawah rimbunan daun bunga matahari yang lebar itu.
Natrah tersenyum lagi. “Awak sungguh baik hati, bunga matahari.”
            “Kita ciptaan Allah. Kita haruslah saling membantu,” balas bunga matahari sambil tersenyum riang.
            Natrah berasa begitu selesa. Kini, dia telah mempunyai teman baharu. “Gembiranya bertemu dengan awak.”
            “Ari juga.” Senyuman bunga matahari yang bernama Ari itu semakin lebar. Selebar wajah ceria Natrah yang semakin berseri-seri itu.
            Hujan gula-gula yang berperisa coklat itu masih belum berhenti. Sesekali guruh bersahut-sahutan. Dalam lebat hujan gula-gula yang masih mencurah-curah itu, sayup-sayup kedengaran satu bunyi yang pelik. Bunyi derap langkah seseorang atau sesuatu yang besar dan tinggi. Apakah itu?
Seketika itu, wajah riang si bunga matahari kelihatan cemas. Kebimbangan jelas terbayang di wajahnya. Ari berteriak nyaring. “Jaga-jaga! Dia sudah datang! Cepat berlindung!” 

Untuk dapatkan  novel awal remaja ini dapatkan di rangkaian kedai buku MPH atau POPULAR....




Diari Aneesa 2

Klik di sini
GB0187: Diari Aneesa 2

Pengarang: Norehan M. Nooh
Tebal: 230
ISBN: 978-983-097-372-2
Harga: W/M:RM14.00 E/M:RM16.00


BAB 1 : SUKARNYA MENJADI KETUA

Petang itu, Dewan Bestari dipenuhi warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kejora. Dewan yang sarat dengan pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua berserta guru-guru sesi petang itu bergema dengan suara lantang seorang guru lelaki berusia 40-an yang memegang mikrofon di bahagian kanan pentas. Mereka khusyuk mendengar ucapan guru lelaki yang sedikit beruban itu.

Sesekali Cikgu Azhar, guru disiplin sekolah yang sedang berucap itu berhenti seketika untuk menarik nafas, atau mungkin bagi menahan sebak yang mula bersarang di hatinya. Riak wajah Cikgu Azhar sugul. Begitu juga rakan-rakan seperjuangan yang duduk sebaris di bahagian hadapan pentas dewan itu.

“Pelajar-pelajar sekalian, kamu jangan fikir apabila saya sudah tiada di sini kamu boleh berbuat sesuka hati kamu. Jangan pula kamu mengambil kesempatan melanggar peraturan sekolah. Guru-guru lain dan pengawas-pengawas sesi petang tetap ada di sini bagi memastikan kamu berdisiplin dan mematuhi semua peraturan sekolah,” tegas Cikgu Azhar.

Seorang pengawas yang memakai tanda nama “Aneesa” dan beberapa lagi pengawas yang bertugas di bahagian belakang dewan, turut mendengar pesanan terakhir Cikgu Azhar. Ada antara mereka yang mula bergenang air mata.

“Siapa yang akan ganti Cikgu Azhar nanti?” Atiqah, rakan karib Aneesa berbisik perlahan.

Aneesa hanya menjungkitkan bahunya. Kemudian dia berpaling ke arah sekumpulan pelajar lelaki di barisan belakang yang asyik tersenyum-senyum. Wajah mereka langsung tidak menampakkan kesedihan. Sesekali mereka berbual-bual sesama sendiri. Suara mereka sayup-sayup kedengaran di telinga Aneesa. Semakin lama, suara mereka semakin kuat. 

Aneesa bergerak ke arah kumpulan pelajar lelaki itu. “Tolong senyap!” Aneesa memberi peringatan. Jari telunjuknya dirapatkan ke bibir.

“Wahai kawan-kawan!” tiba-tiba seorang pelajar lelaki bersuara.
Aneesa menoleh ke arah pelajar lelaki itu.

“Jangan bising sangat. Hormatlah pada Cikgu Azhar. Hari ini, hari terakhir dia di sini,” sambung pelajar lelaki berkulit cerah dan bermata sepet itu. Penampilannya yang kemas dengan beg sekolah dan kasut sekolah berjenama, menjadikan dia lebih menonjol berbanding pelajar lain. Itulah Danial Johan, pelajar yang cukup terkenal di sekolah itu. Semua warga sekolah termasuk tukang kebun kenal akan Danial. Siapa yang tidak kenal Danial? Anak orang kaya yang paling kemas dan sentiasa bergaya di sekolah itu. Namun Danial dikenali bukan kerana dia anak orang kaya, sebaliknya kerana kenakalannya.

“Betul kata Danial,” Aneesa mengiakan.

“Memang betul!” sampuk Danial dengan mendabik dada.

Danial tersenyum sambil mengangkat kening. Pelajar-pelajar yang ada di situ membalas senyumannya. Dalam pada itu, mata Danial melirik ke arah Aneesa seolah-olah ada sesuatu yang bermain di fikirannya.
Aneesa yang berasa tidak selesa dengan keadaan itu terus meninggalkan kumpulan pelajar tersebut. Semasa berjalan meninggalkan kumpulan itu, Aneesa mendengar mereka berbisik-bisik mengata dirinya.
Biarkan mereka. Janji saya sudah menjalankan tugas saya. Demikian bisik hati Aneesa.

Untuk membaca bab seterusnya dapatkan novel remaja ini di MPH atau POPULAR....

***


Jul 10, 2012

Catatan Penglipur Lara Sang Majistret

GB0186 : Catatan Penglipur Lara Sang Majistret

Pengarang : Zabidi Mohamed
Tebal : 255
ISBN : 978-983-097-374-6
Harga : W/M:RM18.00 E/M:RM20.00

Memang lucu apabila bekas seorang bekas majistret berkongsi kisah dan pengalaman di dalam Catatan Penglipur Lara Sang Majistret. Dari Penjara Pudu merentas ke negeri Serambi Makkah, kisah-kisahnya amat menggelikan hati, namun tidak sepi dari nilai-nilai tarbiah.
"Zaaapppss," bunyi rotan apabila dihayunkan.
"Ayoyo! Amma!" jerit pesalah India itu sambil menangis menyangka rotan itu sudah mula dihayunkan kepadanya.


"Oi!belum mula lagilah!" jerit pegawai penjara yang memegang rotan itu sambil disambut gelak ketawa semua pegawai penjara yang ada di situ. Kami majistret juga semua ketawa.

***
Jurubahasa memandang ke arah saya. Saya tidak memberi sebarang reaksi.
"Nak mengaku salah atau nak bicara?" tanya jurubahasa itu lagi.
Sambil menggosok gigi dengan kayu suginya pensyarah itu menjawab dengan nada penuh yakin, tetapi dengan gaya yang agak sombong, "Saya mengaku pun tak nak, bicara pun tak nak. Ini semua kuasa Allah!" .Jurubasa terkedu.

***
"Saya dengan berpandukan kepada peruntukan di bawah Akta Kastam menjatuhkan hukuman penjara sebanyak... ."
"Gedebummm." Saya berhenti membaca hukuman. Mak cik yang tadinya berdiri di kandang pesalah sudah tidak kelihatan.
"Tuan! Mak cik tu pengsan tuan!" jerit jurubahasa sambil bergegas membuka pintu kandang pesalah untuk pergi melihat keadaan mak cik yang sudah terbaring dalam keadan terkulai tidak sedarkan diri itu. Mahkamah menjadi riuh-rendah.

Jul 9, 2012

Doa Ahli Syurga

GB0185 : Doa Ahli Syurga

Pengarang : Mohd Shafie Hashim
Tebal : 200
ISBN : 978-983-097-369-2
Harga : W/M:RM20.00 E/M:RM22.00

Hidup tidak pernah putus keterikatan hubungan antara manusia dengan Allah SWT. Setiap perkara yang akan dilakukan perlu meletakkan pergantungan serta pengharapan yang tinggi kepada-Nya, agar kehidupan seharian yang dilalui dapat berjalan baik dengan penuh keberkatan daripada-Nya.

Jul 4, 2012

Edisi Istimewa Haji dan Umrah

Judul: Edisi Istimewa Haji dan Umrah
Penulis: Dato Haji Md. Daud bin Che Ngah
Tebal: 280ms
ISBN: 978-983-097-433-0
Kod: GB0242
Harga: RM 40.00/ RM 42.00




Sinopsis:

Buku eksklusif berkenaan perlaksaan ibadah haji dan umrah dengan kupasan yang terperinci berserta dengan dalil yang sahih dan diyakini. 

Turut dimuatkan gambar-gambar, ilustrasi, rajah, dan lakaran peta yang menarik, menceritakan tentang perjalanan ibadah haji. 

Buku yang sangat sesuai untuk semua pembaca yang ingin menambah ilmu berkenaan ibadah ini dan juga yang ingin melaksanakannya di mana ianya sesuai untuk dijadikan rujukan agar lebih yakin dalam melakukannya.


Insya-Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...