.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Aug 29, 2017

Penawar Kehidupan

Judul: Penawar Kehidupan
Penulis: Fazimah Hayati,  Muhd Kamil Ibrahim
ISBN: 978-983-097-672-3
Tebal : 228 ms
Harga: RM20/RM22

Sinopsis

Penawar Kehidupan mengisahkan betapa manusia sentiasa diuji dan bagaimana manusia membuat pilihan bagi mencari jalan keluar. Ada yang semakin jauh tersasar dari Pencipta. Jalan lurus diketepikan. Mereka memilih laluan sukar kerana tidak mahu berfikir.

Bagaimana manusia jahil boleh terjebak ke lembah maksiat dan melakukan syirik dan khurafat? Biar setinggi mana pun pelajaran, jika tanpa pertimbangan akal dan iman, seseorang itu akan mudah diseret syaitan untuk mengingkari perintah agama.

Alhamdulillah, Di hujung jalan ramai yang berjumpa sesuatu bersifat abadi dan sejati.

Penawar Kehidupan mengajak manusia berfikir sejenak. Barangkali ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Ada akal perlu digunakan.

PETIKAN

BAB 15

Kami duduk di samping Wak Mie dan mula menceritakan hajat dan masalah masing-masing. Wak Mie mengambil sebiji mangkuk berisi air lalu menghiris beberapa kepingan limau purut dan dimasukkan ke dalam air tersebut. Setelah beberapa ketika Wak Mie mula mengupas tilikannya. Kami berdua sama-sama telah disihir dan sekiranya sihir tersebut tidak dikeluarkan akan memudaratkan kami. Wak Mie kemudiannya memandang tepat wajah kami dan bertanya sama ada kami mahu mengeluarkan sihir tersebut.

Kami berpandangan antara satu sama lain dan serentak menjawab “Ya, Wak.” Wak Mie mengambil dua helai kertas dan menulis sesuatu di atasnya, sehelai kertas itu

dihulurkan kepada Shila dan satu lagi kepadaku. Aku berasa agak bingung dan terus bertanya apakah maksud nombor-nombor di atas kertas itu. Wak Mie menerangkan itulah kos yang perlu dibayar untuk mengeluarkan sihir. Sekali lagi kami berdua bertentang mata. Pada kertas itu tertulis RM3000 seorang.

Wak Mie membuka pintu belakang bilik tersebut dan meletakkan hirisan limau di depan pintu. Sambil memegang sebiji tempurung kelapa yang dialas kain hitam, beliau memanggil dan kemudiaannya bercakap-cakap dengan seseorang yang kami tidak nampak mahupun dengar.

“Khadam dia ke?” aku berbisik kepada Shila.


Shila menjawab, “Jangan risau, tu jin Islam.” Di saat itu dapat kurasakan bulu romaku meremang. Tiba-tiba terdengar dua benda jatuh ke dalam tempurung kelapa. Wak Mie menunjukkan sebilah keris kecil serta besi berbentuk dua mata yang menurutnya barang sihir yang telah dimasukkan ke dalam badan kami dan menyebabkan kami sakit. Aku hanya dapat merenung dengan mulut yang terbuka.

Throwback

Judul: Throwback
Pujuklah Hati 5
Penulis: Bonda Nor
ISBN: 978-983-097-673-0
HARGA: RM25.00
TEBAL: 200 ms


Flasher: Sesekali menoleh ke belakang seharusnya menjadikan kau lebih matang.

Sinopsis

Kata orang …
“Jangan pandang belakang.” Betul tu. Saya setuju! What past is past. Yelah … Buat apa nak fikir tentang perkara yang sudah lepas.
Jalan terus! Fokus masa depan lagi bagus!

Tapi kemudian saya sedar satu perkara. Jika diibaratkan hidup ini seperti memandu kereta, kita tetap memerlukan back mirror dan side mirrors.

Untuk apa? Untuk pandang belakang. Untuk kita jeling sesekali. Kadang untuk mengawasi situasi. Kadang sekadar untuk menyedapkan hati.

Demikian hidup ini. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidak pernah sia-sia. Tetap ada gunanya. Ya … sekalipun perkara itu pernah melukakan hati kita. Sekalipun ia pernah menjebakkan kita dengan dosa. Masih ada yang boleh kita belajar daripadanya!

Misalnya bagi saya sendiri. Mengingati perkara yang pernah terjadi, buat saya lebih mudah memahami situasi hari ini. Lebih mudah mengendalikan hati agar lebih matang dan bertenang-tenang dengan pelbagai kerenah orang.



Saat terimbas kenangan, jadilah si pintar yang mahu belajar. Jadilah si akur yang tahu bersyukur.

 MUQADDIMAH
  
Sabda Rasulullah SAW: 
1)                  Orang yang lebih baik daripada semalam, adalah orang yang beruntung. 
2) Orang yang sama saja macam semalam, adalah orang yang rugi.
3) Orang yang lebih buruk daripada semalam, adalah orang yang celaka. 

Baik, sekali lagi ... mari kita tanya sama hati. 
'Apa khabar semalam kita? Lebih baik, lebih buruk atau sama sahaja?' 
'Adakah kita tergolong dalam kumpulan manusia yang untung, atau rugi atau celaka?'  Jawapannya tertakluk kepada persepsi kita sendiri. 

Mari kita pilih untuk menjadi lebih positif.  Semalam, mungkin terlalu banyak ujian berbentuk musibah yang kita terpaksa hadapi. Jangan pandangnya sebagai suatu kerugian. Pandangnya sebagai satu pertambahan ilmu. Tak kena, mana kita tahu, kan? Pandangnya sebagai pertambahan pengalaman. Dah kena, baru kita mengerti selok-belok kehidupan. Bahkan daripada musibah itu, mungkin ada dosa kita yang telah dihapuskan. Mungkin juga darjat iman kita telah ditingkatkan. Maka, bersyukur!

Semalam, mungkin kita telah kehilangan seseorang yang tersayang. Jangan pandangnya sebagai satu kerugian. Pandangnya sebagai satu cara yang telah Allah atur untuk membuat kita lebih dekat dengan Dia dan tidak hanya bergantung kepada kasih sayang manusia. Dalam kubur nanti, kita seorang diri. Di akhirat nanti juga tiada siapa yang akan setia memperjuangkan kita lagi. Kita terpaksa melalui segala-galanya sendiri. Maka, berlatih! 

Kawan, apabila kita jujur kepada diri kita sendiri, tentu kita terpaksa akui yang kita juga ada banyak melakukan kesilapan. Ada sesetengah perkara yang kita buat dahulu, hari ini kita sendiri terpaksa tunduk akur dan tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Ya, manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Dan kita manusia. Akui saja kelemahan kita dan sedia untuk memperbetulkannya. Orang lain juga manusia. Maka berlapang dadalah untuk menerima apa juga kesilapan dan kelemahan mereka. Kita mahu berubah menjadi lebih baik. Doakan orang lain juga menjadi lebih baik. 


Come on! Semalam sudahpun berarak pergi dan esok sedang menanti. Meskipun sesekali menjeling ke belakang dan menumpu pada apa yang ada di hadapan, pastikan kita mampu fokus pada apa yang kita boleh lakukan pada hari ini. Selamat menelusuri Throwback – Pujuklah Hati 5. Semoga kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Amin.








Jul 5, 2017

Elak ICU Kewangan

Judul: Elak ICU Kewangan (dengan kemaskini)
[Judul asal: Bijak Mengurus Wang; 2012]
Penulis: Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
ISBN: 978-983-097-666-2
KOD: GB0440
TEBAL: ms 308
HARGA: RM25.00

Flasher: Fahami perbezaan antara perlu dan mahu.

Sinopsis
Apakah maksud kekayaan yang sebenar? Berapa banyak wang yang kita perlukan untuk bahagia? Kenapa kita sentiasa merasa tidak cukup?

Kebiasaannya, berapa banyak pun wang yang kita miliki, pasti kita masih belum puas dengan apa yang kita ada. Itu yang menyebabkan selalu terjadi, setiap kali gaji kita hanya dapat memegangnya sekejap. Duit gaji akan diagihkan untuk membayar hutang dan pada hujung bulan kita kembali menghitung hari untuk menerima gaji semula. Jangan biarkan rutin ini berterusan!

Buku ini membantu kita menguruskan wang dengan bijak dan merancang kewangan untuk mengelakkan pokai hujung bulan. Sesuai untuk rujukan mereka yang baru memulakan kerjaya dan peringatan bagi golongan yang telah berusia.
 



Penulis: Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir

Anak kelahiran Kuala Lumpur. Pengasas dan Perunding Utama HIJRAH Wealth Management Sdn. Bhd., syarikat konsultan perancangan kewangan Islam ini merupakan akauntan bertauliah berkelulusan Bachelor of Economics dari Sydney University, Australia. Sebelum ini beliau merupakan Pengerusi Eksekutif HIJRAH Unit Trust Management Berhad yang mengeluarkan dana syariah pertama untuk wanita, dan Pengerusi Eksekutif ASNITA di mana beliau juga merupakan separa pemiliknya. Memulakan kerjaya di sebuah bank komersial tempatan sebelum berhijrah ke syarikat antarabangsa American Express sebagai Pengurus Akaun dan Kawalan Kewangan. Pernah menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat pengurusan dana Islam yang mengendalikan dana sebanyak RM150 juta.

Beliau pernah membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa termasuk di Forum Perbankan dan Kewangan Islam di Bahrain. Beliau juga pernah ditemuramah Radio BBC, London. Dalam bidang sosial, beliau merupakan Presiden Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia, AJK Majlis Perunding Wanita Islam di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Warisan Negeri Selangor.


Beliau telah menghasilkan buku-buku pengurusan kewangan peribadi, Cukup Wang Hati Tenang (2005), Ke Mana Wang Anda (2009), Bijak Mengurus Wang (2012), Cukupkah Wang Anda (2014) dan Ada Apa Dengan RM (2017). Beliau pernah mengendalikan slot rancangan Wanita dan Pelaburan di radio IKIM.fm, Tip Pengurusan Kewangan di Radio KLfm dan slot di MelakaFm. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program berkaitan pengurusan kewangan seperti Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, Astro Awani, dan beberapa program di TV3 dan TV AlHijrah.

***************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466









At-Tibyan: Panduan Berinteraksi Dengan Al-Quran

Judul: At-Tibyan: Panduan Berinteraksi Dengan Al-Quran
Penulis: Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-664-8
KOD: GB 0439
Tebal: 176 ms
HARGA: RM 18.00/ 20.00











Sinopsis

Al-Quran merupakan Kitab Allah yang wajib diimani dan dipercayai. Kelebihan dan keistimewaan al-Quran dirakam kemas dalam banyak hadits. 

Manakala pembaca dan penghafal al-Quran pula diangkat darjat dan dikurniakan pahala yang banyak. Justeru, Kitab suci ini mesti dimuliakan dan dihormati oleh setiap yang berinteraksi dengannya.

Buku ini menjelaskan beberapa adab berinteraksi dengan al-Quran dan sifat-sifat
penghafal dan murid al-Quran. 


Antara lainnya:

•        Keutamaan pembaca dan penghafalnya
•        Keutamaan Qiraat dan ahli Qiraat
•        Keharusan memuliakan Ahli al-Quran
•        Adab untuk pengajar, pelajar, dan huffaz al-Quran
•        Adab membaca al-Quran
•        Adab khatam al-Quran
•        Anjuran membaca ayat dan surah pada waktu serta keadaan tertentu

•        Adab menulis dan memuliakan mashaf

Ratib, Wirid & Hizib Termasyhur (saiz Poket)

Judul: Ratib, Wirid & Hizib Termasyhur
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 955-574-970-030-4
KOD: GB 0441
SAIZ: 3.5” x 5’’
TEBAL: 176 m/s
HARGA: RM 5.00/ 7.00


SINOPSIS

RATIB, WIRID & HIZIB TERMASYHUR menghimpunkan amalan-amalan yang disusunkhas untuk dibaca setiap kali selepas solat fardhu. Setiap amalan adalah bersumberkan daripada al-Quran, hadits dan amalan ulama sejak dahulu.

Amalan yang bersanad dan istimewanya, pembaca boleh mendapatkan ijazah
daripada penulis.



Antara amalan yang dimuatkan dalam buku saiz poket ini:
> Wirid al-Qusyasyiah
>  Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
>  Hizbun Nawawi
>  Ratib al-Haddad
> Ratib al-‘Attas
>  Doa Fakhrul Wujud

dan banyak lagi.








Jun 1, 2017

Geng Puaka

Tajuk: Geng Puaka
(Kompilasi Komik Godaan Syaitan 2).
ISBN: 978-983-097-663-1
Penulis: Pakcik Bad
Harga: RM15/RM17*

GENG PUAKA adalah siri kompilasi 2 Komik Godaan Syaitan yang sangat popular dalam Majalah Asuh yang terbit sejak 1998. 

Sejak kemunculannya, pembaca terutamanya kanak-kanak sangat meminati malah menunggu-nunggu Asuh diterbit setiap bulan.

Uniknya Komik ini ialah ia tidak mengandungi unsur-unsur seram, tahyul atau kisah-kisah kosong tanpa isi. Tetapi komik ini berputar mengenai 2 ekor syaitan yang tak henti-henti menipu dan menghasut kanak-kanak supaya menjadi budak jahat dan nakal. 

Awasi tipuan syaitan, kerana mereka musuh mukmin no 1.

GENG PUAKA mengumpulkan 28 komik Godaan Syaitan. Menang membeli menang membaca!


Antara cerita yang menarik dalam siri ini,

> Bola ajaib     

Ianya kisah Fazril yang suka sangat main bola. Apa lagi syaitan pun mengambil peluang menghasut dan menipu Fazril sampai sanggup mungkir janji nak tolong ibunya semata-mata nak main bola. Kerja sekolah pun sering terabai apatah lagi ibadah seharian. Hmm, memang bola itu dah dijampi oleh syaitan kot?

> Rahsia syaitan

Pak Cik Bad mengorek rahsia syaitan yang jarang anak-anak tahu. Seperti Syaitan kecewa dengan orang yang memberi salam sebelum masuk kerumah kerana ini menyebabkan syaitan tak boleh menumpang masuk. Syaitan tak suka orang yang membaca Al fatihah, ayat kursi dan surah An-nas sebelum tidur kerana ini menyebabkan syaitan tak boleh mengganggu orang itu dan banyak lagi rahsia syaitan. Jom korek rahsia syaitan!

> Ish ish tak bestnya!

Ini kisah syaitan bila bulan Ramadan hampir tiba. Syaitan yang membenci bulan Ramadan kerana mereka akan diikat ( tidak boleh menghasut manusia lagi) akan menggunakan peluang sebelum Ramadan untuk melipatgandakan lagi usaha menghasut dan menggoda kanak-kanak agar menjadi lebih jahat. Jangan dengar bisikan syaitan!





Diari Geng Syaitan 2

JUDUL: DIARI GENG SYAITAN 2
PENULIS: Pak Cik Bad
ISBN: 978-983-097-550-4
HARGA: RM13 /15*
TEBAL: 152 ms
KOD GB: 0341



SINOPSIS

DIARI GENG SYAITAN 2 menceritakan pelbagai tipu helah yang telah mereka lakukan. Mereka juga tidak pernah putus asa.

Hmm … agaknya kali ini mereka berjaya atau tidak menggoda dan menipu budak-budak untuk buat perkara yang nakal?


Jom, ikuti tipu daya mereka bersama Pak Cik Bad, agar kita juga tidak terpedaya.

Diari Geng Syaitan

JUDUL: DIARI GENG SYAITAN
PENULIS: PAK CIK BAD
ISBN: 978-983-097-500-9
HARGA: RM 13.00/ RM 15.00
TEBAL: 152 ms
KOD GB: 0301





SINOPSIS:
Diari Geng Syaitan merupakan kisah godaan syaitan iaitu Syaitan Kurus dan Syaitan Gemuk dalam kehidupan seharian manusia di dunia ini. Ada-ada saja taktik dan strategi mereka dalam menggoda manusia. Ya kita!

Matlamat mereka tak lain dan tak bukan adalah untuk menyesatkan manusia. Sering kali sahaja hasutan, jerat dan bisikan mereka didengari oleh kita semua.


Namun, kini tidak lagi jika segala strategi mereka telah kita ketahui dan dapat melawannya dengan menguatkan iman, dan letakkan di hati. Jom bersama Pak Cik Bad, kita ikuti kisah mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...