.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Oct 13, 2016

Mau'izhah Hasanah: Malam Pertama di Barzakh

MAU‘IZHAH HASANAH : MALAM PERTAMA DI BARZAKH
PENULIS: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
KATEGORI: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-610-5
TEBAL: 280 ms
BERAT:  0.420 KG (420 gm)
Saiz: L: 15.2 cm; H: 22.9 cm; W: 1.5 cm
Terbit: 2016
HARGA: RM 28.00/30.00



SINOPSIS:

Pengakhiran bagi setiap kehidupan adalah kematian. Kematian yang Husnul Khatimah menjadi idaman setiap orang beriman. Pun begitu, hakikat akhir kehidupan tidak terhenti di situ. Liku-liku perjalanan yang bakal kita tempuhi setelah itu adalah lebih mencabar dan masih panjang.

Buku ini membicarakan tentang kehidupan selepas kematian yang jarang manusia mahu mengambil tahu tentangnya. Sedangkan alam barzakh itu, seandainya manusia tahu realitinya yang sebenar, pasti dia akan mengabaikan dunianya. Malah menumpukan seluruh hayat untuk mempersiapkan bekalan menghadapi alam barzakh.

Membacanya bukan untuk menambah takut, tetapi menambah ilmu dan takwa supaya giat menyiapkan bekalan kerana kita semua pasti akan menghadapi malam pertama di barzakh.


Buku ini adalah siri 1 daripada 4 siri penerbitan.

KANDUNGAN
·        Muqaddimah 1
·        Keadaan Mayat Di Alam Kubur 9
·        Mati Syahid Vs Mati Biasa 15
·        Saling Menziarahi Di Dalam Kubur 27
·        Keadaan Mayat Di Alam Barzakh 39
·        Mayat Yang Istimewa 45
·        Keistimewaan Mati Syahid 68
·        Jujur Dengan Tuhan 77
·        Menziarahi Perkampungan Akhirat 85
·        Didik Anak Mendekati Kubur 91
·        Kisah Mus’ab Ibnu Umair 96
·        Mengumpul Harta Yang Bukan Milik 101
·        Roh Kembali Kepada Jasad 105
·        Kematian Yang Terbaik 111
·        Nikmat Atau Azab 116
·        Roh Itu Berteman 122
·        Jangan Menyangka Mereka Mati 131
·        Ziarah Ke Perkampungan Akhirat 141
·        Kisah Suara Dari Kubur 153
·        Kisah Pemuda Yang Takut Kepada Allah 158
·        Hari-Hari Yang Dilalui Di Alam Barzakh 163
·        Pengalaman Di Tanah Kubur 169
·        Menjaga Hati Ketika Ziarah Kubur 172
·        Menangisi Orang Mati 179
·        Bersangka Baik Kepada Mayat 183
·        Penghuni Di Dalam Kubur Menunggu-nunggu 186
·        Mayat Yang Ketawa 189
·        Kesunyian Di Perkampungan Akhirat 197
·        Mayat Membaca Al-Quran 206
·        Hamba Allah Yang Kasyaf 210
·        Roh Kembali Ke Kubur 216
·        Adab Menziarahi Kubur 229
·        Doa Keampunan Buat Penziarah Kubur 234
·        Kelebihan Ziarah Kubur Pada Hari Jumaat 240
·        Denyut Nadi Perkampungan Akhirat 246
·        Keistimewaan Jumaat 260
·        Iri Hati Ahli Kubur











---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------


Oct 12, 2016

QA Hadits

JUDUL: Q&A HADITS
PENULIS: USTAZ MOHD KHAFIDZ SORONI
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-611-2
KOD: GB 0397
SAIZ: 9” x 6’’
TEBAL: 248 m/s
ISI DALAM: 1C
HARGA: RM 20.00/22.00* (Sabah/Sarawak)




SINOPSIS:

Sesuatu hadits yang tidak mencapai taraf hadits sahih, malah di kategorikan sebagai sangat dhaif (lemah) tidak wajar disebut sebagai hadits mawdhu‘ (palsu) atau rekaan dengan sewenang-wenangnya. Ulama hadits sejak dari dahulu sentiasa berhati-hati dan sangat beradab dalam menangani hadits-hadits dhaif.

Sebagai suatu usaha untuk mendidik umat Islam dan memberi pencerahan yang benar, Ustaz Mohd Khafidz Soroni telah mengumpulkan beberapa hadits tidak sahih yang popular dalam masyarakat dan menyenaraikan kalam-kalam ulama berkenaan hadits tersebut.

Antaranya:
•         Tuntutlah ilmu sampai ke china
•         Benarkah syurga di bawah tapak kaki ibu?
•         Yasin jantung al-quran?         
•         Rezeki murah kerana istighfar?
•         Ikhtilaf umat islam itu rahmat?
•         Barakah Rejab, Syaaban & Ramadan

•         Hadits ‘Sayidina Ali pintu kota ilmu’ itu benar?

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

Oct 1, 2016

Inspirasi Haji

JUDUL: INSPIRASI HAJI, RAHSIA YANG TERSIMPAN
PENULIS: DATO’ HAJI MD. DAUD CHE NGAH
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-604-4
KOD: GB 0395
SAIZ: 9” x 6’’
TEBAL: 400 m/s
ISI DALAM: 384 m/s 2C (teks) + 4C (16 m/s gambar)
HARGA: RM40.00/42.00*


SINOPSIS:

INSPIRASI HAJI, Rahsia yang tersimpan mengupas hikmah dan pelajaran di sebalik pelaksanaan ibadah haji.

Sejarah dan rahsia pensyariatan ibadah haji wajar diketahui umat Islam agar ibadah haji dapat dihayati sepenuhnya.

Pulang dari tanah suci bukan sekadar membawa gelaran haji/ hajah, malah suatu amanah supaya sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya dan menyeru manusia lain supaya mentaati-Nya.


Antara isi kandungan buku ini:
BAB 1: FALSAFAH IBADAT HAJI
-         Berita Gembira
-         Anjuran Ibadah Haji dan Umrah Serta Keutamaannya
-         Keutamaan dan Kemuliaan Orang Berhaji
           -         Manfaat yang Nyata
-         Perniagaan yang Menguntungkan
-         Sejarah Syariat Haji
-         Makna Keseluruhan Pengajaran Haji
-         Berfikir, Merenung, Berpindah dari Alam Nyata Menuju ke Alam Ghaib, 
-         Makna Larangan Semasa Berihram
-         Beberapa Rahsia Mengenai Haji

BAB 2: ETIKA PERJALANAN HAJI MENUJU BAITULLAH
-         Mereka Bertanya Kepadamu Tentang Bulan Sabit
-         Haji: Rukun Islam yang Kelima
-         Cara-cara Ihram
-         Hukum-hukum Ihram
-         Sunat-sunat Haji
-         Talbiyah  dan Sifatnya
-         Doa Saat Melihat Baitullah, Sikap Tawaduk dan Tunduk Ketika                                                 Melihatnya
-         Tawaf dan Saie
-         Hari Kelapan
-         Hari Arafah
-         Al-Masyhad al-A‘zham
-         Perarakan Nabi di Haji Wada‘
-         Bergerak dari Arafah
-         Hari-Hari Tasyriq
-         Menuju ke Mekah dan Amalan Haji yang Lain
-         Empat Dam  yang Wajib dalam Haji
-         Keutamaan dan Hukum Korban

BAB 3: PERINGATAN DAN PETUNJUK
-         Sekitar Manasik Haji
-         Menukar Haji kepada Umrah
-         Penyembelihan Hady (Korban)
-         Khatmul-Quran Di Makkah
-         Tawaf Wada‘
-         Umrah dan Miqat Penduduk Makkah dalam Umrah

BAB 4: PENGENALAN TANAH SUCI DAN KANDUNGANNYA
-         Al-Masjid Al-Haram dalam Al-Quran
-         Keutamaan Tawaf di Baitullah
-         Keutamaan Doa di Bawah Mizab dan Ketika Tawaf
-         Multazam dan Keutamaannya
-         Keutamaan Melihat Baitullah
-         Keutamaan Memasuki Baitullah
-         Keistimewaan Baitul Haram
-         Nama-nama Makkah
-         Banyak Keistimewaan Penting Tentang Masjid Al-Haram
-         Keutamaan Makkah Berbanding Negeri-negeri Lain Selain Madinah
-         Keutamaan Negeri Makkah
-         Sebab-sebab  Makkah Menjadi Tanah Haram
-         Solat di  Makkah pada Waktu-waktu yang Dilarang
-         Keburukan yang Dilakukan di Makkah Akan Dikira Berlipat Ganda
-         Solat di Makkah Ganjarannya Berbeza daripada Tempat-tempat Lain
-         Pergandaan Ganjaran Pahala Tidak Khusus Bagi Solat Sahaja
-         Air Zamzam
-         Keutamaan Air Zamzam
-         Keutamaan Doa di Mustajar
-         Hijir Ismail
-         Maqam Ibrahim
-         Pelbagai Kekhususan dan Keutamaan Hajar Aswad
-         Keutamaan Solat di Baitullah dan Anjurannya
-         Keutamaan Menyentuh Rukun Yamani

BAB 5: AL-MADINATUL AL-MUNAWWARAH
-         Kampung Iman dan Tauhid

-         Etika Ziarah

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

Sep 30, 2016

Turning Point

JUDUL: TURNING POINT
PENULIS: Ustaz Zul Ramli M. Razali
ISBN: 978-983-097-576-4
KOD: GB0394
HARGA: RM 20
TEBAL: 168 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”

SINOPSIS RINGKAS:
TURNING POINT bercerita mengenai satu perkara yang semua orang pasti alami dalam hidupnya. Buku ini berkisah mengenai titik perubahan atau turning point dalam hidup. Setiap orang diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk mengalami titik perubahan dalam hidupnya ke arah yang lebih baik. Ia berkait dengan hidayah.

Turning point ini juga berkait dengan kesungguhan dalam bertaubat kepada Allah atas kesalahan lalu. Melalui gaya penyampaian yang tersendiri dan pemilihan ayat yang menusuk minda serta emosi, Ustaz Zul Ramli membawa pembaca menginsafi diri dan mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang dinukilkan.

Beliau mengungkapkan betapa manusia pada hari ini suka memilih jalan berbeza. Walau duka nestapa serta sengsara, manusia enggan mengakui dan mengikuti jalan Allah. Beliau mengajak pembaca membayangkan seorang lelaki ditutup kedua-dua matanya lalu dia dilepaskan untuk berjalan. Bagaimana keadaannya. Tentu sukar. Langkahnya begitu payah, tangannya teraba-raba, dia bingung ke mana hala tuju, mana pula laluannya.

Bayangkan lagi keadaan sekelilingnya yang dipenuhi onak, duri, kaca serta gaung yang dalam. Apa terjadi sekiranya dia terus berjalan? Pasti kakinya dihiris kaca tajam, onak menusuk sehingga ke tulang dan langkah menjerumusnya ke dalam gaung. Perjalanan itu sungguh memeritkan. Dalam kesakitan itu dia pasti menangis, merayu agar penutup matanya dibuka. Kegelapan itu yang menjadi penghalang kepadanya untuk selamat. Dengan melihat, dia mendapat petunjuk!


Buku ini menuntun kita kepada laluan kehidupan dengan langkah yang selari dengan destinasi. Allah itu adalah destinasi! Memang TURNING POINT serius berbicara tentang hala tuju kehidupan, namun pembaca tidak dibiarkan serius berfikir sepanjang pembacaan. Di sudut-sudut yang terpilih, Ustaz Zul Ramli menjentik jiwa kita dengan kisah dan anekdot menghiburkan yang membuat kita senyum meleret, namun masih dipandu untuk ambil pengajaran.

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

Sep 2, 2016

Bacaan AL Fatihah

JUDUL: BACAAN AL-FATIHAH YANG SEMPURNA
PENULIS: USTAZ MOHD HAZRI HASHIM AL-BINDANY
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-603-7
KOD: GB 0393
SAIZ: 8.5” x 5.5’’
TEBAL: 96 m/s
ISI DALAM: 4C
HARGA: RM 16.00/18.00


SINOPSIS:

Lengkap dan berwarna. Buku BACAAN AL-FATIHAH YANG SEMPURNA ini disusun dengan bahasa yang mudah berserta penerangan hukum tajwid dan penjelasan istilah agar dapat memberi kefahaman kepada pembaca bagi mempelajari dan memperbaiki bacaan Al-Fatihah.  


Antara isi kandungan dalam buku ini:

         Kemuliaan surah Al-Fatihah.
         Hukum tajwid yang terdapat dalam surah Al-Fatihah.
         Waqaf dan ibtida’ dalam pembacaan Al-Fatihah.
         Kesalahan yang sering dilakukan dalam bacaan Al-Fatihah.
         Panduan ringkas tahsin qiraah Al-Fatihah.

         BACAAN BONUS: Qiraat ‘Ashim riwayat Hafsh.

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...