.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Jan 6, 2026

RAHSIA BAYANG

RAHSIA BAYANG
Siri Novel Perisik Cilik
ISBN: 978-629-7716-81-7
Kod: GB0913
Penulis: Nadrah
Tebal: 64 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Berat:
Harga: RM12.00/RM14.00*

 SINOPSIS

Di tingkap surau lama itu, ada bayang. Tingkap kayu separuh terbuka. Bayang itu gelap dan tinggi. Bayang itu membuatkan jantung terasa berat, dia langsung tidak bergerak. Tegak dan diam. Seolah-olah sedang menunggu sesuatu.

Bulu roma Raif tegak. Rasa seram sejuk … macam nak demam. Dia cepat-cepat menunduk, pura-pura mencari sesuatu dalam beg. Dadanya berdegup laju. Dalam hati, dia cuba memujuk diri, mungkin itu cuma ilusi cahaya … tapi rasa takut tetap menghimpit.
 


Bagaimana tiga sekawan – Raif, Faris dan Ijan membongkar misteri bayang yang membuatkan jantung mereka berdebar-debar ini? Cerita yang penuh dengan debaran namun, membuka kisah sebenar di sebaliknya. Ia juga mengajar erti keberanian dan setia kawan.







Jan 5, 2026

RAHSIA MAKMAL LAMA

RAHSIA MAKMAL LAMA
Novel Perisik Cilik
ISBN: 978-629-7716-73-2
Penulis: Toha
Kod: GB0906
Tebal: 64 ms
Saiz: 14.8cm X 21cm (A5)
Berat:
Harga: RM12.00/RM14.00

 SINOPSIS

Makmal lama di hujung blok sekolah itu sudah lama tidak digunakan. Cat dindingnya mengelupas, kipasnya berbunyi seperti mengerang dan langsir lusuhnya sentiasa berkibar walau tiada angin. Tiada siapa suka ke sana – hinggalah Cikgu Habsah membawa murid-murid 6 Bestari untuk kelas Sains khas di situ.

Apa yang sepatutnya menjadi pembelajaran biasa bertukar menjadi pengalaman luar jangka. Bunyi pelik, rangka yang bergerak sendiri dan angin yang membawa bisikan mula mengganggu ketenangan kelas. Apakah makmal itu benar-benar berhantu … atau ada rahsia yang sudah lama terkubur menunggu untuk dibongkar?


Dalam usaha menyelesaikan misteri, pelajar-pelajar ini belajar lebih daripada sekadar cecair dan gas – mereka belajar tentang keberanian, kerjasama dan pentingnya tidak menilai sesuatu hanya dari luaran. Di sebalik ketakutan, mereka menemui kekuatan. Dan si sebalik debu masa lalu tersimpan satu kisah yang membuka mata mereka semua.

Misteri Makmal Lama bukan sekadar kisah seram – ia sebuah perjalanan yang menguji hati, minda dan persahabatan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...