.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Aug 7, 2025

Mengenal Peribadi Rasulullah SAW

Mengenal Peribadi Rasulullah SAW
Penulis: Ustaz Hazri Hashim al-Bindany
ISBN: 978-629-7716-64-0
Kod: GB0894
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Tebal: 112 muka surat (4C)
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

Blurp:

Bagaimanakah rupa paras Rasulullah SAW? Apakah akhlaknya di sisi para sahabat?

Apa tanggungjawab kita sebagai umat Baginda?

Buku kecil ini mengajak anda menyelami 6 aspek penting tentang insan teragung yang diutus sebagai rahmat ke seluruh alam.

Disusun secara ringkas, padat dan menyentuh hati, naskhah ini membimbing pembaca mengenali Baginda SAW melalui nama-nama dan nasabnya, sifat fizikal dan akhlaknya, mukjizat-mukjizatnya yang mengagumkan, serta kedudukan ahli keluarga Baginda yang mulia.

Lebih penting, ia mengajak kita menilai kembali sejauh mana cinta dan tanggungjawab kita terhadap Rasulullah SAW — bukan hanya pada lisan, tetapi dengan ilmu, amalan dan penghormatan yang sebenar-benarnya.

Bacalah bingkisan ini dengan hati. Semoga tumbuh benih cinta kepada Rasulullah SAW yang akan subur sampai ke akhir hayat.


USTAZ MOHD HAZRI HASHIM AL-BINDANY berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau juga merupakan penceramah bertauliah yang aktif menyampaikan kuliah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Di samping itu, beliau turut merangkap sebagai Penasihat Pertubuhan Darul Muhajirin Littafaqquh Fiddin, penggerak pengajian kitab-kitab turats di Hulu Selangor. Mengenal Peribadi Rasulullah SAW merupakan karya beliau yang ke-12 yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...