.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Dec 12, 2025

Hakikat Tasawuf Amali (Ad-Durrus Saniyyah Syarah Kitab Qathrul Ghaitsiyyah)

Hakikat Tasawuf Amali (Ad-Durrus Saniyyah Syarah Kitab Qathrul Ghaitsiyyah)
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kategori: Kitab Turats
ISBN: 978-629-7716-83-1
Kod: GB0912
Saiz: 16.5cm x 23.5cm
Tebal: 336 m/s
Berat:
H
arga: RM35/RM37

SINOPSIS

Kitab Qathrul Ghaitsiyyah karya Tuan Hussain Kedah al-Banjari (wafat 1936) merupakan antara karya penting dalam disiplin tasawuf amali di Alam Melayu.

Kitab ini menghimpunkan intipati perjalanan rohani seorang salik dalam menyucikan jiwa dan mencapai Musyahadah — penyaksian hakikat ketuhanan — berpaksikan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ia menggabungkan pendekatan Tasawuf Sunni yang berpandukan syariat dengan Tasawuf Falsafi yang mendalam dari segi makrifah.

Melalui syarahan dan komentar yang dikemas dalam naskhah Hakikat Tasawuf Amali ini, pembaca dibimbing memahami konsep-konsep penting seperti Maqamat (tingkatan rohani), Ahwal (keadaan hati), Mukasyafah dan Musyahadah, dengan penjelasan berdasarkan karya besar para ulama seperti Imam Al-Ghazali (Minhajul ‘Abidin), Ibn ‘Atha’illah (Al-Hikam) dan Imam Al-Qusyairi (Risalah al-Qusyairiyyah).

Setiap bab menegaskan bahawa ibadah dan zikir bukan jalan untuk mencari kasyaf atau karamah, tetapi semata-mata sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kitab ini menjadi jambatan antara ilmu dan amal, antara syariat dan hakikat — membawa hati menuju ma‘rifatullah dengan penuh adab dan disiplin rohani.


Tentang Penulis:

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah, dari Jami'ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana Al-Qur’an dan As-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran Usuluddin dan Falsafah (Tafsir Al-Qur’an) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Qur’an dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’l). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabbur Al-Qur’an dalam rancangan Quran@114 di TV AlHijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Qur’an di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Hakikat Tasawuf Amali merupakan naskhah ke-18 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Nov 25, 2025

SYARAH TA'LIM AL-MUTA'ALLIM

SYARAH TA'LIM AL-MUTA'ALLIM
ISBN: 978-629-7716-80-0
Kod: GB0911
Penulis: Ustaz Shahmil Saidin
Saiz: 13.5 cm X 21.5 cm (Portrait)
Tebal: 224 ms
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00

SINOPSIS:

Syarah Ta‘lim al-Muta‘allim ialah sebuah panduan lengkap tentang adab, cara dan rahsia keberkatan dalam menuntut ilmu.

Berdasarkan karya klasik Imam Burhan ad-Din Az-Zarnuji rhm, buku ini menghuraikan secara jelas tentang niat, pemilihan guru, adab terhadap ilmu, pengurusan masa, kekuatan hafalan, serta amalan yang membawa keberkatan rezeki dan umur.

Terjemahan dan huraian oleh Ustaz Muhammad Shahmil Saidin menjadikan kitab tradisi ini lebih mudah difahami oleh pembaca masa kini.

Dengan 13 fasal yang ringkas dan tersusun, buku ini menekankan bahawa kejayaan ilmu bukan hanya pada hafalan, tetapi pada adab, kesungguhan, kesucian hati dan hubungan dengan Allah.

Ia adalah rujukan penting untuk pelajar, guru, serta sesiapa yang ingin memperbaiki perjalanan menuntut ilmu dengan cara yang benar dan diberkati.









MISTERI MAKMAL LAMA

MISTERI MAKMAL LAMA
ISBN: 978-629-7716-73-2
Penulis: Toha
Kod: GB0906
Tebal: 64 ms
Saiz: 14.8cm X 21cm (A5)
Berat:
Harga: RM12.00/RM14.00

 SINOPSIS

Makmal lama di hujung blok sekolah itu sudah lama tidak digunakan. Cat dindingnya mengelupas, kipasnya berbunyi seperti mengerang dan langsir lusuhnya sentiasa berkibar walau tiada angin. Tiada siapa suka ke sana – hinggalah Cikgu Habsah membawa murid-murid 6 Bestari untuk kelas Sains khas di situ.

Apa yang sepatutnya menjadi pembelajaran biasa bertukar menjadi pengalaman luar jangka. Bunyi pelik, rangka yang bergerak sendiri dan angin yang membawa bisikan mula mengganggu ketenangan kelas. Apakah makmal itu benar-benar berhantu … atau ada rahsia yang sudah lama terkubur menunggu untuk dibongkar?

Dalam usaha menyelesaikan misteri, pelajar-pelajar ini belajar lebih daripada sekadar cecair dan gas – mereka belajar tentang keberanian, kerjasama dan pentingnya tidak menilai sesuatu hanya dari luaran. Di sebalik ketakutan, mereka menemui kekuatan. Dan si sebalik debu masa lalu tersimpan satu kisah yang membuka mata mereka semua.

Misteri Makmal Lama bukan sekadar kisah seram – ia sebuah perjalanan yang menguji hati, minda dan persahabatan.

Nov 20, 2025

PATI 'ILMU TASAWUF

PATI 'ILMU TASAWUF
Penulis: Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin
ISBN: 978-629-7716-78-7
Kod: GB0910
Saiz: 13.5cm x 21.5cm (Portrait)
Tebal: 70 ms
Berat:
Harga: RM15.00/RM17.00

SINOPSIS:

Pati ‘Ilmu Taawwuf merupakan risalah ringkas dan padat yang menghimpunkan inti ajaran taawwuf sebagaimana dihuraikan oleh al-Syeikh Muammad Idris bin ‘Abd al-Ra’ūf al-Marbawī al-Azharī — tokoh ulama Melayu yang tersohor.

Karya ini membimbing pembaca memahami makna hakiki ilmu Taawwuf: Membersihkan hati hanya untuk Allah, menyaksikan keagungan-Nya, dan menghapuskan segala keterikatan kepada selain-Nya.

Melalui penjelasan yang tersusun, pembaca diajak mengenal:

•           Hakikat ilmu Taawwuf dan kesannya pada jiwa kehambaan,

•           Pokok pangkal taawwuf; rasa takut dan cinta kepada Allah,

•           Peringkat-peringkat taqwa, istiqāmah dan niat kehambaan,

•           Adab hati dan hubungan sesama makhluk,

•           Serta tiga asas penyempurna taawwuf: Tawakkal, ma‘rifah diri, dan mengingati kematian.


Buku ini merupakan panduan menuju penyaksian hakikat “tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah”. Sebuah naskhah yang menuntun hati kembali kepada erti sebenar ‘ubudiyyah.









Nov 18, 2025

DALAM DIAM TUHAN MENCINTAI

DALAM DIAM TUHAN MENCINTAI
ISBN: 978-629-7716-74-9
Penulis: Da’i Izzhar Nazri
Kod: GB0905
Tebal: 192 ms
Saiz: 13.5 cm X 21.5 cm
Berat:
Harga: RM35.00/RM37.00

SINOPSIS

Jika anda sedang merasa lelah, tidak dihargai, hilang arah, atau merasakan doa tidak berbalas, percayalah, itu bukan tanda Tuhan membenci. Itu tanda Dia sedang membawa kita lebih dekat untuk dicintai.

Dalam naskhah ini, penulis merangkumkan antara hikmah sirah Nabi, dalil al-Quran dan hadis, pandangan ulama, serta penemuan psikologi moden, agar kita belajar memandang luka dengan mata yang berbeza, dan melihat cinta Allah di celah-celah retakan hati.

Semoga buku ini menjadi teman perjalanan, menenangkan hati yang resah, memberi bahasa kepada perasaan yang tidak terucap, dan membuka jalan kepada satu keyakinan, bahawa cinta Allah sentiasa ada.


Tentang Penulis

Izzhar Nazri ialah seorang graduan dalam bidang psikologi, penceramah bertauliah dan penulis yang aktif dalam menyampaikan mesej healing, kekuatan jiwa dan cinta melalui pendekatan yang reflektif, intelektual dan spiritual.

Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam dunia motivasi dan pembangunan insan, beliau telah menjelajah ke pelbagai lapisan masyarakat — dari pentas korporat hingga ke pelosok Malaysia, menyentuh hati melalui ceramah, penulisan, penampilan di pelbagai rancangan TV dan radio. Beliau turut terlibat secara langsung dalam beberapa misi kemanusiaan, menjadikan perspektifnya tentang luka dan penyembuhan lebih nyata dan mendalam.

Beliau aktif di media sosial, dengan jutaan tontonan merentasi pelbagai platform. Gaya penyampaiannya yang jujur, emosional dan menyentuh telah menarik ribuan pengikut setia, menjadikan beliau antara suara anak muda yang dipercayai dalam isu kesihatan mental, hubungan, dan spiritualiti. Buku ini ada buku kedua beliau bersama Galeri Ilmu selepas buku Dalam Diam Tuhan Mengajar.








Nov 11, 2025

Travelog Haji: Sempadan Iman Telah Berubah

Travelog Haji: Sempadan Iman Telah Berubah
ISBN:
KOD: GB0907
Penulis: Ustaz Khairul Anuar Basri
Tebal: 272 ms
Saiz: 13.5 cm X 21.5 cm
Kandungan: Simili 80gsm /4C
Harga: RM35.00/RM37.00

SINOPSIS

Perjalanan ke Tanah Suci bukan semata-mata tentang rukun Islam kelima, ia juga adalah kembara jiwa menuju Rabbul Izzati. Dalam travelog yang 'real' dan menyentuh hati ini, penulis membawa pembaca menelusuri setiap detik yang menggugah iman.

Bermula dari panggilan haji yang penuh debaran, detik wuquf di Arafah yang menyedarkan hakikat hidup dan mati, hingga saat pulang dengan hati yang baharu.


Dikemudi dengan renungan, tazkirah, dan kisah nyata, buku ini menghidupkan semula semangat menjiwai peranan sebagai Tetamu Allah, dengan persembahan yang lebih segar, moden dan realistik.

Ia bukan sekadar catatan pengalaman, tetapi panduan spiritual agar ibadah haji terus hidup dalam diri, bahkan selepas pulang ke tanah air.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...