.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Oct 31, 2022

Wahai Anak Berbaktilah Kepada Kedua Orang Tuamu

Wahai Anak Berbaktilah Kepada Kedua Orang Tuamu
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-972-4
Kod: GB 0695
Saiz: 12.5 cm x 19 cm  
TEBAL: 280 m/s
Isi Dalam: 2C
Berat: 0.6 kg
Harga: RM 30.00/ 32.00

DETAIL:

Kewajipan anak untuk berbakti kepada ibu bapa tidak mengira sama ada mereka masih hidup, sudah meninggal dunia ataupun bukan beragama Islam. 

Perintah berbakti kepada ibu bapa ini bukanlah suatu perkara baharu yang dibawa Islam bahkan ia sudah menjadi amalan sejak berzaman.



Buku ini menghuraikan segalanya berkenaan perintah berbakti kepada ibu bapa seperti hukumnya, kelebihan-kelebihannya, cara-caranya, kisah-kisah salafus soleh yang berbakti kepada ibu bapanya dan nasihat serta galakan daripada ulama dan orang soleh supaya kita berbakti kepada ibu bapa dan tidak sesekali menderhakai mereka.












Oct 17, 2022

Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman

Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman
(Versi Jimat & Eksklusif)
Penulis: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-968-7
KOD: GB 0694
Saiz: 16.5 cm x 23.5 cm
Tebal: 592 m/s
Iisi Teks: 1C
Berat: 1 kg
Harga: RM 55.00/ 57.00

(Nota: Kitab ini pertama kali terbit pada tahun 2012)

DETAIL:

Buku Siri 40 Hadis karangan Syeikh Ahmad Fahmi al-Banjari asalnya bersaiz kompak dan menjadi bahan pengajaran di masjid dan surau serta bahan rujukan di sekolah dan universiti.

Kini, siri buku 40 hadis ini diberi wajah baharu dan dikompilasikan bagi memudahkan para pembaca memilikinya secara 5 dalam 1 dengan judul Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman.

 


Edisi ini memaparkan judul:

1.         40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama

2.         40 Hadis Akhlak Mulia

3.         40 Hadis Penawar Hati

4.         40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman

5.         Bonus Kiamat Hampir Tiba


MENGENAI PENULIS
Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, berasal dari Amuntai, Banjamasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Pernah berguru dengan Syeikh Abul Hassan al-Hasani an-Nadwi di India. Antara guru beliau ialah Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani al-Maliki dan Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas al-Maliki, sehingga di anugerahkan gelaran keluarga 'Al-Maliki'.

Beliau adalah mantan Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia. Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah. Selain memiliki Pondok Pesantren YASIN di Guntung Manggis, Banjarbaru, Kalimantan Selatan, beliau juga menabur bakti di Madrasah Tarbiah Islamiah derang, Pokok Sena, Kedah.

Antara buku-buku lain yang pernah dikumpul, disusun, diterjemah dan ditahqiq oleh beliau adalah Sairus Salikin, Hidayatus Salikin, Bidayatul Hidaya Ayyuhal Walad dan Bustanul Arifin.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...