.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Nov 30, 2021

Parent, Thanks!

ISBN: 978-983-097-942-7
Penulis: Bonda Nor & Ammar Kamilin
Kod: GB666
Tebal: 376 ms
Saiz: L:13.5 X H: 21.5
Percetakan:4 warna
Berat:
Kulit: Nipis
Harga: RM40.00/42.00

SINOPSIS

Naskhah Parent, Thanks! meneruskan kesinambungan  daripada buku PARENT, THINK!. Kali ini, membawakan mesej dalam setiap cerita, bahawa setiap tindakan yang dilakukan ibu bapa hari ini kepada anak-anak, sekalipun tidak serta-merta, pasti satu hari nanti akan mengundang syukur dan terima kasih daripada mereka. Parent, Thanks! menganjurkan didikan kepada anak-anak dengan mempertimbangkan perkembangan spiritual, fizikal, intelektual dan emosi.

Disajikan dalam bahasa yang santai dan bersahaja namun padat dengan ilmu kemahiran keibubapaan. Setiap bait kisah, pasti terselit nasihat dan ilmu yang berpaksikan kepada al-Quran dan sunnah sebagai kata kunci yang wajib dipegang oleh semua ibu bapa dalam membimbing anak-anak menelusuri kehidupan yang penuh dengan cabaran. Sepanjang kisah pasti terselit pesanan dan tujuan hidup, sekeluarga ke syurga, matlamat utama setiap keluarga.


Bila kedua-dua penulis ini menulis, Bonda Nor yang mewakili peranan ibu yang penuh dengan sifat ketegasan, kerisauan, kasih sayang dan caring sementara Tuan Ammar Kamilin menulis dari sisi pandang seorang ayah yang lebih cool tapi sweet, ia menjadikan warkah ini sangat lengkap dan mantap.








Planner Eksklusif 2022

Penulis: Ustazah Asma’ Harun
ISBN: 955-574-970-060-1
KOD: GB 0664
SAIZ: L: 16.5 cm x H: 23.5 cm
TEBAL: 336 m/s    
KULIT: Kulit Keras
ISI DALAM: 4C
HARGA: RM 48.00/50.00*

KANDUNGAN:

Bahagian pertama : Planner bulanan disertakan tarikh hijrah dan masihi, cuti umum, puasa-puasa sunat dan lain-lain.

Bahagian kedua : Slot amalan. Mengandungi 6 surah pilihan: Al-Kahfi, al-Waqi'ah, Ar-Rahman, Al-Mulk, As-Sajadah, Yasin.

Kemudian al-ma'thurat, zikir dan doa2 seharian.

Bahagian ketiga : Mukasurat kosong untuk catatan.



• Lebih praktikal dan teratur

• Lebih banyak pengisian yang menarik

• Reka bentuk eksklusif dan mesra pengguna

• Pelbagai doa dan zikir amalan seharian










Nov 29, 2021

NAK KAYA SERIBU DAYA

ISBN: 978-983-097-941-0
Kod: GB665
Penulis: Marlia Ramli
Tebal: 208 ms
Saiz: H: 21.59 cm X L: 13.97 cm;
Berat: 0.8KG
Kulit: Soft cover
Teks: 4 warna
Harga: RM30.00/RM32.00

SINOPSIS:

Bagi sesiapa yang membaca buku ini, tanamkan di dalam hati bahawa bukanlah dosa sekiranya kita lahir miskin. Tetapi tidak semestinya kita perlu mewarisi kemiskinan kita kepada waris selepasnya. Setiap marhaen yang lahir dalam keadaan sihat dan sempurna tubuh badan hakikatnya berpeluang untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dalam hidup jika memiliki matlamat yang jelas, melakukan tindakan yang betul, konsisten dalam berusaha dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Buang minda subsidi. Sentiasa ingatkan diri bahawa tidak ada perkara percuma di dunia ini. Sebagai marhaen yang bukan pewaris harta berjuta, kita perlu berjuang dengan pelbagai cara untuk memastikan setidak-tidaknya kita berpeluang memiliki kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan kita yang sebelum ini.

Benar, rezeki di tangan Tuhan. Namun sebagai manusia, adalah tanggungjawab untuk kita menggali ilmu, berfikiran terbuka dan mencari jalan untuk memperbaiki kehidupan keluarga kita. Lahir miskin tidak salah, yang salah adalah apabila kita tidak berusaha untuk keluar daripada kemiskinan tersebut.



KANDUNGAN

Bahagian 1: Gaya Kehidupan Awal

Antaranya: Rumah Tangga Dan Kewangan;  Kerjaya Pertama Saya;  Pejuang Wanita Marhaen; Berjuang Dan Terus Buat!; Cabaran Perkahwinan Di Usia Muda;  Pengurusan Gaji; Elak Beli Barangan Remeh; Pilihan Gaya Hidup; Perjalanan Ke Arah Financial Freedom;  Pengurusan Hutang ...

Bahagian 2: Gaya Berkerjaya
Antaranya: Kerjaya Dan Kita: Perkara Asas Temuduga;  Jenis-Jenis Kaki Di Pejabat; Kerjaya Bukan Hak Hakiki; Trend Anak Muda;  Kekayaan Dan Keperluan Dana Cemas; Mampukah Kita Bersara?; Kereta Adalah Lambang?; Sesuaikan Tips Kewangan Mengikut Zaman; Benarkah Rumah Adalah Aset? ...

Bahagian 3: Gaya Menabung Kekayaan
Antaranya: Perlukah Menabung Emas?; Takut Bayar Zakat?; Peluang Pendapatan Melalui Emas; Kenapa Perlu Ada Replacement Income?; Kita Adalah Apa Yang Kita Fikir;Surirumah Dan Kekayaan;Siapa Yang Paling Takut Menabung Emas?;  Bagaimana Mahu Menjadi Dealer Pg Yang Berjaya; Apakah Ciri Emas Pelaburan Yang Baik?; Permulaan Menabung Emas Bagi “Newbies”; Emas Dan Kuasanya; Pajak Emas Lebih Bermaruah...

TENTANG PENULIS

“Marlia Ramli itu siapa?”

“Dia adalah Mohd Zulkifli versi perempuan!”

Itu perbualan ringkas saya dengan seorang staf Public Gold, syarikat pengeluar emas terbesar Malaysia, ketika saya pertama kali mendengar nama beliau.

Jawapan balas ringkas itu sudah cukup untuk saya kenal siapa dia Pn. Marlia Ramli, dan bagaimana prestasi beliau dalam bisnes.

Beliau bukanlah orang yang sangat bijak ataupun sangat pandai. Tapi beliau adalah seorang "fighter" dalam hidupnya. Di kalangan murid-murid saya, saya tidak nampak kelebihan yang ada pada beliau (berbanding yang lain) melainkan bercita-cita tinggi, sanggup bekerja keras secara konsisten, dan tidak mengalah!

Ciri-ciri inilah yang membuat prestasi beliau dapat mengalahkan semua yang lain! Dan ciri-ciri inilah yang dimiliki oleh semua orang berjaya di dunia. Jadi, apa yang beliau tulis di dalam buku ini ialah bagaimana rakyat marhaen pun boleh menjadi seorang jutawan. Ia bukan soal "boleh" atau "tak boleh". Tapi soal "nak" atau "tak nak", dan "sanggup" atau "tak sanggup" untuk belajar dan berusaha sahaja.







Nov 6, 2021

Amalan Selepas Solat (Edisi Kemas Kini)

ISBN: 955-574-970-056-4
Kod: GB 0662
Penulis:
Ustaz Muhadir Haji Joll 
Kategori: Fardu Ain
Saiz: L: 12.5cm X H: 19cm X W: 1cm)
Tebal: 200 m/s    
Teks: 1C
Berat: 0.15 kg
Harga: RM 18.00/20.00*

 SINOPSIS:

 AMALAN SELEPAS SOLAT (edisi kemas kini, pertama kali terbit Dis 2016) menghimpunkan amalan-amalan yang disusun khas untuk dibaca setiap kali selepas solat fardhu. Setiap amalan adalah bersumberkan daripada al-Quran, hadits dan amalan ulama sejak dahulu.


Amalan yang bersanad dan istimewanya, pembaca boleh mendapatkan ijazah daripada penulis. Antara amalan yang dimuatkan dalam buku kecil ini:

KANDUNGAN

WIRID SETIAP KALI SELEPAS SOLAT
Wirid Al-Qusyasyiah

AMALAN SEBELUM SOLAT SUBUH

AMALAN SELEPAS SOLAT SUBUH
1. Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
2. Al-Wirdul Lathif
3. Surah Yasin
4. Hizbun Nawawi
5. Wirid as-Sakran (Wirid Imam Abu Bakar bin Abdur Rahman as-Saqqaf)
6. Manzil
7. Selawat Thulul ‘Umur (panjang umur)

AMALAN SELEPAS SOLAT ZUHUR
1. Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
2. Hizbun Nashr (Penolong)
3. Doa Fakhrul Wujud (Wirid Syeikh Abu Bakar bin Salim)

AMALAN SELEPAS SOLAT ASAR
1. Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
2. Surah al-Waqiah
3. Hizbul Bahr
4. Ratib al-Attas

AMALAN SELEPAS SOLAT MAGHRIB
1. Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
2. Ratib al-Haddad
3. Selawat Thulul ‘Umur (panjang umur)


AMALAN SELEPAS SOLAT ISYAK
1. Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
2. Surah al-Mulk
3. Ratib al-Aidrus

AMALAN UMUM

LAMPIRAN
1. Surah yasin
2. Tahlil arwah
3. Surah al-waqiah
4. Surah al-mulk

Bonus: IJAZAH AMALAN

 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...