.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Sep 6, 2020

HANYA TUHAN YANG TAHU

HANYA TUHAN YANG TAHU
ISBN: 978-983-097-921-2
Penulis: Liyana Farok
Kod: GB630
Tebal: 136 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.92 cm
Berat: 0.4 kg
Terbit: Sept 2020
Harga: RM20.00/22.00*
 
SINOPSIS
 
Jika seseorang itu menjadikan dunia yang fana sebagai matlamat utama, meski secara zahir berada di syurga namun secara maknawi dia berada di neraka.
 
Dan jika seseorang menjadikan alam baqa’ sebagai tujuan, seteruk mana pun ujian yang singgah pasti dia melihat dunia sebagai dewan menunggu syurga. Melihat setiap ujian itu indah, akan terus tabah dan sentiasa bersyukur dalam kesabaran.
 
Berkonsepkan bait kata-kata nasihat indah berpuisi, dihiasi reka letak warna-warni, menjadikan buku ini sangat menarik dan seronok dibaca secara santai.
 


TENTANG PENULIS
Nur Liyana Binti Mohd Farok yang menggunakan nama pena sebagai Liyana Farok ada seorang akauntan yang aktif di Instagram & facebook (@liyanafarok). Buku Hanya Tuhan Yang Tahu ada buku pertama beliau bersama Galeri Ilmu dan merupakan buku kedua beliau selepas buku Bidadari Tersalah Syurga.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 


 

 

 

 
 




CINTA SENTIASA MENANG

 
CINTA SENTIASA MENANG
ISBN:  978-983-097-915-1
Penulis: Bonda Nor
Kod: GB0629
Tebal: 196 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W:  1 cm
Berat: 0.26 kg
Terbit: Sept 2020
Harga: RM20.00/RM22.00*
 
SINOPSIS
First thing first. Utamakan yang utama. Dalam Islam, kita bahkan diajar tentang Fiqh Al-aulawiyat atau Prinsip Keutamaan. Kita diajar untuk menyusun setiap urusan kita mengikut keutamaan. 

Ramai yang mengabaikan perkara ini padahal ia adalah satu seni menyusun kehidupan yang boleh melorongkan kita pada kejayaan dan kebahagiaan!
 
CINTA SENTIASA MENANG adalah satu naskhah yang digarap khusus untuk membawa pembaca ke arah menyedari penyusunan keutamaan ini.
 
Allah teratas. Kemudian Rasul-Nya. Sesudah itu, barulah penyusunan keutamaan mengikut dimensi tertentu. Misalnya, bagi seorang anak, ibunya yang utama. Bagi seorang isteri, suaminya yang utama. Ya, aras ketaatan tidak sentiasa berada di level yang sama.
 


Begitu juga dalam menentukan manfaat atau mudarat. Sesuatu yang memberikan mudarat tidak boleh dilakukan. Namun, pada situasi tertentu, ia dibolehkan.
 
“Saya kongsikan jalinan kisah-kisah peribadi daripada pengalaman sendiri. Kisah-kisah yang meneguhkan akidah hingga saya semakin percaya bahawa cinta kepada-Nya adalah puncak segala cinta. Cinta yang buat saya sedar bahawa jika cinta Allah yang saya julang, saya pasti akan menang.” – Bonda Nor

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466


 

 

 

 


23 Sahabat Kesayangan Nabi


Judul:
 23 Sahabat Kesayangan Nabi
Penulis: Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-920-5
Kod: GB 0628
Tebal: 248 ms
Teks: 2C
Saiz: 
L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.3 cm
Berat: 0.29 kg
Terbit: Sept 2020
Harga: RM23.00/ 25.00*

SINOPSIS
Buku ini menampilkan 23 personaliti daripada kalangan SAHABAT Rasulullah SAW yang menyayangi dan mencintai Nabi melebihi cinta kepada diri mereka sendiri. Mereka sentiasa ingin berdampingan dengan Nabi di dunia dan di syurga.

Maka, kasih sayang dan cinta mereka dibuktikan dengan kesungguhan mereka beribadah dan menegakkan agma Allah. 

Antara kisah hidup Sahabat yang dipaparkan dalam buku ini ialah:

·        Zaid bin Tsabit

·        Rabi‘ah bin Ka‘ab

·        Dzul Bijadain

·        Abu Al-‘Ash bin Ar-Rabi‘

·        ‘Ashim bin Tsabit

·        ‘Utbah bin Ghazwan

·        Nu‘aim bin Mas‘ud

·        Khabbab bin Al-Arat

·        Ar-Rabi‘ bin Ziyad Al-Haritsi

·        Abdullah bin Salam

·        Khalid bin Sa‘id Al-‘Ash

·        Suraqah bin Malik

·        Fairuz Ad-Dailamy

·        Tsabit bin Qais

·        Thalhah bin ‘Ubaidillah

·        Abu Hurairah

·        Salamah bin Qais

·        Mu‘adz bin Jabal

·        Keluarga Yasir

·        Suhail bin ‘Amr

·        Jabir bin Abdullah

·        Salim Maula Abu Hudzaifah

·        Utsman bin ‘Affan

 


Tentang Penulis:

Ustaz Mohd Hazri bin Hashim al-Bindany merupakan penceramah bertauliah yang aktif menyampaikan kuliah dan ceramah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Juga merupakan pengerusi Darul Muhajirin Littafaqquh Fiddin, penggerak pengajian kitab-kitab turats di Hulu Selangor. 23 Sahabat Kesayangan Nabi ini merupakan karya kesembilan beliau yang diterbitkan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Karya-karya beliau sebelum ini, antaranya: Solat Jemaah: Panduan Imam & Makmum, Bacaan Al-Fatihah Yang Sempurna, Hayatus Sahabah: 20 Kisah Sahabat, Syarah Matan Tuhfah Al-Athfal dan 40 Kemuliaan & Kehebatan Rasulullah SAW.


**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466



 

 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...