JUDUL: Diet Mak-mak
ISBN: 978-983-097-791-1
Kod: GB541
Penulis: Ruqayyah Muhd
Tebal: 224 ms
Saiz: L:
13.9 cm; H: 21.6 cm; W:
Berat: 0.36 kg
Terbit: Feb 2019
Harga: RM30.00/RM32.00*
SINOPSIS
Semua ibu, mahu berikan yang terbaik buat anak di dalam kandungan. Mahu
anak yang sihat dan lahir sempurna. Apabila melalui alam berpantang, tiada ibu
mahu melalui tempoh berpantang yang sukar. Sering kali juga dimomokkan dengan
mitos-mitos yang tidak masuk akal.
Tempoh berpantang juga
adalah tempoh ibu belajar menyusukan anak. Semua ibu yang menyusukan
anak, mahukan air susu itu dapat menjadi sumber nutrisi yang berkualiti buat
anak. Matlamat mahu menyusukan anak secara eksklusif selama enam bulan dan
diteruskan sehingga dua tahun usianya. Ibu sanggup bangun memerah susu dan
menyusukan anak di tengah malam.
Adakalanya tidur bersandarkan kepala katil
demi memastikan anak dapat menyusu dengan baik dan tidur lena. Biar perut
berkeroncong hebat, mulut kering dan tubuh letih, tetapi kerana anak mahu
menyusu, semua keinginan ibu ditolak tepi dahulu demi seorang anak. Hebatnya
kasih sayang ibu yang tidak berbelah bagi. Apa saja demi anaknya pasti akan
dituruti.
Namun, ada tikanya kerana
anak itu adalah keutamaan, ibu sering terlupa yang mereka itu adalah matahari
di dalam sistem suria keluarga. Makan dan minum tidak terjaga baik demi
kelangsungan anak dan suami.
Justeru, setelah hampir
enam tahun penulis memberikan ceramah di kelas antenatal, banyak persoalan yang
diutarakan oleh ibu-ibu. Persoalan yang kadangkala nampak remeh tetapi
sebenarnya memberikan impak yang besar dalam kehidupan. Penulis menyedari,
ibu-ibu ini tidak punya rujukan bagaimana mahu melalui alam kehamilan ini
dengan manisnya.
Maka, naskhah Diet Mak-mak ini,
ditujukan khas buat semua mama, mak, ibu, umi di luar sana yang kasihnya seluas
langit, cintanya sedalam lautan tak bertepi.
Moga coretan rasa ini menjadi panduan buat ibu-ibu di luar sana menjaga
pemakanan demi keluarga tercinta.
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466