.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Nov 28, 2017

Menantu Hipster

JUDUL: Menantu Hipster
Penulis: Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)
ISBN: 978-983-097-682-2
Tebal: 136 ms
Harga: RM20/RM22*
Kod: GB459

Sinopsis:

Zaman telefon pintar ini, media sosial menjadi pilihan utama tempat longgokan luahan, kesedihan, kebimbangan dan kerisauan. 

Tidak terkecuali mereka yang risau untuk berhadapan dengan mentuanya.




Berikut ialah catatan salah seorang daripada mereka:
“Assalamualaikum, saya nak tanya pendapat kalian semua. Saya dan bakal suami merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Tapi sampai saat ini hati saya masih berbelah bagi untuk berkahwin dengannya atas sebab gerun dengan sikap ibunya. Belum berkahwin lagi, dia seboleh-bolehnya nak kawal saya dan anak dia. Dipendekkan cerita, cara hidup saya nanti, dia yang nak tentukan sebagai contoh kerja-kerja rumah, memasak dan sebagainya.

Saya pula tidak suka orang tentukan kehidupan saya. Apa yang saya nak buat, selagi tidak melanggar hukum atau undang-undang memang saya akan buat.

Saya bertambah sangsi apabila dia menceritakan keburukan menantu sulungnya kepada saya. Bermacam-macam kisah buruk didedahkan. Saya pula bukan suka mengumpat atau jaga tepi kain orang. Bagi saya tidak adil kalau dengar dari sebelah pihak saja. Pernah jugak saya terfikir jika betul menantu sulungnya itu tidak betul, mengapa dia tidak duduk bersemuka dengan menantu itu dan bertanyakan apa masalah dia. Saya rasa tak perlu nak kutuk-kutuk hal dia kepada adik beradik yang lain. Menjaja cerita buruk dia pada orang lain. Kalau dengan menantu ini dia boleh buat begini, bagaimana pula saya nanti.

Saya akur, baik macam mana pun menantu dengan mentua yang duduk serumah, pasti akan ada masalah kecil yang akan diperbesarkan mentua. Tengok daripada situasi sekarang, saya tidak tahu sama ada bakal mentua ini mampu atau tidak memahami cara hidup saya sebagaimana yang mak dan ayah saya menghormati saya.

Saya sudah berpesan kepada bakal suami, apabila sudah berkahwin nanti, saya tidak mahu tinggal di rumah keluarga dia begitu juga di rumah keluarga saya. Tetapi ibunya dari awal lagi sudah paksa kami tinggal dengannya. Apalagi anak dia ini adalah anak bongsu kesayangannya. Apa pandangan semua?”

Dijawab oleh kawan-kawannya di media sosial:
·      “Huhu ... kes berat ni. Kena fikir masak-masak. Buatlah solat Istiharah.”
·      “Saya selalu ingat pesan mak saya, ‘Kalau ibu lelaki memang sudah tidak suka kita, janganlah berkahwin dengaan anaknya. Nanti banyak masalah.’”
·   “Bakal suami kena main peranan juga. Kalau boleh jangan ikutkan sangat cakap maknya. Sebagai ketua keluarga, dia yang uruskan keluarganya sendiri. Bukan ibunya. Tetapi syurga tetap di bawah tapak kaki ibunya. Jangan sampai derhaka sudahlah. Memang kita kena dengar cakap mereka tetapi janganlah sampai hal rumah tangga kita pun mak ayah masuk campur. Cuba berbincang dengan bakal suami awak.”
·        “Bakal mentua anda memang tidak suka atau anda sahaja yang rasa gerun? Jangan peduli dan ambil kira sangat. Selepas berkahwin duduk rumah sendiri atau cari rumah sewa. Duduk jauh-jauh sikit. Bila ada masa, pergilah melawat dia.”
·     “Bakal suami awak kena buat keputusan. Seorang suami wajib sediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anaknya. Walaupun syurga suami di bawah tapak kaki ibunya, tetapi suami masih boleh buat keputusan yang terbaik untuk keluarganya sendiri. Sekali sekala, ziarahlah ibu itu dengan membawa buah tangan atau apa sahaja untuk mengambil hatinya.”


SUATU Pandangan
Adalah lumrah bagi seorang wanita yang akan berkahwin merasa bimbang untuk berhadapan dengan bakal ibu mentuanya itu. Seribu satu perasaan dan kebimbangan yang dirasakannya. Tidak dinafikan ada sesetengah mentua yang bersikap dingin dan ada juga yang cerewet, serba tidak kena dan bBanyak pantang-larangnya. Tetapi itu bukan halangan besar untuk si isteri menjaga hubungan dengan mentuanya.

Sebaliknya orang lelaki, sama ada tinggal di rumah keluarganya atau rumah mentuanya, dia kurang menghadapi masalah. Ini kerana minda lelaki kurang memikirkan hubungan peribadi dan hal ehwal emosi. Kebanyakan mereka hanya fokus kepada dirinya sendiri dan kerjayanya di luar rumah apabila telah menjadi suami.

Walau bagaimanapun, kunci kejayaan mengatasi cabaran-cabaran ini ialah kerjasama suami dan isteri pasangan muda yang bertindak sebagai satu pasukan menyantuni apa juga kehendak dan keperluan ibu dan bapa mentua masing-masing dengan hikmah dan bijaksana.

Sudah menjadi budaya Generasi Y untuk mendapat bimbingan dalam bentuk tip melalui media social. Maka, saya telah menulis tip-tip melayani mentua sebagai panduan untuk mereka di Facebook saya, Pak Utih’s Page dan Pakutih.com.

TENTANG PENULIS:
Pak Utih adalah seorang aktivis kemanusiaan sejak 1992 dengan menjadi YDP Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Negeri Perlis yang terlibat aktif dalam program kemasyarakatan di sana, bersama Aqsa Syarif (MyCARE) (2011-2015) memberi bantuan kemanusiaan ke Lubnan dan Gaza, ahli Jawatankuasa Pemantapan Kesejahteraan Ahli IKRAM dan sekarang melalui Success Together Consulting mengendalikan ceramah dan bengkel memahamkan masyarakat perbezaan keperluan dan kehendak lelaki serta wanita untuk bahagia di rumah dan juga di tempat kerja.
Beliau juga menganjurkan banyak kursus pengurusan seperti pengurusan gender, masa, stres, komunikasi berkesan, penyeliaan berkesan, pengurusan majlis dan bina pasukan untuk kakitangan kerajaan dan swasta di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pengalaman beliau sebagai Guru Pertanian Institut Pertanian Kuala Lipis (1978-80), Pensyarah ITM Arau (1990-98), Pengurus ITTAR Alor Star (1998-2000) dan CEO Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah Singapura (2004-2007), telah banyak membantunya mencipta modul-modul kursus yang berkaitan dengan pengurusan perhubungan suami isteri. 
Semasa melanjutkan pelajarannya di UK, 1994, beliau banyak mengendalikan ceramah membicarakan isu keharmonian suami isteri melalui Unit Kaunseling Islah UK dan Majlis Syura Muslimun kepada masyarakat Melayu di sana. Sekembali ke tanah air, beliau mendapat tauliah daripada JAKIM mengendalikan modul komunikasi dan pengurusan konflik rumah tangga bagi peserta Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Keluarga Islam yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.
Beliau pernah ke udara setiap pagi Isnin dan Selasa di dalam segmen Rangsang Minda terbitan RTM Pulau Pinang (1996-1998) dan di RTM Johor Bharu (2000) setiap pagi Jumaat, Sabtu dan Ahad yang membicarakan isu-isu komunikasi suami isteri serta setiap petang Selasa di dalam segmen Cakap Tuan Puan di Radio Warna Singapura (2005-2006).

Selain itu, beliau juga pernah menjadi kolumnis bagi Majalah ANIS, Demi Cinta dan JOM. Sekarang dengan ilmu yang diperolehi di Gurian Institute (Learning through a Gender Lens), Colorado (2012), selain dijemput mengendalikan ceramah dan kursus untuk guru-guru dengan tajuk Boys and Girls Learn Differently, beliau banyak mengendalikan kursus pasca perkahwinan suami isteri yang dinamakan Mahligai Sakinah untuk ahli-ahli IKRAM dalam dan luar negara, Mahligai Kasih untuk semua kakitangan MARA 2015-2016 dan Suami Hensem Isteri Ohsem untuk Jabatan-jabatan kerajaan di seluruh Malaysia.

..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466

..................................................................................................

 

 

 

 

 

 


Amalan Seumur Hidup

Judul: Amalan Seumur Hidup
Penulis: Dr. Udah Mohsin
ISBN: 978-983-097-667-9
Tebal: 376 ms
Kod: GB458
Harga: RM20/RM22*


SINOPSIS
Buku ini menghimpunkan doa dan zikir-zikir yang boleh dibaca pada setiap masa dan ketika, dari terbit matahari hingga terbenam matahari dan terbit semula. Setiap doa dan zikir yang dibawakan dikuatkan dengan ayat al-Quran dan hadis yang menganjurkannya serta kelebihan mengamalkannya. 



Antara doa dan zikir yang dimuatkan dalam buku ini:
  • ·        Doa untuk melindungi kanak-kanak
  • ·        Bacaan ketika hendak bersalin
  • ·        Etika mendapat berita gembira
  • ·        Berzikir dalam perjalanan
  • ·        Zikir menghilangkan kemarahan dan lain-lain lagi.


Kandungan:
Bab Pertama: Zikir-Zikir Yang Umum
Bacaan, Wirid Dan Zikir Tertentu Bermula Daripada Bangun Tidur Sehingga Kita Masuk Tidur Kembali.

Bab Kedua: Zikir-Zikir Bagi Orang Yang Musafir

Bab Ketiga: Bacaan Zikir Dan Doa Untuk Makan Dan Minum

Bab Keempat: Memberi Salam Dan Meminta Izin

Bab Kelima: Zikir-Zikir Mengenai Nikah Dan Bersalin

Bab Keenam: Mengenai Zikrullah Dalam Beberapa Keadaan
Antaranya Ketika Melihat Kebakaran, Mendapat Berita Gembira, Ketika Berada Di Dalam Sesuatu Majlis, Zikir Dalam Perjalanan dan Sebagainya

Bab Ketujuh: Doa-Doa Yang Dituntut Setiap Ketika
  • ·      Membanyakkan Doa Pada Waktu Senang Agar Dikabulkan Doa Pada Waktu Susah
  • ·      Meminta Ampun Kepada Allah Dalam Semua Perkara
  • ·  Berlindung Kepada Allah Daripada Keluh-Kesah, Dukacita, Malas, Dikalahkan Hutang Dan Manusia
  • ·     Berlindung Kepada Allah Daripada Azab Kubur, Azab Neraka, Fi Tnah Hidup Dan Mati Dan Fitnah Al-Dajjal
  • ·     Meminta Pertunjuk, Ketakwaan Dan Lain-Lain
  • ·     Berlindung Kepada Allah Daripada Kejahatan Sesuatu Pekerjaan Dan Sebagainya. 


Tentang Penulis:

Dr. Udah Bin Mohsin, berkelulusan BA Universiti Al-Azhar 1972, Diploma Pendidikan Universiti ‘Ain Al-Shams 1973, MA Universiti Al-Azhar 1975 dan Ph.D Universiti Al-Azhar 1984.
Pernah derkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 1975- 2010.
Karya: Telah Menulis Dan Menerbitkan Beberapa Buah Buku, Makalah Dan Terjemahan. Antara yang pernah terbit dengan Galeri Ilmu ialah EKSKLUSIF SOLAT2 SUNAT.







Nov 17, 2017

Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas

Judul: Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-668-6
KOD: GB 0456
Tebal: 320 ms     
Harga: RM30/ 32* (*Sabah/ Sarawak)

​​SINOPSIS:

Bicara Sifat 20 menghuraikan perkara-perkara asas dalam mengenal Allah SWT dan para rasul melalui pendekatan Sifat 20.

Ia disampaikan dengan bahasa moden, sederhana dan mudah difahami namun dalam masa yang sama mengekalkan isi dan kandungan seperti yang ada dalam kitab-kitab ilmu Tauhid dalam bahasa Arab atau tulisan Jawi.

KANDUNGAN

Bab 1: Umum
Pelajaran 1: Pengertian Ilmu Tauhid
Pelajaran Ke-2: Mabadi’ (Dasar-Dasar) Ilmu Tauhid
Pelajaran Ke-3: Fardhu Ain Paling Awal Ke Atas Setiap Mukallaf
Pelajaran Ke-4: Beriman Dengan Sifat-Sifat Allah Ta‘Ala
Pelajaran Ke-5: Ma‘Rifah
Pelajaran Ke-6: Hukum Dan Pembahagiannya
Pelajaran Ke-7: Pengertian Dan Perbezaan Antara Hukum Akal Dan Akal Hukum

Bab 2: Mengenal Istilah Dalam Ilmu Tauhid
Pelajaran 1: Zat Dan Sifat
Pelajaran Ke-2: Mengenal Makhluk
Pelajaran Ke-3: Tingkatan “Ada”/ Maujud Dan “Tiada”/ Ma‘Dum
Pelajaran Ke-4: Perbezaan Di Antara Ada (Wujudi) Dengan Sungguh (Tahaqquq)

Bab 3: Sifat 20
Pelajaran 1: 20 Sifat Wajib Bagi Allah Ta‘Ala Dan 20 Sifat Mustahil Atas-Nya
Pelajaran Ke-2: Pembahagian Sifat Kepada Empat Pembahagian
Pelajaran Ke-3: Pengertian, Huraian Dan Dalil/ Burhan Bagi Setiap 20 Sifat Wajib



Sifat Nafsiyyah
(1) Wujud
Sifat Salbiyyah
(2) Qidam
(3) Baqa’
(4) Mukhalafatuhu Ta‘Ala Lil Hawadits
(5) Qiyamuhu Bi Nafsihi
(6) Wahdaniyyah
Sifat Ma‘Ani
(7) Qudrah
(8) Iradah
(9) ‘Ilmun
(10) Hayah
(11) Sama‘
(12) Bashar
(13) Kalam

Sifat Ma‘Nawiyyah
(14) Kaunuhu Qadiran
(15) Kaunuhu Muridan 
(16) Kaunuhu ‘Aliman 
(17) Kaunuhu Hayyan 
(18) Kaunuhu Sami‘An 
(19) Kaunuhu Bashiran 
(20) Kaunuhu Mutakalliman 

Pelajaran Ke-4: Satu Sifat Harus Bagi Allah Ta‘Ala
Pelajaran Ke-5: Ta‘Alluq (Tugas/ Peranan/ Fungsi/ Kerja)
Pelajaran Ke-6: T A‘Alluq Shaluhi Dan Ta‘Alluq Tanjizi

Bab 4: Rasul Dan Perkara Yang Berkaitan Dengannya
Pelajaran 1: Sifat Wajib Bagi Rasul Dan Sifat Mustahil Atas Mereka
Pelajaran Ke-2: Burhan Sifat-Sifat Wajib Dan Harus Bagi Rasul
(1) Shiddiq (Benar)
(2) Amanah
(3) Tabligh (Menyampaikan)
(4) Fathanah (Bijaksana)
Pelajaran Ke-3: Sifat Harus Bagi Rasul

Bab 5: Sifat Uluhiyyah
Dua Perkara Penting Dalam Uluhiyyah (Ketuhanan)
Huraian Muhammadur Rasulullah

Kesimpulan Belajar Sifat 20
Tatimmah Mufidah: Fahami Takwil Dengan Benar

·        Sanad Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama‘ah Bersambung Kepada Imam Ahlus Sunnah Wal Jama‘ah, Al-Imam Abu Hasan Al-Asy‘ari (324h)









Nov 6, 2017

Solat Mukmin Vs Solat Muslim

JUDUL: Solat Mukmin Vs Solat Muslim
PENULIS: Ustaz Muhammad Nasib Zawawi
ISBN: 978-983-097-680-8
KOD: GB 0457
TEBAL:  144 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
HARGA: RM 18.00/ RM20.00



INTRO

Saat menunggu masuknya waktu solat seumpama menunggu saat untuk bertemu Sang Kekasih. Mendirikan solat pada awal waktu pula seumpama memenuhi janji setia untuk bertemu Sang Kekasih.  


    
Sebagai seorang Islam, bagaimanakah pelaksanaan solat yang anda dirikan itu? Ayuh! Tinggalkan solat orang jahil. Tinggalkan solat orang lalai. Tinggalkan solat orang riyak. Kita bangkit untuk mendirikan solat sebagai orang soleh, solat sebagai orang yang bertakwa, solat sebagai orang Muqarrabin dan solat sebagai orang A'rifin.

SINOPSIS:

Buku SOLAT MUKMIN vs SOLAT MUSLIM dikarang oleh Ustaz Muhammad Nasib Zawawi bertitik tolak daripada keadaan semasa umat Islam di seluruh dunia terutamanya penderitaan umat Islam di Palestin, Syiria dan umat Islam Rohingya. Kenapa semua ini terjadi sedangkan akidah mereka sama dengan akidah kita. Sama-sama menyembah Allah. Adakah Allah tidak lagi menyayangi kita?

Berhenti menyalahkan Allah tetapi salahkan diri  kita sendiri, umat Islam yang telah lama tidak menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Kita juga tidak bersungguh-sungguh mengabdikan diri kita kepada-Nya dan telah banyak pula larangan Allah yang kita kerjakan.

Melalui solatlah kita dapat memperbaiki hubungan rasmi kita dengan Allah SWT.  Kita tingkatkan solat kita daripada solat Muslim kepada solat orang Mukmin. Daripada solat yang hanya mementingkan kuantiti kepada kualiti. Solat yang mengharapkan upah semata-mata kepada solat yang memberikan ketaatan dan cinta. Moga dengannya Allah pasti membantu kita umat Islam seluruh dunia untuk kemuliaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Insya-Allah.


Kandungan

♦ Perbezaan Antara Mukmin dengan Muslim
1. Solat Di Awal Waktu VS  Solat Ikut Suka Hati
2. Solat Berjemaah VS  Sendirian
3. Menunggu  Azan VS  Datang Setelah Azan
4. Bersungguh dan Beradab VS  Bermalas-malas ke Tempat Solat
5. Munajat VS  Semata-mata Bacaan dan Pergerakan
6. Nak Jadi Baik Kena Solat  VS  Solat Tanda Orang yang Baik
7. Solat kerana SYUKUR dan CINTA  VS  Semata-mata Pahala dan Ganjaran
8. Seronok Bertemu Allah VS  Beban
9. Istirahat dalam Solat VS  Selepas Solat
10. Istiqamah dan Kualiti  VS  Kuantiti
11. Sanggup Bersusah-susah VS  Tidak Sanggup 
12. Memelihara Solat  VS  Mengerjakan Solat
13. Melengkapkan Pakej Solat VS  Mengerjakan yang Fardu
14. Memanjangkan Solat  VS  Memanjangkan Doa
15. Bersungguh-sungguh dan Khusyuk VS  Sambil Lewa     
16. Pentingkan Hak Jemaah  VS  Pentingkan Diri
17. Zikir dan Doa dengan Bersungguh-sungguh  VS  Bergantung kepada Imam
18. Rindu dan Damai dengan Masjid  VS  Rimas dan Gelisah
19. Merasa Hebatnya Allah SWT  VS   Hebatnya Diri Sendiri
20. Ingat-mengingat Tentang Solat  VS  Sama-sama Lalai
21. Menghidupkan Ibadah Malam VS  Mengabaikan

TENTANG PENULIS

USTAZ MUHAMMAD NASIB BIN ZAWAWI bertugas sebagai Pengarah Operasi dan Fasilitator utama di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Menadah ilmu di beberapa buah pondok pengajian di tanah air juga menadah kitab di Masjidil Haram, Jordan dan di Mesir. Sebagai aktivis dakwah yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang dakwah dan Pembangunan Insan sepenuh masa, beliau telah menyampaikan banyak ceramah agama di dalam dan di luar negara.
              
Beliau turut mengendalikan modul kursus ‘Mukmin Profesional’ kepada hampir 250 organisasi termasuk di Singapura dan Brunei yang meliputi lebih kurang 1,280 program. Beliau pernah terlibat dalam slot Motivasi Pagi di radio IKIM.fm. Selain itu beliau juga pernah terlibat sebagai motivator untuk jemaah haji pakej di bawah THTS. Sehingga kini, beliau menjadi mutawif jemputan bagi ibadah umrah pada setiap tahun.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...