JUDUL: Raja Kesatria, Hijab Raja Zulqarnain
PENULIS: Web Sutera
ISBN: 978-983-
097-658- 7
HARGA:
RM20.00/22.00*
TEBAL: 512 ms
KOD: BP 0011
Kategori: (BUKU
PURIS) Novel Sejarah
*SINOPSIS:*
Apa kaitan di
antara Alexander the Great dengan Raja Zulqarnain? Adakah mereka orang yang
sama yang dirakam waktu dan kitab al-Quran? Saga kembara jiwa, fizikal dan
iman dalam meraikan kelainan bangsa, budaya dan agama.
Merentas waktu dan
jarak, dari Macedonia sehingga ke benua India. Berdada dengan gelagak
medan tempur yang penuh kebencian dan berdarah. Sang Raja Mukmin terus
berkelana dalam ramainya manusia.
Raja Zulqarnain
berhasrat menyatukan manusia di Barat dan Timur dalam sebuah empayar
luas yang dicatat sejarah dan kitab. Maka dengan takdir dan tadbir Tuhan Yang
Maha Esa, romantik jagat buana dibebaskan daripada belenggu penguasa
tirani oleh Raja Kesatria yang adil. Raja Zulqarnain seorang
pejuang,
pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Di era kegelapan
para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis
tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat. Dengan
ilham daripada mimpi dan tuntunan orang alim, Raja Zulqarnain memimpin bala
tentera membebaskan dunia kegelapan para penyembah berhala.
Jejak perjuangan
keimanan dibongkar, mencari sebuah kebenaran Tuhan Yang Maha Esa, bahawa
hanya Allah yang layak disembah.
NOVEL IBRAH
SEJARAH yang diberi nafas baharu daripada karya asal
MACEDONIA ALEXANDER AGUNG
Hijab Raja Zulqarnain.
TESTIMONI/KOMEN UNTUK RAJA
KESATRIA
Tahniah, sahabat ana. Sudah
separuh buku itu saya baca. Memang mudah faham dan saya seolah-olah berada
dalam zaman tersebut. Memang hebat gaya pengolahan bahasa Web Sutera. Syabas!
-- Azhar Mohd Ghazali
Saya telahpun berjaya menghabiskan novel Macedonia: Alexander Agung. Terima
kasih, Abang Web. (Ia) membuka minda dan mata saya melalui novel tersebut. Saya
tidak puas (membacanya). Rasa terlalu sedikit yang saya dapat, dan saya juga
mulai berminat untuk lebih mengetahui lagi. Teruja, kagum, belas, geram
sepanjang tempoh pembacaan saya. Dahulu saya tidak minat sejarah. Tetapi sekarang
saya belajar untuk menyukainya. Terima kasih. Sangat bernilai. Di penghujungnya
ada sesuatu yang tersangkut tanpa penamatnya. Pendapat saya sahaja. Saya
mulakan bacaan pada jam 10.30pm dan tamatkan pada jam 1.30am. Tidak boleh
berhenti.
-- Buanda Kayangan Puteh (Ezzy)
Saya baru sahaja selesai membaca novel tulisan Tuan; Alexander Agung: Hijab
Raja Zulqarnain. Saya baru beli Rabu minggu lepas dan malam tadi saya selesai
habiskan. Jujur dan ikhlas dari hati, saya ingin katakan saya kagum sangat
dengan usaha tuan membersihkan nama Alexander
The Great. Tahniah saya ucapkan kerana berjaya menawan hati saya supaya
baca hingga ke halaman yang terakhir. Novel tuan ibarat sebuah pengembaraan
dalam menyelami dan mentadabbur ayat al-Quran, (Surah al-Kahfi: 83 - 98).
Sampai saya jatuh hati dengan watak insan yang bernama Raja Alexander ini.
Apakah masih ada lagi insan seperti beliau pada zaman sekarang ini?
-- Pembaca tak bernama
Kepada sidang pembaca yang budiman,
saya syorkan. Bacalah buku Hijab Raja Zulqarnain itu, tak rugi! Trust me. Kalau anda orang yang minat
aksi perang, inilah bukunya.
-- Pembaca dari Sabah
Web Sutera, tahniah di atas keberhasilan menerbitkan sebuah novel
semi-fiksyen yang menarik dan memberikan suatu sudut pandangan ilmiah yang luar
biasa nilainya.
-- Ewal Din
Mahu kongsi beritahu genre novel yang aku minat. Aku cadangkan kau beli
Hijab Raja Zulqarnain. Best bagi aku,
perang dia dan sejarah dia yang agak lain kita dengar. (Sebuah) karya Web
Sutera.
-- Inderaa Saifullah Al-Fath
Alhamdulillah karya kedua yang sempat dibaca bulan ini ialah MACEDONIA:
ALEXANDER AGUNG - HIJAB RAJA ZULQARNAIN garapan Web Sutera. Ini salah satu
novel sejarah yang boleh dikatakan sebagai kaya sejarah yang menarik dan hebat
kerana di dalam cerita ini sebenarnya tersimpan 1001 pengajaran dan tauladan
yang baik khususnya dalam aspek kepimpinan.
Bukan mudah untuk menghasilkan karya sejarah. Justeru
saya berharap kawan-kawan dapat cari novel ini dan baca serta alami sendiri
pengembaraan seorang pemimpin terulung di samping mencari sendiri maklumat yang
kadangkala kita tak sangka boleh dilakukan oleh seorang Muslim.
Pada hemat saya novel ini baik dibaca oleh budak-budak
sekolah kerana kepimpinan melalui teladan banyak diceritakan di dalam novel
ini. Saya harap saudara dapat hasilkan karya sebegini dengan lebih banyak sebab
sememangnya kita perlukan novel pembangunan rohani seperti karya saudara ini.
Syabas, Web Sutera! Karya ini tidak mengecewakan. Selamat membaca.
-- Cikgu Shahrol Nizam Zulkifli
Membaca novel sejarah tuan membuatkan hati saya lega dan minda saya ceria.
Pengolahan yang ringan sedikit (berbanding buku sejarah), seolah-olah watak tersebut
bernafas semula dan terbayang-bayang saya berada bersama mereka. Tuan juga
berjaya membawa minda saya bersama menyelaminya. Saya memang sejak kecil erat
bersama arwah atok. Selalu dia bercerita mengenai sejarah, lebih-lebih lagi
mengenai bangsa Melayu. Itu menjadikan saya lebih mudah memahaminya. Buku tuan
ini juga mudah untuk saya terjemahkan dalam bentuk ilusi saya. Memang tenggelam
(bersama watak dan peristiwa).
Novel tuan banyak tersiratnya. Gaya penulisan tuan juga
mudah untuk sesiapa saja dan memudahkan pembaca menjiwai sejarah. Kini
bertambah lagi seorang penulis yang saya minati. Tuan sudah masuk dalam senarai
saya selepas Abdul Latip Talip dan RAM (Ramlee Awang Murshid).
-- Tun Mohd Hilmi
Pertama sekali saya sangat teruja bila dapat tahu Tuan Web Sutera akan
membukukan cerita Alexander ini. Sejujurnya saya mengenali karya Tuan Web
Sutera di penulisan2u, itu pun atas 'hasutan' Shimah Basri supaya saya
membacanya. Bila sudah baca, saya memang tertunggu-tunggu novelnya, sebab mahu
tahu kesudahan.
Bila sudah keluar novelnya dan dibeli, banyak pula
halangan hendak menghabiskan bacaan. Hari ini (19 November 2012) dengan
rasminya saya menamatkan bacaan.
Komen ikhlas dari saya buat Tuan Web Sutera:
1) Karya tuan berjaya membawa jiwa saya ke dunia
Alexander, merasai keteguhan iman Alexander, ketulusan hatinya sebagai
pemerintah berjiwa rakyat. Ia membuatkan saya terfikir, kalaulah di zaman ini
wujud pemerintah berjiwa 'Alexander'.
2) Kaitan dengan ayat al-Quran memang telah membuka mata
hati saya yang selama ini pun tertanya-tanya, adakah Alexander itu Zulqarnain?
Dengan membaca karya tuan, sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada saya
siapa Alexander dan kenapa Yahudi menyembunyikan kebenaran mengenai Alexander.
3) Bila hampir menamatkan bacaan, tiba-tiba disebut watak
Laksamana Sunan, dan ia menyebabkan saya tersenyum.
4) Kesimpulannya, rugilah sesiapa yang tak membaca karya
tuan.
Terima kasih kepada Shimah Basri yang memperkenalkan saya
dengan karya Tuan Web Sutera.
Pesanan khas buat Tuan Web Sutera, “Saya menanti karya
terbaru tuan. Tidak boleh komen lebih-lebih, bimbang tuan tidak lena tidur
pula.”
-- Iza Balqis Ahmad
Novel sejarah Macedonia hebat.
-- Tuan Paieeszz Ahmad
Terpukau dengan novel Alexander Agung. Memetik kata-kata Ramlee Awang
Murshid, ‘Karya ini seperti sebuah filem yang kaya dengan seni’. Teruskan
berkarya."
-- Leyna Kadi Kannoe
Tuan Web Sutera, baru sempat beli novel Alexander Agung dan baru baca sampai
bab 4. Terbaik!
-- Adam Jaafar . Rahman.
Novel tuan yang dulu pun (Alexander Agung) mendatangkan keterujaan jua
kepuasan dalam pembacaan. Sudah tentu sentuhan novel kedua ini (Konstantinopel)
lebih mantap lagi...sudah tentu membuatkan saya lebih teruja untuk membacanya...
sabar menanti kemunculannya.
-- Shimah Basri.
Perjalanan sejarah Alexander berserta butiran mengenai strategi perang,
suka dan duka adalah konsep yang sangat menarik dan segar. Pembaca dibawa
kembali ke zaman itu, potongan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang disertakan
juaga adalah satu pendekatan yang baik. Watak-watak Zamri dan Tok Janggut juga
menarik untuk saya dan cara penceritaan yang disampaikan mengenai peranan
mereka di dalam novel ini.
Saya menyukai konsep buku ini, berbeza daripada genre
yang biasa ada di pasaran buku Malaysia. Jalan ceritanya mungkin agak berat
buat sesetengah pihak, namun ia harus diberi peluang. Tahniah kepada penulis,
saya doakan beliau akan terus menghasilkan karya-karya berilmu seperti ini,
insya-Allah.
-- Nazirah Nahar
Akhirnya sudah
menamatkan pengembaran Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain. Terbaik dan
tidak rugi memilki novel ini. Mahu komen panjang-panjang memang tidak pandai.
-- Nur Asiah
Membaca teks sastera
BMT telah banyak membantu ramai pelajar STPM seperti saya yang mengambil mata
pelajaran Bahasa Melayu. Sebenarnya, bahan bacaan lebih banyak membantu kami
memahami setiap bab. Sambil menelaah teori, praktikal seperti membaca juga
sangat membantu. Kebanyakan pelajar bukan Melayu yang membaca buku yang menggunakan
BMT (Bahasa Melayu Tinggi), mereka mampu menyusun ayat dengan baik. Malah,
mungkin lebih baik berbanding pelajar Melayu.
Nah,
bukankah bicara dan bahasa yang cantik itu wadah penyampaian ilmu sejagat?
Teruskan usaha menulis dengan bahasa mengikut sintaksis dengan sebaik mungkin.
Saya antara penyokongnya dan sedang menghadam karya Tuan Web Sutera ini.
-- Noor Hafizah Mazlan
Tahniah, teruskan
menulis karya alusi sejarah. Bukan mudah mahu memfiksyenkan fakta. Semoga boleh
jadi teks KOMSAS! Bak kata seorang pembaca itu.
-- AttOkz Dikulgai
Baru dapat habiskan
novel ini, sebuah fiksyen sejarah. Bukan minat sangat sejarah, tetapi novel ini
best buat kita teruja dan exited
hendak baca sampai penghujung. Ayat-ayat yang mudah hendak difahami. Tidak
sia-sia membelinya. Memang tidak rugi beli buku Web Sutera. Rasa teruja baca
Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain. Tidak sedar sudah sampai ke
akhir pembacaan.
-- Nor Azlina Lin
Abang Web Sutera, kagum boleh tulis
buku (novel) sejarah hebat macam itu! Tuan, mahu menangis aku menghabiskan
pengembaraanku bersama Alexander Agung kerana betapa terharunya terbuka juga
hijab itu. Aku mengembara sehingga hari terakhir Alexander di dunia ini.
Tahniah, tuan. Hijab dirungkaikan, keimanan bertambah.
-- Razif Radzi
Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain merupakan
sebuah novel sejarah mengenai Alexander The Great (Alexander Agung) dari
Macedonia. Berbeza dari penulis-penulis Barat, penceritaan novel ini adalah
berdasarkan dari kaca mata Islam. Seperti yang dinyatakan oleh penulis novel
ini sendiri.
Mengenai
novel ini, penulis novel Web Sutera menggunakan pendekatan penceritaan yang
agak unik dan tidak seperti lazimnya ditemui di dalam novel-novel sejarah yang
lain. Penceritaan novel Hijab
Raja Zulqarnain ini
diceritakan melalui perspektif seorang watak yang bernama Zamri yang mengembara
merentasi masa ketika berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.
-- Hilmi Isa